Projek W-X harus di sertai oleh semua Usahawan Wanita Malaysia.

Info No Comments »

 

Assalamualaikum,

Lamanya saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Apa khabar anda di luar sana ? Mohon maaf sekiranya tiap kali anda klik ke blog ini, seolah anda kecewa kerana tiada ‘update’  dari Blog Tips Usahawan Wanita ini. Kekangan masa yang menyebabkan saya tiada masa dan mood untuk menulis selalunya tidak datang.

Baiklah Sabtu & Ahad ini saya akan menghadiri kursus susulan Projek W-X iaitu satu projek usahasama di antara Multimedia Development Corporation(MDeC) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, .My Domain Registry, SIRIM Berhad, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JPW), Small Medium Industry Development Corporation (SMIDEC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia

Projek W-X ringkasan bagi Bengkel Latihan Projek Women Exchange adalah Bengkel Latihan e-usahawan kepada para usahawan wanita yang terpilih di negara ini. Projek W-X ini adalah bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pendedahan kepada usahawan wanita untuk bergiat aktif dalam perniagaan melalui internet (e-commerce) sebagai medium pemasaran bagi produk dan perkhidmatan.

Program untuk Kumpulan Pertama (kumpulan kami adalah pelopornya ;) ), Projek W-X ini telah berlangsung pada julungkalinya di UKM pada 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009. Program coaching pula telah di adakan bulan Oktober  iaitu pada 8 hb Oktober 2009 di UKM. seterusnya pada hujung minggu ini pula adalah kursus susulan bagi projek W-X ini iaitu pada 14 & 15 hb November.

Kepada sesiapa yang berminat anda boleh hubungi tinggalkan komen di post ini atau daftarkan nama dan email anda di bawah sana! Saya akan berikan nama pegawai yang berkenaan. Ini kerana saya belum mendapatkan pengesahan dari mereka samada untuk penyertaan kumpulan seterusnya sudah mula diiklankan atau belum. Jadi, tunggu pengumuman Projek W-X ini seterusnya!

Projek W-X akan dilancarkan di hotel terkemuka dan sudah pastinya kami sebagai kumpulan pelopor, akan di beri peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing di majlis pelancaran itu kelak! Terima kasih W-X!

 


Ingin tahu mengenai Projek& W-X Bengkel Latihan e-KeusahawananPERCUMA ? . Isikan Nama dan alamat Email anda!

 

Nama :

E-mail :


Blog Iklan Percuma Wanita Niaga, dilancarkan hari ini!

Info 1 Comment »

Sebagai menghargai sokongan, perhatian dan semangat kesetiaan ahli-ahli Forum Wanita Niaga dan juga pengguna internet amnya, saya dengan ini melancarkan Blog Iklan Percuma Wanita Niaga.

Anda di jemput untuk mendaftar dan mengiklan produk dengan percuma di sini!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Daftar dan promosikan produk anda dengan percuma! Jommmmm kesana….! :)  

Small Office Home Office (SOHO)

Info 18 Comments »

Small Office Home Office di definisikan sebagai menjalankan pekerjaan atau perniagaan dari rumah oleh individu yang  mempunyai minat, kepakaran dan pengalaman khususnya di dalam bidang perniagaan, samada offline atau online. SOHO juga di sebut secara ringkasnya sebagai bekerja dari rumah atau memiliki pejabat di rumah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau juga sebagai pekerja yang berkhidmat untuk pihak yang lain. Kebiasaannya SOHO boleh juga di kaitkan dengan perniagaan internet. Malah ada juga yang menjalankan perniagaan produk fizikal tetapi membuat pemasaran di internet. Namun ini hanyalah sebahagian dari konsep SOHO tadi.

Trend sebegini masih terlalu baru di negara kita. Namun, dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat.. lihatlah di jangka dalam 3-5 tahun lagi, mungkin masalah graduan yang menganggur akan berkurangan sekiranya golongan ini mula celik IT dan celik SOHO. Golongan wanita khasnya semakin hari semakin ramai yang memikirkan untuk melakukan perniagaan dari rumah semata-mata demi kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga. Bila di tanya kebanyakkan dari wanita bekerjaya sekarang, mana satukah kerja yang mereka suka ? bekerja di rumah atau bekerja di pejabat ? atau bekerja dari rumah ?. Cuba fikirkan perbezaan antara ketiga-tiganya.

