Wanita Niaga melangkah setahun lagi…

Umum dan berita 2 Comments »

Ya, pada 1 hb Mac 2009 yang lalu.. Wanita Niaga menyambut Ulangtahun penubuhannya untuk tahun ke 2. Syukur alhamdulilah, selama 2 tahun ini banyak perubahan positif yang telah berjaya dilakukan.

Berbalik kepada sambutan untuk ulangtahun ini, saya bercadang dan telah berusaha untuk mengadakan Hari Keluarga dan juga Ulangtahun ke 2 ini serentak, tetapi halangan datang menguji.. jadi saya batalkan lagi dan doakan saya untuk menganjurkannya juga suatu hari nanti!

Kepada semua pihak yang telah terus setia menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti atau program yang dianjurkan, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan.

Nota : Jangan lupa klik produk terbaru yang saya perkenalkan kali ini. Khas untuk mereka yang memerlukan agen pemasaran secara online.. apalagi kalau bukan Sistem Affiliates.  

banner468.gif

Tips Wanita Niaga Kembali!

Umum dan berita No Comments »

Assalamualaikum,

Setelah sekian lamanya blog ini menyepi kerana ‘bercuti rehat’ … kini ianya kembali!. Nantikan kemunculannya…  

Minta cuti ;).

Umum dan berita 2 Comments »

Pelik agaknya tajuk kali ini ;). Memang benar saya terpaksa memohon cuti panjang kali ini dari blog saya ini kerana empunya diri sedang sibuk dengan urusan terakhir sebelum terbang pulang ke tanah air pada hujung bulan ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi… untuk kami mengucapkan S.A.Y.O.N.A.R.A kepada bumi sakura untuk selamanya….

Justeru, kepada pembaca anda dijemput kembali mengikuti perkembangan di sini kira-kira 2 minggu dari sekarang. Insyaallah bulan April nanti saya dan keluarga akan berada di Malaysia!. Nantikan khabar dan tips perniagaan internet seterusnya dari saya.

Ohya kepada anda yang telah dengan relahati menyertai projek 1st Annual Wanita Niaga 2008, saya ucapkan jutaan terima kasih!. Kita jumpa di sana nanti ya!.

ANDA DIJEMPUT!

Umum dan berita 1 Comment »

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung yang budiman sebagai tanda sokongan padu anda, sukacitanya saya menjemput kalian untuk memaparkan banner dan url promosi ini di blog dan website anda. Maklumat lanjut boleh didapati di sini. ;) .

Berikut adalah gambar banner yang anda boleh gunakan untuk tujuan promosi!. Ianya PERCUMA tanpa meminta sebarang bayaran, hanya sebagai tanda sokongan kepada Industri Usahawan dan usahawanita Internet Tanahair! (hehe pandai-pandai saja beri nama ;) .

Semua usaha, sokongan dan kerjasama dari anda saya ucapkan setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH! ~

p/s: Terima kasih kepada Mawaddah diatas banner yang cun itu!;)

Terima kasih Sdr. Amirol ;)

Umum dan berita No Comments »

 

Post kali ini sebagai kesinambungan kepada post sebelum ini berkenaan Projek 1st Annual Wanita Niaga 2008.

Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas usaha murni Amirol membuat promosi percuma di blog beliau hari ini. Anda boleh lihat dan baca di sini.

Kepada semua anda dijemput hadir dan sila sahkan kehadiran anda sebelum 20hb Mac 2008. Kita jumpa di sana ya!. Jangan lupa ramai Usahawan Internet Malaysia akan turut hadir kelak! Jangan lepaskan peluang ini! Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login