03
Muslimah Dolls, bakal mendidik anak bangsa Melayu menjadi anak yang soleh dan solehah!.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, apa khabar semua ?. Macamana dengan aktiviti-aktivit hujung tahun ? Sibuk agaknya menghadiri jemputan perkahwinan, pertunangan dan juga Hari Raya Haji yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya pun tak sabar rasanya.. akan pulang bercuti 2 minggu lagi.
Baiklah seperti yang saya janjikan tempohari, sedikit info saya selitkan di sini mengenai Muslimah Dolls. Tahukah anda apakah itu Muslimah Dolls ?. Muslimah Dolls wujud hasil daripada kerjasama di antara tiga peneraju utama iaitu Nor Azlina, Azmalya dan Dila. Iaitu saya sendiri dan dua orang lagi rakan lain. Sudah tentu ianya merupakan projek JV yang terbesar yang pernah saya sertai!. Doakan kami berjaya !. Insyaallah.
Timbul hasrat kami untuk menjadikan ‘Muslimah Dolls’ sebagai ‘role model’ bagi anak-anak untuk memakai tudung sesuai dengan tuntutan Islam. Khususnya anak-anak perempuan.


‘Muslimah Dolls’ yang terdiri daripada Arrosa dan Salma mempunyai pelbagai pilihan cara berpakaian samada tradisional, elegan, jubah dan blouse. Ianya telah didatangkan khas untuk anak-anak perempuan dan remaja perempuan yang suka kan permainan anak patung bercirikan Islam. Anda boleh rujuk selanjutnya di sini, http://www.muslimahdolls.com.






























