25
Daftar Perniagaan Secara Online… segalanya dihujung jari.
Tips kali ini yang ingin saya kongsikan adalah Pendaftaran Perniagaan Internet atau Offline anda yang dapat dilakukan secara online. Ianya begitu mudah dan hanya perlu anda lakukan dengan komputer peribadi anda atau laptop anda!. Tidak perlu lagi bersusah payah menunggu nombor giliran anda di panggil atau mengeluarkan sedikit belanja untuk mengupah agen lain.
Ini telah saya perakui benar kerana hari ini saya sendiri telah berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya untuk kali kedua. Pertama, perniagaan saya telah didaftarkan pada kira-kira 5 tahun dulu iaitu semasa saya menjalankan perniagaan secara offline. Kini, perniagaan kedua saya telah saya daftarkan secara online sahaja!. Amat mudah! Segalanya bermula kerana semasa saya pulang bercuti tempohari saya tidak sempat untuk mendaftarkan perniagaan saya kerana kesuntukan masa. Lantas saya terus bertanya adakah mereka menerima pendaftaran secara online ?. Jawapan positif saya terima dan terus saya beredar dan mendapatkan kertas panduan yang ada. Berikut saya kongsikan maklumat dari kertas panduan tersebut yang telah saya oleh sedikit isi kandungannya tanpa mengubah panduan penting : Read the rest of this entry »





