Perasmian SWC Pertama!

Info, Umum dan berita No Comments »

Majlis Perasmian Sutra Wellness CenterTarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 2pm - 5pm
Tempat : Sutra Wellness Center Sg Buloh
Wanita Niaga Enterprise
No. 21-1, Jln BRP 1/6A, Bukit Rahman Putra, 47000 Sg Buloh, Selangor
Pertanyaan : sila sms 014-6692844 (Lynn) atau 0132245398 (Azie)
Peta :
http://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&q=Jalan+BRP+1%2F6,+Bukit+Rahman+Putra,+47000+Sungai+Buloh,+Selangor&sll=3.209868,101.561294&sspn=0.008827,0.013711&ie=UTF8&cd=8&geocode=FTn8MAAd1bcNBg&split=0&hq=&hnear=Jalan+BRP+1%2F6,+Bukit+Rahman+Putra,+47000+Sungai+Buloh,+Selangor&ll=3.210296,101.562316&spn=0.008827,0.013711&z=16q=Jalan+BRP+1%2F6,+Bukit+Rahman+Putra,+47000+Sungai+Buloh,+Selangor&sll=3.209868,101.561294&sspn=0.008827,0.013711&ie=UTF8&cd=8&geocode=FTn8MAAd1bcNBg&split=0&hq=&hnear=Jalan+BRP+1%2F6,+Bukit+Rahman+Putra,+47000+Sungai+Buloh,+Selangor&ll=3.210296,101.562316&spn=0.008827,0.013711&z=16Semua dijemput hadir. Sila sahkan kehadiran anda sebelum 7 Julai 2010.

Acara Menarik :
1- Demo Mandi Hidroterapi
2- Cabutan Bertuah
3- Diskaun Istimewa Pakej Sutra Wellness Center
4- Diskaun Istimewa Produk-produk Sutra Aromaterapi

Terima kasih.

Alhamdulilah, Wanita Niaga Mall telah berjaya dilancarkan.

Info, Umum dan berita No Comments »

Apa khabar semua ? Mohon maaf untuk sekian kalinya. Dah sebulan tak update info dan tips di sini.

Saya sibuk menyiapkan projek pelancaran Wanita Niaga Mall tempohari. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan kelam kabut juga mengejar ‘dateline’. Ya target saya tahun lepas tidak kesampaian untuk melancarkan Mall pada tahun 2009. Akhirnya projek ini tertangguh hinggalah domain expired, :D .

Akhirnya setelah berbincang dengan rakan JV saya siapkan juga projek ini dalam masa 2 minggu. Dateline ketika itu adalah pada 1 Mac 2010, dimana Mall dilancarkan bersempena dengan Ulangtahun Penubuhan Portal Komuniti Usahawa Wanita / Wanita  Niaga Dot Com. Selama 5 hari Promosi Pra Pelancaran dan diskaun 50% sewaan Mall dilancarkan ketika itu. Seramai kira-kira 40 usahawan/vendor telah mendaftarkan nama mereka dalam tempoh Pra Pelancaran! Terima kasih semua pihak yang terus memberikan sokongan dan yang paling penting sabar menunggu kemunculan Wanita Niaga Mall ini!

1 Mac 2010, sempena dengan Ulangtahun ke 3 Wanita Niaga Dot Com, saya telah melancarkan secara rasmi Wanita Niaga Mall. Tempoh promosi pula telah dilanjutkan sehingga 15 hb Mac 2010. Jumlah usahawan juga terus meningkat sehingga kini, seramai 61 orang usahawan telah mendaftar di Wanita Niaga Mall. Untuk melihat perkembangan mengenai Wanita Niaga Mall anda boleh klik di sini .

Berikut adalah statistik yang telah saya keluarkan :

 

Kepada mereka yang belum mendaftar di Wanita Niaga Mall sila berbuat demikian. Ada promosi baru yang bakal diumumkan! Daftar dahulu kerana pengumuman ini akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftar sahaja!.

Jom Daftarkan nama anda di sini : www.wanitaniagamall.com.

Jumpa di sana!

Alhamdulilah, berakhir sudah.. Projek W-X, terima semuaaaa…

Info No Comments »

Ya, hari Ahad lalu 15hb November 2009 tamatlah program latihan yang kami hadiri untuk Projek W-X. Semuanya dengan wajah berseri-seri dan perasan gembira kerana sudah sampai ke sesi latihan dan bimbingan terakhir sebelum ‘graduation day’. Khabarnya menurut En. Amri, majlis perasmian akan di adakan pada bulan Januari 2009 di PWTC. Perasmian mungkin akan dilakukan oleh PM kita.. doakan semoga ianya menjadi kenyataan!. Berita gembira lain seperti yang dijanjikan iaitu Gerai Pameran PERCUMA untuk semua peserta W-X kumpulan pelopor nanti. Wow! ada 2 bulan lagi untuk kami membuat persiapan!

Tahniah saya ucapakan kepada Sdri. Zakleen kerana pemilihan domain untuk Projek W-X ini berjaya! Naik pentas la nanti ya! Domain yang Zakleen cadangkan tempohari adalah 1nita.my. Kepada pengunjung anda sudah boleh mula melayari domain www.1nita.my tetapi anda tidak dibenarkan lagi untuk mendaftar kerana anda belum menghadiri kursus W-X.

Ya, apa dia W-X ? Apa yang kita dapat ?

Sebab-sebab kenapa anda perlu sertai Kursus Projek W-X adalah : Read the rest of this entry »