Jan
25

Kelas Online Membina Website di Forum Wanita Niaga!.

lynn on Jan-25-2008

Mulai tahun ini, Wanita Niaga telah menyusun pelbagai startegi serta aktiviti bulanan atau suku tahunanya untuk kebaikan dan kebajikan ahli yang telah selama hampir setahun setia bersama menjayakan Forum Wanita Niaga. Tanpa mereka siapalah Wanita Niaga ?. Justeru, di permulaan awal tahun ini pihak Wanita Niaga telah menganjurkan beberapa aktiviti-aktiviti kekeluargaan, pembelajaran dan juga pengiktirafan. Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan dan telah dilancarkan :

i- Projek Birthday Exchange
ii- Projek Hadiah Si Kecil
iii- Projek 1st Annual Wanita Niaga (Hari Ulangtahun Pertama)
iv- Projek Kelas Online Membina Website (Siri 1-Photoshop)

Kepada mereka yang berminat untuk turut sama meriahkan projek-projek yang telah dilancarkan, anda di jemput untuk menziarahi Forum Wanita Niaga   untuk pendaftaran sebagai ahli.

Setelah anda mendaftar sebagai ahli forum, anda juga di kehendaki untuk mendaftar untuk setiap projek yang dijalankan. Jika tidak, anda sudah tentu tidak dapat turut serta.

photoshop.jpg

Untuk makluman anda juga, buat julung kalinya juga Wanita Niaga menawarkan Kelas Online Membina Website dengan dimulakan topik pembelajaran iaitu Belajar Photoshop. Kepada anda yang berminat, SEGERA DAFTAR SEKARANG! sebelum 31hb Januari 2008 kerana kelas akan bermula pada bulan Febuari 2008. Nah jangan tangguh-tangguh lagi segeralah klik di sini untuk PENDAFTARAN!.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  1. Idah Said,

    Salam Kak lynn..
    idah tak sempat nak byr lg forum dah ditutup..mcmane yek??

  2. lynn Said,

    Salam Idah, jangan risau.. Idah boleh terus membuat bayaran ke akaun yang tertera di forum. Kelas akan berjalan seperti yang dirancang. Jika ada perubahan kelak, akan kami beritahu secepat mungkin.

Add A Comment