Selamat Tahun Baru. Cabaran & rintangan.

Motivasi 1 Comment »

Hehe.. aneh betul kali ni, saya betul-betul terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah & Masehi kepada seluruh tetamu dan pengunjung tetap Tips Wanita Niaga ini!. Sibuk betul agaknya ?

Ya, memang benar.. sejak di saat-saat akhir penghujung tahun 2009 tempohari saya telah ditimpa pelbagai musibah dan cabaran yang benar-benar hebat dan menguji kesabaran dan kemampuan diri! Saya hampir berputus-asa sebenarnya..

Bermula dengan masalah dengan pembantu rumah ( uwaa dia lari juga akhirnya di dalam kami kesibukan kerana anak2 masuk jawi.. mujur mak & abah ada!), kesibukan urusan anak-anak teruna saya yang berkhatan (dah bujang anak2ku rupanya… 11 tahun & 8 tahun! huhu.. dah tualah sebenarnya ibunya ni! hehe..). Seterusnya suami pulak kerap outstation hinggalah ke hari ini post ini ditulis, dia masih di India! huhu… kerap betul kami ditinggalkan kebelakangan ini. Terakhir adalah keputusan untuk samada meneruskan atau tidak penyelenggaran pejabat WNE ? huhu… saya benar-benar menghadapai situasi yang amat berat ketika ini. Selepas satu, satu ujian datang. Hampir nak menangis kerana terpaksa berfikir sendiri dan akhirnya pendapat dari pelbagai pihak saya cari, dan nah syukur.. kini saya dah kembali ‘tenang’ dan tidak stress seperti 2-3 minggu yang lalu.

Syukur kepada Illahi kerana di awal tahun ini, saya merupakan insan terpilih yang sentiasa diuji dengan pelbagai perkara. Walaupun berat untuk di pikul, amat pahit untuk ditelan tapi itulah kekuasaan Illahi. Saya amat yakin saya mampu dan terbukti ianya berhasil!. Saya sentiasa ingat dan muhasabah diri, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk berdepan dengan masalah atau cabaran sekiranya diri kita tidak bersedia! Jika kita tidak cekal dan kuat! Syukur & terima kasih kepada Illahi.. nampaknya usaha saya selama ini untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak kecil saya itu telah berhasil, pada hari yang sama juga ianya di datangkan kepada saya… terima kasih ya Allah! Sungguh besar nikmat ini, terharu kerana saya bertemu kembali dengan pengasuh anak-anak saya yang tiga orang itu setelah 6 tahun kami tidak berjumpa kerana saya berhijrah ke Jepun dulu. Gembira yang tidak terhingga kerana masalah ini selesai akhirnya setelah berusaha beberapa kali. Walaupun tidak sebumbung dengan anak-anak yang lain, tapi nampaknya si kecil bahagia di asuh oleh pengasuhnya. Terima kasih kak!

