Peluang Membuka Kelas Di rumah ?
Idea Graduan No Comments »Saya sedang mencari artikel berkenaan dengan cara masyarakat Jepun bekerja tiba-tiba terjumpa artikel dari Harian Metro yang menyebut tentang ‘ Buka Kelas di rumah’. Jika anda yang membaca tajuk sedekimian apakah yang terlintas di fikiran anda ? . Kelas apa ? rumah siapa ? macamana dan sebagainya… sudah tentu bermacam-macam persoalan yang anda fikirkan.
Baiklah sebenarnya memang ianya menyentuh tentang perihal graduan lulusan bidang pendidikan yang tidak mendapat tempat untuk mengajar di sekolah. Mereka di cadangkan untuk membuka kelas tuisyen di rumah dan seterusnya memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen dan menjana pendapatan dari rumah!.
Anda boleh baca lanjut catatan tersebut di sini. Saya hanya memetik sebahagian sahaja artikel tersebut seperti berikut :
Membuka kelas di rumah bukan sesuatu yang baru. Malah ramai lepasan graduan mengadakan kelas tuisyen sambil menunggu tawaran pekerjaan tetap, untuk mencari sumber pendapatan.
Ada yang melakukannya secara sambilan dan ada pula yang mengambil risiko untuk bergantung sepenuhnya terhadap bayaran yuran bulanan pelajar sebagai sumber pendapatan tetap.
Mereka yang membuka kelas secara sambilan biasanya terdiri daripada guru sekolah yang bijak mencari peluang bagi menambah pendapatan sedia ada.
Biasanya, kelas seumpama itu tidak membabitkan begitu ramai pelajar berikutan ruang belajar yang terhad. Namun, pelajar yang sedikit sebenarnya membantu dalam penyampaian ilmu secara berkesan.
Justeru kepada graduan di luar sana yang masih belum memperolehi pekerjaan dan masih tercari-cari apakah pekerjaan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan, ayuh.. mulakan hari ini untuk membuka kelas di rumah!. Insyaallah anda pasti berjaya melarikan fikiran anda dari di belengu masalah menganggur!.










