BONUS ISTIMEWA ‘BUSINESS OWNER’

MEGA SALES 3 IN 1 WNC (JULY, AUGUST & DEC 2009)
_____________________________________________________________

WNC Sales ~ July : 15 July – 15 August 2009
Ramadhan Sales ~ August : 20 August – 20 September 2009
JMHT Sales ~ December : 1 December – 31 December 2009

Panduan dan tatacara permohonan :
Status Keahlian & kelayakan :
1- Ahli Gold ( percuma dan thread sticky )
2- Ahli Premier ( percuma & thread non-sticky )
3- Ahli Business Owner :
a. Kedai Online yang aktif sehingga sekarang (percuma & thread sticky)
b. Pernah membuka kedai online (RM 40 yuran pendaftaran (20% diskaun) dan thread sticky)
4- Ahli Forum Biasa ( RM 50 yuran pendaftaran dan thread sticky ):
Ahli yang belum pernah membuka kedai online, dikenakan bayaran yuran sebanyak RM50 untuk pendaftaran )
5- Ahli 500 post ke atas ( percuma dan thread non-sticky )

Cara pernyertaan :
1- Dapatkan borang permohonan Mega Sales 3 in 1 melalui email
enquiry@wanitaniaga.com tuliskan tajuk email : MEGA SALES 3 IN 1 2009
2- Isi borang permohonan Mega Sales 3 in 1 (sila pilih status keahlian anda)
3- Lakukan pembayaran (jika berkenaan) ke atas akaun Wanita Niaga Enterprise seperti berikut : Akaun Cimb ~ 1229-0009731-05-7
4- Sila kembalikan borang permohonan, bukti pembayaran dan salinan kad pengenalan melalui email
enquiry@wanitaniaga.com.
5- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Siti Hafizah di talian 03-61488430 atau email
enquiry@wanitaniaga.com atau pm di forum kepada sitistich.
6- Tarikh tutup penyertaan/permohonan adalah pada 15 Julai 2009

Cara membuka topic/thread promosi :

1- Setiap ahli hanya dibenarkan membuka 1 topik/thread promosi.
2- Setelah borang penyertaan dihantar, pihak Wanita Niaga akan membuat penilaian. Tempoh penilaian adalah selama 3 hari.
3- Sekiranya permohonan berjaya, kami akan menghantar satu email pengesahan pendaftaran kepada anda. Sila baca dan fahamkan arahan yang diberi.
4- Setelah permohonan berjaya, pihak Admin akan memberi access kepada ‘username’ ahli yang layak.
5- Sila klik ‘newtopic’ dan mulakan proses promosi produk kedai online anda.

Terma dan syarat Mega Sales 3 in 1 :
1- Semua pernyertaan hendaklah di buat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
2- Maklumat ahli mestilah benar dan jika didapati ada ahli yang memberikan maklumat palsu, pihak Wanita Niaga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara atau masalah yang timbul kesan dari jualan atau promosi yang dilakukan.
3- Semua maklumat yang diberi adalah menjadi kerahsian kami dan pihak Wanita Niaga tidak akan menyebarkan kepada pihak ketiga.
4- Kelulusan adalah tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan Wanita Niaga.
5- Semua ahli/peniaga yang layak akan dihubungi melalui email.
6- Semua ahli/peniaga dikehendaki mematuhi panduan dan undang-undang Mega Sales 3 in 1 .
7- Wanita Niaga tidak akan bertanggung-jawab sekiranya berlaku penipuan atau kerosakan pada barang dan sebagainya.
8- Semua urusan pembelian dan pembayaran dikalangan pembeli dan penjual adalah tidak melibatkan pihak Wanita Niaga.
9- Forum Wanita Niaga hanya menyediakan portal untuk semua ahli menggunakan sebaik mungkin, khususnya untuk promosi produk dan perniagaan.