Di dalam situasi dimana kita berdepan dgn masalah peribadi atau rumahtangga, bagi saya bukan satu perkara yang mudah untuk membuat sebarang keputusan, apatalah lagi dikala suami tiada di sisi utk berbincang, di kala teman dan sahabat tiada pula menghubungi, ibubapa jauh di kampung halaman.. jika tidak dengan kematangan usia ini  saya mungkin tewas! Saya sedar .. saya perlu kuat dan teruskan kehidupan.. malah semua keputusan yang diambil itu amat penting bagi diri saya, kerana ianya bakal menentukan masa depan. Syukur, saya diberi kecekalan sebagai seorang Ibu dan Usahawan dan akhirnya saya mampu menyelesaikan masalah-masalah dan halangan saya di dalam menjalani kehidupan sebagai ibu dan usahawan. Dalam keadaan dilema dengan kehilangan pembantu rumah secara tiba-tiba, kesukaran mencari pengasuh anak kecil, mana lagi nak menguruskan persekolahan anak-anak yang hendak bermula, buku-buku sekolah dan pakaian hendak dibeli, pelanggan pula yang sentiasa mengejar melalui telefon, sms, email ?. Memang benar-benar dunia saya sibuk ketika itu. Sekelip mata jadual harian saya berubah! Ramai juga yang bertanya, boleh ke manage tu ? Dah biasa.. saya memang dah biasa begini sejak dulu lagi. Rupanya nikmat itu telah ditarik balik oleh Allah, pasti ada sesuatu yang hendak di tunjuk. Tak mengapalah.. saya perlu redha atas semua ini. Saya yakin tiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi sekiranya saya berdepan dengan keadaan yang sangat getir seperti ini, pada Allah tempat saya mengadu dan bermohon pada-Nya. Pernah satu ketika, saya buat keputusan ‘on the spot’ ketika menghantar emak pulang ke kampung dan dalam masa yang sama perlu menghantar stok kepada pelanggan consignment (ibupejabat menghubungi saya ketika saya dalam perjalanan pulang ke Johor!). Akhirnya saya terus ambil keputusan hantar emak dan esoknya saya kembali ke KL seorang diri dan anak-anak semuanya saya tinggalkan di kampung! Uwaaaa… itulah pertama kali seumur hidup saya berpisah denga n keempat-empat anak saya  dalam masa 4 hari!. Suami saya sibuk di hotel dengan tugas. Jadi selama 3 malam tu saya sendirian di rumah! Siang di pejabat dgn urusan pelanggan.. tak pernah terfikir semua ini. Bila dikenang, memang macam tak percaya saya boleh memandu seorang diri ulang-alik dari KL ke Johor dalam masa 2 hari. Cuti sekolah yang panjang kali ini kami tidak kemana suami terlalu sibuk, menginap di hotel dengan rakan-rakan sekerja selama 3 minggu utk menyiapkan tugasan untuk PM, malah 2-3 hari setelah tahun baru, suami saya ke India pula.. memang jika difikir beratnya hendak menghadapi & melalui semua ini…. tapi, itulah hakikat yang perlu saya terima. Namun begitu, nasihat dan sokongan padu dari dia terus memberikan semangat saya untuk mengatasi dan menghadapi semua ini. Untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar, dengan tiada lagi pembantu di rumah, jika difikir-fikir memang amat berat tapi itulah kekuasaan Illahi.. saya sentiasa bersyukur atas kecekalan ini.. dan semoga saya terus tabah dan bermotivasi sebagai seorang ibu yang berniaga!

Sekali lagi saya harus membuat keputusan tanpa dia. Saya perlu membuat keputusan tentang pejabat WNE. Pelbagai cara & usaha dibuat, pelbagai pihak saya rujuk termasuklah adik saya.. terima kasih kerana cadangan tempohari, namun akak minta maaf sebab akhirnya keputusan lain yang dibuat. Memang bagai nak pecah kepala memikirkan … 2-3 malam tidak lena tidur asyik memikirkan hal pejabat dan perniagaan, akhirnya syukur… saya bahagia dengan keputusan ini. Pejabat WNE akan terus di situ selamanya, insyaallah!. Tunggu Mac ini, ada sesuatu bakal muncul ! Istimewa untuk pengunjung & pengikut saya selama ini, ada hadiah istimewa utk anda Mac ini!

Tercapai sudah ?

Motivasi, Kejayaan 2 Comments »

Kira-kira tak sampai 24 jam lagi, tirai tahun 2009 akan ditutup dengan rasminya. Kepada anda rakan usahawan diluar sana bagaimana ?. Adakah tercapai sudah matlamat dan impian anda tahun ini ?

Bagi saya, alhamdulilah.. walaupun sebenarnya tahun 2009 ini merupakan tahun ke 2 saya menjalankan perniagaan internet di Malaysia (tahun2 sebelum ini diluarnegara), namun saya tetap bersyukur empayar perniagaan internet yang saya semai dan baja selama ini telah membuahkan hasil dan berterusan hingga ke hari ini. Doa saya semoga ianya berkekalan.. semoga Wanita Niaga akan kekal menjadi salah satu nadi perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun ianya tidak sehebat dan tidak setanding dengan kemampuan dan kejayaan usahawan-usahawan internet lain yang berjaya, namun Wanita Niaga mempunyai strategi dan tekniknya yang tersendiri , malah sudah tentu ianya tidak sama sekali sama atau serupa dengan pihak lain. Ya, teknik, rahsia kejayaan dan tips itu hanya Wanita Niaga yang tahu. ;)

