Tips Pemasaran Online.
Pemasaran 4 Comments »Tahukah anda rahsia pemasaran perniagaan internet secara online atau pemasaran perniagaan biasa secara online ?. Jika anda mengambil keputusan untuk memasarkan produk atau perniagaan anda melalui online, perkara-perkara di bawah amat penting anda fikirkan jika berhasrat untuk mendapat pulangan yang berganda!.
Apakah dia alat utama atau pembantu utama perniagaan anda ? Siapa dia yang membantu kerja-kerja anda untuk memastikan mesej atau promosi yang anda sedang lakukan berjalan walaupun anda sedang nyenyak tidur ? ataupun mungkin anda sedang sibuk dengan aktiviti anak-anak ?. Ya, website andalah itu.. tanpa website tiada maknanya pemasaran melalui online. Tetapi, bagaimana dengan traffic atau kunjungan ke website anda ?. Macamana nak dapat traffic ? Tiada traffic = tiada pembeli = tiadalah RM ! .
Terdapat banyak cara atau kaedah untuk mempromosikan website anda dan juga perniagaan internet anda, tetapi yang mana satu paling berkesan dan menggunakan kos yang minima ?
Ya, selain dari usaha berkaitan dengan seo, tidak lain tidak bukan ianya bergantung kepada jenis perniagaan yang anda sedang lakukan dan target pemasaran atau target pengunjung atau target pembeli yang anda tetapkan!. Ingat! pemasaran sesuatu jenis perniagaan itu tidak sama dengan pemasaran satu perniagaan yang lain.
Cuba anda baca beberapa petikan yang saya telah ringkaskan dan rumuskan di sini untuk merealisasikan pemasaran perniagaan secara online!.
1- ‘First Impressions’ :
Tak kenal maka tak cinta. Ya kita selalu dengar orang berkata ‘1st impressions’ adalah penting bagi setiap permulaan. Tak kiralah semasa anda mula memilih calon hidup satu ketika dulu atau mungkin semasa anda mula berkenalan dengan seseorang yang baru menjadi rakan niaga anda. Sudah tentu dengan melalui pandangan pertama ianya bakal menggambarkan keseluruhan wpun sbnrnya ia tidaklah sebaik yg kita jangka atau seburuk yang kita sangka, namun bagi sebuah website ini adalah penting!.
a- Sebuah website yang lengkap dan menarik! - Ada sesetengah pihak yang tidak mengambil berat dari segi content, banner dan malah ada yang tidak meletakkan perkara2 asas yg patut ada dlm sebuah website!. Ini telah mengecilkan atau menidakkan jualan yang sepatutnya anda perolehi!
b- Sebuah websiete yang ‘friendly user’. Jika website anda itu menggunakan software shopping cart.. pastikan gambar-gambar dan maklumat lengkap tentang produk adalah lengkap!. Link-link utama hendaklah jelas dan mudah dicapai!.
c- Loading page juga amat penting. Jika website anda sukar atau mengambil masa yang panjang untuk loading.. prospek anda akan lari!.
Namun pesan saya jika anda tidak mahir di dalam pembangunan website anda, serahkan ianya kepada yang pakar!.
ii- Pendaftaran Search Engine.
Tahukah anda pemasaran online dengan search engine amatlah penting bagai isi dengan kuku!. Tetapi tahukah anda bagaimana search engine berfungsi ?.
Nantikan entry saya akan datang… ![]()










