Mar
01

~ Happy 1st Anniversary to Wanita Niaga ~

lynn on Mar-1-2008

Ya, 1 hb Mac 2008 merupakan Hari Ulangtahun Pertama Penubuhan Wanita Niaga. Jika anda ada membaca entry blog pertama ini, saya ada mencatatkan sejarah ringkas bagaimana Wanita Niaga diberi nama. Walaupun saya tidak mengumumkan dengan rasmi di dalam blog ini tentang tarikh rasmi penubuhan, namun ianya telah saya wartakan di Forum Wanita Niaga sana. Tarikh domain wanitaniagadotcom dibeli adalah pada 21hb Feb 2007, namun dalam tempoh seminggu saya masih dalam proses menyiapkan dan melengkapkan forum dan blog ketika itu, jadi saya telah memilih 1hb Mac 2007 sebagai tarikh rasmi Penubuhan Wanita Niaga Dot Com!

Pejam celik rupanya dah setahun berlalu … begitu banyak perkara, tips, pengalaman baru dan ilmu asas yang telah dikuasai dan insyaallah akan terus berusaha meningkatkan prestasi agar saya berjaya mencapai matlamat dan impian didalam ebiz!. Sebenarnya saya bermula dari awal lagi dari Wanita Niaga, iaitu dengan penubuhan www.e-scorea.com di mana dengan penemuan mengenai Score A lah saya terus berada didalam ebiz ini hingga kesaat catatan ini diabadikan! (sebenarnya ianya adalah satu kebetulan mencari bahan pelajaran untuk anak-anak saya). Semuanya bermula dengan hanya satu info dan gerak hati untuk terus meneroka dan mencari… syukur, kini hampir setahun setengah saya menjalankan perniagaan internet, saya mampu tersenyum dengan hasil pulangan yang saya perolehi. Syukur kepada Allah!

Selepas Score A, saya diperkenalkan dengan beberapa produk internet lain yang saya fikir serasi dengan jiwa dan matlamat saya ketika itu!. Selain menguruskan forum, menjadi reseller, saya juga telah berjaya mempunyai beberapa projek JV dan terbaru akan dilancarkan JV…. syyy!. Tungguuuuu.

Anda mungkin tahu saya kini berada jauh dari tanahair.. jadi sebagai mengisi masa lapang, saya telah secara tidak langsung tanpa dirancang sebenarnya, menceburi diri dalam bidang ebiz ini.. Alhamdulila, pilihan saya tepat dan saya tidak lagi sunyi, tidak lagi bosan duduk dirumah tanpa ada apa-apa kejayaan dalam diri!. Selain mempelajari kebudayaan dan bahasa bangsa lain.. saya juga pelajari cara mereka berfikir, cara bertindak dan sedikit sebanyak telah saya terapkan dalam dunia ebiz termasuklah untuk perancangan akan datang!.

Opps.. rasanya sudah terlalu panjang bercerita tentang sejarah dan pengalaman, biar saya simpan dahulu dan saya kupas dilain ketika bila masa mengizinkan. Saya ada tugas lain yang lebih penting… nak semak akaun dan email.. ok bye!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  1. kita Said,

    tahniah kerana berjaya ke episod kedua….semoga terus kekal di arena internet

  2. bizmalaya Said,

    semoga terus kekal di arena internet..kalau dekat nak jugak pergi tapi jauh

  3. lynn Said,

    Hi, Kita dan Bizmalaya.. terima kasih diatas ucapan dan doa, insyaallah semoga Wanita Niaga akan kekal selamanya dipersada internet, selagi hayat empunyanya masih dikandung badan.. huhu terharunya la hehehe… Jika ada kelapangan jemputlah datang yer . Jika bukan sekarang mungkin aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang.

Add A Comment