Tercapai sudah ?
Motivasi, Kejayaan 2 Comments »Kira-kira tak sampai 24 jam lagi, tirai tahun 2009 akan ditutup dengan rasminya. Kepada anda rakan usahawan diluar sana bagaimana ?. Adakah tercapai sudah matlamat dan impian anda tahun ini ?
Bagi saya, alhamdulilah.. walaupun sebenarnya tahun 2009 ini merupakan tahun ke 2 saya menjalankan perniagaan internet di Malaysia (tahun2 sebelum ini diluarnegara), namun saya tetap bersyukur empayar perniagaan internet yang saya semai dan baja selama ini telah membuahkan hasil dan berterusan hingga ke hari ini. Doa saya semoga ianya berkekalan.. semoga Wanita Niaga akan kekal menjadi salah satu nadi perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun ianya tidak sehebat dan tidak setanding dengan kemampuan dan kejayaan usahawan-usahawan internet lain yang berjaya, namun Wanita Niaga mempunyai strategi dan tekniknya yang tersendiri , malah sudah tentu ianya tidak sama sekali sama atau serupa dengan pihak lain. Ya, teknik, rahsia kejayaan dan tips itu hanya Wanita Niaga yang tahu.
Ya, tahun 2009 rupanya betul-betul memberikan seribu makna kepada diri saya sebagai pemilik, pengurus, pekerja dan juga boss kepada sebuah organisasi yang diberi nama Wanita Niaga Enterprise (sedang bercadang nak cari nama yg lebih glamour ni, ada sesiapa nak beri cadangan boleh hubungi saya, dpt hadiah nanti! ). Ya, dengan izin Allah rupanya tahun 2009 ini banyak menciptakan sejarah pada diri saya tanpa saya rancang sebenarnya. Bermula dengan perlantikan Wanita Niaga Enterprise (WNE) sebagai Distribution Centrer untuk produk Aromaterapi SUTRA, telah menggerakkan hati saya untuk cuba membuka pejabat WNE. Bukan perkara mudah dan main2 namun dengan kekuatan mental & fizikal yang ada, dengan sokongan padu & tidak putus dari suami tercinta.. akhirnya impian itu terlaksana. Pada Jun 2009, pejabat Wanita Niaga Enterprise mula beroperasi dan dirasmikan pada 13 Julai 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Namun, seperti pepatah melayu..
‘ ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.. ‘
rupanya penghujung tahun 2009 ini saya diberi ujian yang benar2 menguji kesabaran, kekuatan sebagai seorang ibu, isteri dan majikan.. saya hilang sayap seketika.. dan ketika itu keadaan benar2 kritikal dan ketika itu juga saya harus bijak membuat keputusan! syukur alhamdulilah, Allah bersama saya dan syukur juga saya sedar lebih dulu sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada mak tersayang, kerana tanpanya tempohari… saya tidak tahu apa yg terjadi. Ini semua ketentuan Illahi dan memang benar, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Ujian itu datang di saat saya benar-benar dalam kesibukan, suami yang juga sibuk ‘outstation’ dgn projek KRA, telah memaksa saya berfikir dan bertindak pantas untuk membuat keputusan!
Biarkanlah ianya berlalu dengan tenang… walaupun sebenarnya sebagai seorang wanita, naluri kelembutan itu adakalanya singgah… airmata mana tidak tumpah setelah berdepan dengan situasi genting ? Seperti kata ramai, pasti ada hikmahnya di kemudian hari yang kita tidak tahu. Perkara ini menjadikan saya lebih matang, terus menjadikan saya lebih kuat, lebih cekal dan berani bertindak demi kejayaan dalam hidup, demi kejayaan sebagai sebagai seorang ibu yang akan memberi contoh kepada anak-anak tersayang.
Saya masih ingat, kata2 dari sebuah buku yang pernah saya baca dulu…. sesuatu musibah atau kejadian itu berlaku ada sebab dan akibatnya. Wa’allahua’alam.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH & MASEHI. SEMOGA SEMUANYA TERUS BEROLEH KEJAYAAN!










