~ MEGA SALES 3 IN 1 2009 ~

Uncategorized No Comments »

BONUS ISTIMEWA ‘BUSINESS OWNER’

MEGA SALES 3 IN 1 WNC (JULY, AUGUST & DEC 2009)
_____________________________________________________________

WNC Sales ~ July : 15 July – 15 August 2009
Ramadhan Sales ~ August : 20 August – 20 September 2009
JMHT Sales ~ December : 1 December – 31 December 2009

Panduan dan tatacara permohonan :
Status Keahlian & kelayakan :
1- Ahli Gold ( percuma dan thread sticky )
2- Ahli Premier ( percuma & thread non-sticky )
3- Ahli Business Owner :
a. Kedai Online yang aktif sehingga sekarang (percuma & thread sticky)
b. Pernah membuka kedai online (RM 40 yuran pendaftaran (20% diskaun) dan thread sticky)
4- Ahli Forum Biasa ( RM 50 yuran pendaftaran dan thread sticky ):
Ahli yang belum pernah membuka kedai online, dikenakan bayaran yuran sebanyak RM50 untuk pendaftaran )
5- Ahli 500 post ke atas ( percuma dan thread non-sticky )

Cara pernyertaan :
1- Dapatkan borang permohonan Mega Sales 3 in 1 melalui email
enquiry@wanitaniaga.com tuliskan tajuk email : MEGA SALES 3 IN 1 2009
2- Isi borang permohonan Mega Sales 3 in 1 (sila pilih status keahlian anda)
3- Lakukan pembayaran (jika berkenaan) ke atas akaun Wanita Niaga Enterprise seperti berikut : Akaun Cimb ~ 1229-0009731-05-7
4- Sila kembalikan borang permohonan, bukti pembayaran dan salinan kad pengenalan melalui email
enquiry@wanitaniaga.com.
5- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Siti Hafizah di talian 03-61488430 atau email
enquiry@wanitaniaga.com atau pm di forum kepada sitistich.
6- Tarikh tutup penyertaan/permohonan adalah pada 15 Julai 2009

Cara membuka topic/thread promosi :

1- Setiap ahli hanya dibenarkan membuka 1 topik/thread promosi.
2- Setelah borang penyertaan dihantar, pihak Wanita Niaga akan membuat penilaian. Tempoh penilaian adalah selama 3 hari.
3- Sekiranya permohonan berjaya, kami akan menghantar satu email pengesahan pendaftaran kepada anda. Sila baca dan fahamkan arahan yang diberi.
4- Setelah permohonan berjaya, pihak Admin akan memberi access kepada ‘username’ ahli yang layak.
5- Sila klik ‘newtopic’ dan mulakan proses promosi produk kedai online anda.

Terma dan syarat Mega Sales 3 in 1 :
1- Semua pernyertaan hendaklah di buat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
2- Maklumat ahli mestilah benar dan jika didapati ada ahli yang memberikan maklumat palsu, pihak Wanita Niaga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara atau masalah yang timbul kesan dari jualan atau promosi yang dilakukan.
3- Semua maklumat yang diberi adalah menjadi kerahsian kami dan pihak Wanita Niaga tidak akan menyebarkan kepada pihak ketiga.
4- Kelulusan adalah tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan Wanita Niaga.
5- Semua ahli/peniaga yang layak akan dihubungi melalui email.
6- Semua ahli/peniaga dikehendaki mematuhi panduan dan undang-undang Mega Sales 3 in 1 .
7- Wanita Niaga tidak akan bertanggung-jawab sekiranya berlaku penipuan atau kerosakan pada barang dan sebagainya.
8- Semua urusan pembelian dan pembayaran dikalangan pembeli dan penjual adalah tidak melibatkan pihak Wanita Niaga.
9- Forum Wanita Niaga hanya menyediakan portal untuk semua ahli menggunakan sebaik mungkin, khususnya untuk promosi produk dan perniagaan.

Wanita Niaga dipilih & dilantik menjadi Sutra Shoppe Pertama.

