Perkembangan Terkini Wanita Niaga.
Kejayaan No Comments »Hampir sebulan Blog Wanita Niaga tidak diupdate! Huh! Maafkan saya pengunjung yang budiman. Banyak perkembangan positif yang berlaku di sepanjang bulan Febuari ini terhadap kemajuan Wanita Niaga. Di antaranya :
i - Wanita Niaga kini telah berjaya menggunakan servernya sendiri dan tidak perlu lagi menumpang di tanah orang lain.. opps di hosting lain!. Titik tolak penghijrahan adalah disebabkan beberapa perkara masalah teknikal yang berlaku dengan database Forum Wanita Niaga pada awal bulan Feb tempohari. Ianya telah membuatkan saya bertindak SEGERA walaupun tempoh sewaan hosting akan tamat pada 21hb Feb. p/s: thanks Mie n Tiey!
ii- Disebabkan dengan perkara pertama diatas, saya begitu sibuk dengan semua urusan berkaitan dengan server baru, wajah web server baru (nantikan service JV terbaru dari Wanita Niaga!), Forum Wanita Niaga (nadi Wanita Niaga yang telah menyebabkan saya mengambil keputusan drastik ini! .. insyaallah semakin laju untuk tetamu access
<< doakan saya berjaya! >>) dan hal-hal peribadi saya juga. Psss : tak lama lagi saya akan berada di tanahair…. rindunya dgn makanan msia yg sedap tu! . Makin laju la projek saya lepas ni hehehe…
iii - Wanita Niaga akan menyambut Hari Ulangtahun Pertamanya pada 1hb Mac 2008 ini!. Jadi macam-macam aktiviti yang akan dilaksanakan kelak!. Antaranya :
a- Annual Hot Sales Wanita Niaga 2008 - di forum, mulai 1hb Mac - 31hb Mac 2008
b- Kuiz Bonanza - di forum, mulai 1hb Mac - 31hb Mac 2008
c- 1st Annual Wanita Niaga 2008 - di Mines Resort, pada 5hb April 2008, semua di jemput hadir!
Maklumat lanjut sila rujuk di Forum Wanita Niaga dengan klik di sini :
KALENDAR FORUM WANITA NIAGA 2008
Berikut pula adalah Poster Jemputan ke acara ~ ‘1st Annual Wanita Niaga 2008′ ~

Jumpa di sana yea!!!