Berikut ada beberapa definisi SOHO yang saya jumpa dan ambil sebagai rujukan :

i - (Small Office/Home Office) Refers to the small business or business-at-home user. This market segment demands as much or more than the large corporation. The small business entrepreneur generally wants the latest, greatest and fastest equipment, and this market has always benefited from high technology, allowing it to compete on a level playing ground with the bigger companies.

ii - The modern concept of Small Office and Home Office or SoHo, or Small or Home Office or Single Office/Home Office deals with the category of business which can be from 1 to 10 workers. Larger business enterprises, one notch up the size scale, are often categorized as a small business. When a company reaches 100 or more employees, it is often referred to as a Small and Medium-sized Enterprise.

Untuk menjalankan SOHO bukanlah semudah yang disangka dan difikirkan. Selain dari anda memerlukan sebuah komputer peribadi atau notebook, meja, telefon dan faks. Terdapat banyak perkara-perkara asas lain yang perlu anda miliki sepenuhnya bagi membantu kelancaran SOHO anda. Di antaranya adalah kemudahan-kemudahan atau peralatan SOHO itu sendiri contohnya  software untuk pembangunan website, software intructions for photos, template downloads, software pengurusan kewangan perniagaan anda (software perakaunan anda),  sistem komputer yang up to date ( ini sangat penting khususnya yang menjalankan perniagaan internet), kaedah pengiklanan yang berkesan, kad-kad perniagaan dan banyak lagi. Semua ini memerlukan masa dan kotmitmen yang sepenuhnya dari diri anda.  Sekiranya perniagaan atau pekerjaan anda bakal jalankan itu memerlukan tenaga pekerja yang ramai ianya juga memerlukan kajian dan pemerhatian yang rapi untuk menggaji pekerja atau mengupah pekerja sebelum anda benar-benar bersedia untuk memulakan SOHO.

Saya sendiri yang mempunyai sedikit pengalaman membuka pejabat sendiri beberapa tahun dahulu merasakan sudah tiba masanya untuk mewujudkan SOHO bagi perniagaan dan juga perkhidmatan yang saya sediakan. Insyaallah jika diizinkan. Namun masih banyak perkara-perkara yang sedang dibuat kajian untuk saya benar-benar bersedia.

Sokongan dari pihak kerajaan terhadap konsep SOHO ini juga masih belum ada. Mungkin kerajaan masih belum memandang serius ke arah ini. Walaubagaimanapun, sebagai salah seorang usahawan perniagaan internet tidak salah untuk kita sendiri yang memulakannya perlahan-lahan. Buktikan bahawa kita mampu berjaya di dalam perniagaan internet dan menerapkan konsep SOHO ini di dalam perniagaan kita, insyaallah.

Berikut ada petikan yang saya ambil dari akhbar Utusan Malaysia :  

Konsep bekerja dari rumah

* Bekerja dari rumah atau small office home office (Soho) semakin mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), terutama internet.

* Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia Barat mendapati konsep Soho semakin berkembang. Ada 25 juta pekerja Soho di Amerika Syarikat, Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

* Peningkatan itu berlaku berikutan beberapa kelebihan Soho. Paling ketara ialah cara bekerja Soho membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Kehidupan mereka juga tidak terikat dengan peraturan pejabat.

* Kaedah itu turut membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri di rumah di samping mengurangkan belanja membuka perniagaan di kawasan komersial.

* Antara ruang lingkup pekerjaan yang biasa diterokai menerusi Soho ialah penulisan, reka bentuk dan bidang media.

* Teknologi canggih yang wujud sekarang memudahkan Soho diterokai. Anda hanya perlukan komputer, peralatan pejabat yang minimum dan sambungan Internet.

* Kemunculan konsep Soho bukan sahaja menjamin penerusan produktiviti wanita, malah ia memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumah tangga.

* Bagi sesetengah individu pula, Soho memberikan pendapatan tambahan kepada isi rumah mereka. Jauh lebih baik, golongan kurang upaya dan warga emas juga boleh mendapat manfaat dan memperoleh beberapa kebaikan jika berkecimpung dalam dunia perniagaan Soho.

* Soho dapat membantu kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar utama di negara ini kerana bilangan pengguna kenderaan yang memandu ke tempat kerja berkurangan. Soho memberikan kesan positif terhadap mutu udara.

* Konsep Soho belum diamalkan secara meluas di Malaysia. Jumlah pekerja yang menjalankan tugas melalui teleworking di negara ini hanya sekitar 0.16 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Sumber Utusan Malaysia 3 Januari 2006

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login