Alhamdulilah, berakhir sudah.. Projek W-X, terima semuaaaa…
Info November 18th, 2009Ya, hari Ahad lalu 15hb November 2009 tamatlah program latihan yang kami hadiri untuk Projek W-X. Semuanya dengan wajah berseri-seri dan perasan gembira kerana sudah sampai ke sesi latihan dan bimbingan terakhir sebelum ‘graduation day’. Khabarnya menurut En. Amri, majlis perasmian akan di adakan pada bulan Januari 2009 di PWTC. Perasmian mungkin akan dilakukan oleh PM kita.. doakan semoga ianya menjadi kenyataan!. Berita gembira lain seperti yang dijanjikan iaitu Gerai Pameran PERCUMA untuk semua peserta W-X kumpulan pelopor nanti. Wow! ada 2 bulan lagi untuk kami membuat persiapan!
Tahniah saya ucapakan kepada Sdri. Zakleen kerana pemilihan domain untuk Projek W-X ini berjaya! Naik pentas la nanti ya! Domain yang Zakleen cadangkan tempohari adalah 1nita.my. Kepada pengunjung anda sudah boleh mula melayari domain www.1nita.my tetapi anda tidak dibenarkan lagi untuk mendaftar kerana anda belum menghadiri kursus W-X.
Ya, apa dia W-X ? Apa yang kita dapat ?
Sebab-sebab kenapa anda perlu sertai Kursus Projek W-X adalah :
1- Percuma!
2- Khas untuk Usahawan Wanita Sahaja, terutama yang tiada langsung asas IT
( Anda perlu ada perniagaan, jika belum anda syarikat.. jangan bimbang anda boleh daftarkan perniagaan/syarikat anda di program tersebut nanti)
3- Dapat domain dan hosting Percuma!
4- Elaun RM 150 tetapi anda perlu hadir pada setiap kursus yang disediakan, tak boleh ponteng!
5- Makanan disediakan percuma selama kursus berlangsung
6- Portal W-X percuma untuk anda promosikan perniagaan anda!
7- Networking di seluruh Msia malah dunia.. insyaallah, jika anda rajin dan aktif.. ramai prospek anda di sana nanti.
… dan macam-macam lagi yang akan anda perolehi di W-X.
Nak tau lebih lanjut boleh layari forum W-X juga di http://www.1nita.my/forum
Ok tunggu perkembangan seterusnya tentang W-X ini!



