Uncategorized 5 Comments »

Baiklah sudah tiba masanya untuk saya umumkan di Blog Tips Usahawan Wanita ini. Ya, setelah hampir tiga tahun saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan di internet dan menjalankan secara sepenuh masa di rumah (dengan bahasa mudah bekerja dari rumah). Akhirnya, saya kini tidak boleh lagi di kategorikan sebagai surirumah yang bekerja dari rumah. Tanpa disedari, saya telah berjaya meningkatkan prestasi diri dengan tanpa ada paksaan dimana-mana, menjadi seorang stokis atau dikenali sebagai Sutra Shoppe  oleh sebuah syarikat Aromaterapi tempatan. Syarikat tersebut di kenali sebagai Tropical Bioessence Marketing (TBE) yang terletak di negeri Melaka. Perjanjian rasmi telah termeterai pada 27 hb April 2009 lalu. Wanita Niaga Enterprise juga merupakan stokis tunggal dan yang pertama bagi TBE. :)

Selari dengan itu, kini saya telah mempunyai pejabat baru (pejabat fizikal bukan lagi dirumah seperti sebelum ini) dan insyaallah mempunyai seorang kakitangan. Impian itu akhirnya bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Insyaallah Wanita Niaga Enterprise akan berada di alamat seperti berikut :

Wanita Niaga Enterprise
No. 21-1, Jalan BRP 1/6A,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sg. Buloh,
Selangor.
(Lokasinya berdekatan dengan Bangunan The Store di Sg. Buloh)

Kepada semua rakan diluar sana, anda dijemput untuk mengunjungi pejabat rasmi Wanita Niaga kelak. Insyaallah pengubahsuaian dijangka siap pada akhir bulan Mei.

Syukur kepada Illahi, setelah cukup setahun saya pulang dari Negara Jepun. Setelah cukup setahun saya pulang dari merantau, akhirnya dengan izin dan rezeki yang dilimpahkan… saya diberi peluang untuk mencungkil bakat dan potensi diri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang stokis dan juga pihak yang bertanggungjawab dalam membantu syarikat untuk memperkenalkan dan memasarkan produk Aromaterapi keluaran tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Siapa sangka saya yang sebelum ini hanya menjual produk kertas (Takaful & Unit Trust) disamping produk-produk digital & fizikal di internet. Kini akhirnya saya telah melangkah setapak lagi dengan memasarkan produk berasaskan kecantikan dan kesihatan. Saya juga merupakan Sutra Shoppe yang pertama bagi TBE. Siapa sangka, tindakan saya mendaftarkan perniagaan saya secara online, semasa di Jepun 2 tahun dulu rupanya satu langkah yang bijak dan menjadikan diri saya kini sebagai seorang usahawanita !. Tindakan saya yang memang berani menyahut apa jua cabaran akhirnya merubah kehidupan keluarga saya. Tanpa pengorbanan dan sokongan padu seorang suami dan juga anak-anak kesayangan saya (banyak masa emas bersama mereka telah terpaksa saya kurangkan), saya tidak mungkin berada seperti sekarang. Terima kasih suami & anak-anakku!! ;)

Terima kasih Tropical Bioessence Marketing dan saudari Ain, di atas kepercayaan yang kalian berikan. Insyaallah saya akan sahut cabaran ini dan berikan kotmitmen sepenuh masa tanpa ada sebarang keraguan lagi. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan untuk saya mengendalikan dan mengawal selia stok dan pemasaran bagi Negeri Selangor.

Untuk itu, di bawah ini saya paparkan ringkasan aktiviti pemasaran yang telah disertai oleh Wanita Niaga Enterprise :

i) Pameran di Hari Harta Intelek (MyIPO) yang berlangsung di KL Convention Centre, KLCC pada 23- 26 hb April 2009 yang lalu.

ii) Pameran di Malaysian International Halal Showcaes (MIHAS ) di MECC, Matrade, KL pada 6 - 10 Mei lalu.

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar kepada produk Sutra ini, sila hubungi saya melalui email admin[a]myaromaterapi.com atau admin[a]wanitaniaga.com atau sms/call di talian 014-6692844. Pihak Tropical Bioessence Marketing sedang membuka peluang ini seluas-luasnya di seluruh negara khasnya dan di internet amnya.

Di bawah ini saya ringkaskan kategori pengedar yang ada :

a) Sutra Shoppe ( 1 Sutra Shoppe (stokis) untuk 1 daerah atau sekurang-kurangnya 3 Sutra Shoppe bagi 1 negeri). Wanita Niaga menjadi Stokis Tunggal bagi Negeri Selangor. ~ 20 sahaja di seluruh negara.

b) Sutra Point ( 50 Sutra Point untuk 1 Sutra Shoppe). ~ 1000 sahaja di seluruh negara.

c) Rakan Sutra

d) Pemasaran secara Dropship juga disediakan kepada yang berminat.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login