Wanita Niaga dipilih & dilantik menjadi Sutra Shoppe Pertama.
Uncategorized May 14th, 2009Baiklah sudah tiba masanya untuk saya umumkan di Blog Tips Usahawan Wanita ini. Ya, setelah hampir tiga tahun saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan di internet dan menjalankan secara sepenuh masa di rumah (dengan bahasa mudah bekerja dari rumah). Akhirnya, saya kini tidak boleh lagi di kategorikan sebagai surirumah yang bekerja dari rumah. Tanpa disedari, saya telah berjaya meningkatkan prestasi diri dengan tanpa ada paksaan dimana-mana, menjadi seorang stokis atau dikenali sebagai Sutra Shoppe oleh sebuah syarikat Aromaterapi tempatan. Syarikat tersebut di kenali sebagai Tropical Bioessence Marketing (TBE) yang terletak di negeri Melaka. Perjanjian rasmi telah termeterai pada 27 hb April 2009 lalu. Wanita Niaga Enterprise juga merupakan stokis tunggal dan yang pertama bagi TBE.
Selari dengan itu, kini saya telah mempunyai pejabat baru (pejabat fizikal bukan lagi dirumah seperti sebelum ini) dan insyaallah mempunyai seorang kakitangan. Impian itu akhirnya bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Insyaallah Wanita Niaga Enterprise akan berada di alamat seperti berikut :
Wanita Niaga Enterprise
No. 21-1, Jalan BRP 1/6A,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sg. Buloh,
Selangor.
(Lokasinya berdekatan dengan Bangunan The Store di Sg. Buloh)
Kepada semua rakan diluar sana, anda dijemput untuk mengunjungi pejabat rasmi Wanita Niaga kelak. Insyaallah pengubahsuaian dijangka siap pada akhir bulan Mei.
Syukur kepada Illahi, setelah cukup setahun saya pulang dari Negara Jepun. Setelah cukup setahun saya pulang dari merantau, akhirnya dengan izin dan rezeki yang dilimpahkan… saya diberi peluang untuk mencungkil bakat dan potensi diri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang stokis dan juga pihak yang bertanggungjawab dalam membantu syarikat untuk memperkenalkan dan memasarkan produk Aromaterapi keluaran tempatan di seluruh Negeri Selangor.
Siapa sangka saya yang sebelum ini hanya menjual produk kertas (Takaful & Unit Trust) disamping produk-produk digital & fizikal di internet. Kini akhirnya saya telah melangkah setapak lagi dengan memasarkan produk berasaskan kecantikan dan kesihatan. Saya juga merupakan Sutra Shoppe yang pertama bagi TBE. Siapa sangka, tindakan saya mendaftarkan perniagaan saya secara online, semasa di Jepun 2 tahun dulu rupanya satu langkah yang bijak dan menjadikan diri saya kini sebagai seorang usahawanita !. Tindakan saya yang memang berani menyahut apa jua cabaran akhirnya merubah kehidupan keluarga saya. Tanpa pengorbanan dan sokongan padu seorang suami dan juga anak-anak kesayangan saya (banyak masa emas bersama mereka telah terpaksa saya kurangkan), saya tidak mungkin berada seperti sekarang. Terima kasih suami & anak-anakku!!
Terima kasih Tropical Bioessence Marketing dan saudari Ain, di atas kepercayaan yang kalian berikan. Insyaallah saya akan sahut cabaran ini dan berikan kotmitmen sepenuh masa tanpa ada sebarang keraguan lagi. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan untuk saya mengendalikan dan mengawal selia stok dan pemasaran bagi Negeri Selangor.
Untuk itu, di bawah ini saya paparkan ringkasan aktiviti pemasaran yang telah disertai oleh Wanita Niaga Enterprise :
i) Pameran di Hari Harta Intelek (MyIPO) yang berlangsung di KL Convention Centre, KLCC pada 23- 26 hb April 2009 yang lalu.

ii) Pameran di Malaysian International Halal Showcaes (MIHAS ) di MECC, Matrade, KL pada 6 - 10 Mei lalu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar kepada produk Sutra ini, sila hubungi saya melalui email admin[a]myaromaterapi.com atau admin[a]wanitaniaga.com atau sms/call di talian 014-6692844. Pihak Tropical Bioessence Marketing sedang membuka peluang ini seluas-luasnya di seluruh negara khasnya dan di internet amnya.
Di bawah ini saya ringkaskan kategori pengedar yang ada :
a) Sutra Shoppe ( 1 Sutra Shoppe (stokis) untuk 1 daerah atau sekurang-kurangnya 3 Sutra Shoppe bagi 1 negeri). Wanita Niaga menjadi Stokis Tunggal bagi Negeri Selangor. ~ 20 sahaja di seluruh negara.
b) Sutra Point ( 50 Sutra Point untuk 1 Sutra Shoppe). ~ 1000 sahaja di seluruh negara.
c) Rakan Sutra
d) Pemasaran secara Dropship juga disediakan kepada yang berminat.


























May 18th, 2009 at 2:21 am
Taniah diucapkan kepada pn. Bersemangat saya untuk meneruskan perjuangan saya di dalam perniagaan. Saya akan menggunakan & promosikan barangan puan. Jika saya menggadakan kelas di mana2 saya akan berhubung terus dengan pn. Supaya pasaran lebih meluas lagi.
Terima kasih.
May 22nd, 2009 at 8:12 pm
Terima kasih Sheila. Insyaallah, kita boleh bekerjasama di masa akan datang. Saya akan hubungi Sheila suatu hari nanti.
May 31st, 2009 at 1:11 pm
saya lina,
saya berminat nak jadi agen sutera.
apa kah syarat2nya
terima kasih,
lina
September 10th, 2009 at 11:14 pm
congrats! smoga jd contoh kpd wanita2 lain di luar sana…..
October 1st, 2009 at 5:01 pm
Lina, terima kasih kerana telah menjadi Rakan Sutra. Kini, peluang semakin luas kerana syarikat telah mengadakan banyak pilihan untuk menjadi pengedar produk Sutra.