Ya, tahun 2009 rupanya betul-betul memberikan seribu makna kepada diri saya sebagai pemilik, pengurus, pekerja dan juga boss kepada sebuah organisasi yang diberi nama Wanita Niaga Enterprise (sedang  bercadang nak cari nama yg lebih glamour ni, ada sesiapa nak beri cadangan boleh hubungi saya, dpt hadiah nanti! ). Ya, dengan izin Allah rupanya tahun 2009 ini banyak menciptakan sejarah pada diri saya tanpa saya rancang sebenarnya. Bermula dengan perlantikan Wanita Niaga Enterprise (WNE) sebagai Distribution Centrer untuk produk Aromaterapi SUTRA, telah menggerakkan hati saya untuk cuba membuka pejabat WNE. Bukan perkara mudah dan main2 namun dengan kekuatan mental & fizikal yang ada, dengan sokongan padu & tidak putus dari suami tercinta.. akhirnya impian itu terlaksana. Pada Jun 2009, pejabat Wanita Niaga Enterprise mula beroperasi dan dirasmikan pada 13 Julai 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Namun, seperti pepatah melayu..

‘ ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.. ‘

rupanya penghujung tahun 2009 ini saya diberi ujian yang benar2 menguji kesabaran, kekuatan sebagai seorang ibu, isteri dan majikan.. saya hilang sayap seketika.. dan ketika itu keadaan benar2 kritikal dan ketika itu juga saya harus bijak membuat keputusan! syukur alhamdulilah, Allah bersama saya dan syukur juga saya sedar lebih dulu sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada mak tersayang, kerana tanpanya tempohari… saya tidak tahu apa yg terjadi. Ini semua ketentuan Illahi dan memang benar, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Ujian itu datang di saat saya benar-benar dalam kesibukan, suami yang juga sibuk ‘outstation’ dgn projek KRA, telah memaksa saya berfikir dan bertindak pantas untuk membuat keputusan!

Biarkanlah ianya berlalu dengan tenang… walaupun sebenarnya sebagai seorang wanita, naluri kelembutan itu adakalanya singgah… airmata mana tidak tumpah setelah berdepan dengan situasi genting ? Seperti kata ramai, pasti ada hikmahnya di kemudian hari yang kita tidak tahu. Perkara ini menjadikan saya lebih matang, terus menjadikan saya lebih kuat, lebih cekal dan berani bertindak demi kejayaan dalam hidup, demi kejayaan sebagai sebagai seorang ibu yang akan memberi contoh kepada anak-anak tersayang.

Saya masih ingat, kata2 dari sebuah buku yang pernah saya baca dulu…. sesuatu musibah atau kejadian itu berlaku ada sebab dan akibatnya. Wa’allahua’alam.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH &  MASEHI. SEMOGA SEMUANYA TERUS BEROLEH KEJAYAAN!

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H & 2009M.

Motivasi No Comments »

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H & 2009M!

Pejam celik dah masuk hari kedua, terlewat sedikit untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung setia Blog Tips Wanita Niaga. Apa azam baru anda ?. Tiap kali tibanya tahun baru pasti setiap dari kita telah menanamkan azam baru mungkin ada juga yang membawa azam tahun lepas ke tahun ini. Tak mengapa yang penting, anda telah bersedia melangkah ke tahun yang lebih mencabar ini dengan satu matlamat yang jitu untuk terus berusaha dan berusaha hingga berjaya!

Bagi yang telah mempunyai azam, apakata mari sama-sama kita semadikannya di Forum Wanita Niaga, agar ianya menjadi saksi dan kita lihat dipenghujung tahun nanti, adakah azam tahun 2009 ini dicapai!. Jommm kongsikan di sini : AZAM TAHUN BARU 2009 PULAK!

Sehubungan dengan itu, bagi pihak Wanita Niaga saya dengan ini menjemput semua pembaca dan pengunjung blog Wanita Niaga untuk turut sama memeriahkan Aktiviti dan Projek Tahunan Wanita Niaga bagi sesi 2009 dengan mendaftar dan merujuk di sini : AKTIVITI WANITA NIAGA 2009.

Istimewa mulai tahun 2009 ini juga, saya telah melancarkan ANUGERAH WANITA NIAGA yang diwujudkan khas untuk ahli-ahli Forum Wanita Niaga bagi tujuan memberi galakkan kepada mereka untuk terus aktif dalam berforum disamping memperoleh manfaat berguna di sana!. Ayuh kita lihat apa yang menarik di sana!.

Nota : Tengahari semalam, saya menerima sms yang menyampaikan berita bahawa anak kepada sepupu saya di Pahang sana telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login