About Me
Pemilik Blog ini adalah dahulunya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai pengalaman luas di bidang pemasaran. Memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, dari Universiti Malaya. Beliau telah berkecimpung di dalam bidang industri Takaful pengkhususan pemasaran produk Takaful untuk perseorangan selama kira-kira 6 tahun dan 2 tahun di bidang Unit Trust. Pernah memiliki perniagaan secara offline di dalam bidang Takaful Perseorangan, Am dan juga Unit Trust sebelum berhijrah selama kira-kira 4 tahun ke luar negara iaitu di Jepun kerana mengikuti suaminya di sana.
Bidang perniagaan internet pada mulanya hanya sebagai hobi di samping mengisi masa lapang dan mencari kenalan yang ramai. Namun rutinnya setiap hari kini telah berubah. Beliau telah menaiktaraf dirinya sebagai seorang Usahawanita yang mahu sama-sama berjuang untuk mengejar impian!
Memang benar, beliau telah menceburi perniagaan internet bermula pada tahun 2007 dengan memasarkan produk-produk seperti berikut :
i) Forum Wanita Niaga ~ Portal Komuniti Usahawan Wanita : http://forum.wanitaniaga.com
ii) Score A ~ Pembelajaran Anak-anak Secara Online : http://www.e-scorea.com
iii) Muslimah Dolls ~ Anak Patung Bertudung : http://www.muslimahdolls.com
iv) IQ Hoster ~ Reliable Web Hosting : http://www.iqhoster.com
v) Kit Blogger ~ Panduan Membina Blog Wordpress : http://www.wanitaniaga.com/panduanblog.html
vi) Susen Online ~ Pad Herba : http://www.susenonline.wanitaniaga.com
vii) Sutra Aromaterapi ~ Distributor Center : http://www.myaromaterapi.com
yang boleh anda layari di sini : Produk.
Namun siapa sangka, selama hampir 5 tahun memerap di rumah ( 4 tahun di negara matahari terbit dan 1 tahun setelah kembali semula ke tanahair ), akhirnya pada bulan April yang lalu beliau telah diperkenalkan dengan produk Aromaterapi SUTRA. Seterusnya syarikat beliau iaitu Wanita Niaga Enterprise telah ditawarkan menjadi Sutra Shoppe (Stokis Negeri Pertama) ketika itu. Setelah 6 bulan berlalu, kini Wanita Niaga Enterprise telah dilantik pula menjadi Pusat Edaran Sutra (Distribution Centre) bagi Negeri Selangor.


























