Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H & 2009M.
Motivasi No Comments »Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H & 2009M!
Pejam celik dah masuk hari kedua, terlewat sedikit untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung setia Blog Tips Wanita Niaga. Apa azam baru anda ?. Tiap kali tibanya tahun baru pasti setiap dari kita telah menanamkan azam baru mungkin ada juga yang membawa azam tahun lepas ke tahun ini. Tak mengapa yang penting, anda telah bersedia melangkah ke tahun yang lebih mencabar ini dengan satu matlamat yang jitu untuk terus berusaha dan berusaha hingga berjaya!
Bagi yang telah mempunyai azam, apakata mari sama-sama kita semadikannya di Forum Wanita Niaga, agar ianya menjadi saksi dan kita lihat dipenghujung tahun nanti, adakah azam tahun 2009 ini dicapai!. Jommm kongsikan di sini : AZAM TAHUN BARU 2009 PULAK!
Sehubungan dengan itu, bagi pihak Wanita Niaga saya dengan ini menjemput semua pembaca dan pengunjung blog Wanita Niaga untuk turut sama memeriahkan Aktiviti dan Projek Tahunan Wanita Niaga bagi sesi 2009 dengan mendaftar dan merujuk di sini : AKTIVITI WANITA NIAGA 2009.
Istimewa mulai tahun 2009 ini juga, saya telah melancarkan ANUGERAH WANITA NIAGA yang diwujudkan khas untuk ahli-ahli Forum Wanita Niaga bagi tujuan memberi galakkan kepada mereka untuk terus aktif dalam berforum disamping memperoleh manfaat berguna di sana!. Ayuh kita lihat apa yang menarik di sana!.
Nota : Tengahari semalam, saya menerima sms yang menyampaikan berita bahawa anak kepada sepupu saya di Pahang sana telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
