Archive for March, 2008

Mar
21

Minta cuti ;).

lynn on Mar-21-2008

Pelik agaknya tajuk kali ini ;). Memang benar saya terpaksa memohon cuti panjang kali ini dari blog saya ini kerana empunya diri sedang sibuk dengan urusan terakhir sebelum terbang pulang ke tanah air pada hujung bulan ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi… untuk kami mengucapkan S.A.Y.O.N.A.R.A kepada bumi sakura untuk selamanya….

Justeru, kepada pembaca anda dijemput kembali mengikuti perkembangan di sini kira-kira 2 minggu dari sekarang. Insyaallah bulan April nanti saya dan keluarga akan berada di Malaysia!. Nantikan khabar dan tips perniagaan internet seterusnya dari saya.

Ohya kepada anda yang telah dengan relahati menyertai projek 1st Annual Wanita Niaga 2008, saya ucapkan jutaan terima kasih!. Kita jumpa di sana nanti ya!.

Mar
13

ANDA DIJEMPUT!

lynn on Mar-13-2008

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung yang budiman sebagai tanda sokongan padu anda, sukacitanya saya menjemput kalian untuk memaparkan banner dan url promosi ini di blog dan website anda. Maklumat lanjut boleh didapati di sini. ;) .

Berikut adalah gambar banner yang anda boleh gunakan untuk tujuan promosi!. Ianya PERCUMA tanpa meminta sebarang bayaran, hanya sebagai tanda sokongan kepada Industri Usahawan dan usahawanita Internet Tanahair! (hehe pandai-pandai saja beri nama ;) .

Semua usaha, sokongan dan kerjasama dari anda saya ucapkan setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH! ~

p/s: Terima kasih kepada Mawaddah diatas banner yang cun itu!;)

Mar
12

Terima kasih Sdr. Amirol ;)

lynn on Mar-12-2008

 

Post kali ini sebagai kesinambungan kepada post sebelum ini berkenaan Projek 1st Annual Wanita Niaga 2008.

Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas usaha murni Amirol membuat promosi percuma di blog beliau hari ini. Anda boleh lihat dan baca di sini.

Kepada semua anda dijemput hadir dan sila sahkan kehadiran anda sebelum 20hb Mac 2008. Kita jumpa di sana ya!. Jangan lupa ramai Usahawan Internet Malaysia akan turut hadir kelak! Jangan lepaskan peluang ini! Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Mar
01

~ Happy 1st Anniversary to Wanita Niaga ~

lynn on Mar-1-2008

Ya, 1 hb Mac 2008 merupakan Hari Ulangtahun Pertama Penubuhan Wanita Niaga. Jika anda ada membaca entry blog pertama ini, saya ada mencatatkan sejarah ringkas bagaimana Wanita Niaga diberi nama. Walaupun saya tidak mengumumkan dengan rasmi di dalam blog ini tentang tarikh rasmi penubuhan, namun ianya telah saya wartakan di Forum Wanita Niaga sana. Tarikh domain wanitaniagadotcom dibeli adalah pada 21hb Feb 2007, namun dalam tempoh seminggu saya masih dalam proses menyiapkan dan melengkapkan forum dan blog ketika itu, jadi saya telah memilih 1hb Mac 2007 sebagai tarikh rasmi Penubuhan Wanita Niaga Dot Com! Read the rest of this entry »