20
Perbezaan blog DIY dan blog percuma.
Baiklah hari ini saya tambah sedikit lagi info. Ianya saya olah dari tulisan penulis ebook Kit Blogger sendiri tetapi saya ubahsuai ikut bahasa saya sendiri.
Perbezaan blog dot com sendiri/blog DIY dan blog percuma.
Masih mengikuti perbincangan tentang blog mampu menjana duit anda ?. Baiklah saya teruskan di sini dengan sedikit info tentang perbezaan blog dot com dan blog percuma.
i) Kuasa :
Dengan blog DIY/dot com sendiri (selepas ini saya panggil blog DIY),
anda mempunyai kuasa 100% ke atasnya, tiada siapa yang marah atau mengenakan tindakan sekiranya anda melakukan sesuatu perkara terhadap blog perniagaan atau personal anda. Ini kerana dengan memiliki blog DIY, bermaksud anda dapat menentukan dari segi penampilan, gaya bahasa, ’settting’, ‘template’, iklan2 diblog, ’script’ yg pelbagai, dan macam-macam lagi, pendek kata umpama anda menyewa rumah dan membeli rumah sudah tentu banyak perbezaannya. Jadi dengan memiliki blog DIY seperti anda membeli dan memiliki rumah sendiri, anda bebas melakukan apa saja.
Tetapi, jika anda hanya memiliki blog percuma umpama anda menyewa sebuah rumah. Sudah tentu anda tertakluk kepada syarat2 dan perjanjian yang termetra dengan tuan rumah atau TOS anda semasa mendaftar dengan sesebuah penyedia blog percuma di pasaran. Betul tak ?. Pernahkah anda suatu ketika dahulu mengalami keadaan dimana pada penghujung bulan tiba-tiba anda diarahkan oleh tuan rumah untuk berpindah ?. Begitu juga dengan blog, ada kemungkinan blog anda akan dibuang sekiranya didapati anda melanggarkan TOS yang ditetapkan. Atau pun mungkin tiba-tiba syarikat penyedia blog tersebut menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi apa akan jadi dengan blog yang telah anda bina, pupuk dan semai serta telah menerima kunjungan dari beratus orang ?. Adakah anda gembira ?. Tepuk dada tanyalah diri sendiri
. Jadi tunggu apalagi, fikirkan jika anda mampu membeli kenapa terus menyewa ?.
ii) Matlamat Blog :
Apakah matlamat anda memiliki blog ? Adakah untuk suka-suka ? Adakah anda tidak bimbang jika sesuatu berlaku terhadap blog yang asalnya hanya anda suka-suka untuk menulis ?. Namun suatu hari tiba-tiba blog tersebut telah hilang ?. Justeru, [b]tentukan matlamat blog DIY dan blog percuma anda.[/b] Jika anda katakan memiliki blog untuk tujuan mendapatkan pendapatan sampingan dari Google Adsense, sila baca seterusnya.
Ya, di sini saya petik artikel dari ‘newsletter’ yang saya langgan dari penulis ebook Kit Blogger di mana : Read the rest of this entry »




