Daftar Perniagaan Anda, Secara Online… segalanya dihujung jari.
Tip January 25th, 2008Tips kali ini yang ingin saya kongsikan adalah Pendaftaran Perniagaan Internet atau Offline anda yang dapat dilakukan secara online. Ianya begitu mudah dan hanya perlu anda lakukan dengan komputer peribadi anda atau laptop anda!. Tidak perlu lagi bersusah payah menunggu nombor giliran anda di panggil atau mengeluarkan sedikit belanja untuk mengupah agen lain.
Ini telah saya perakui benar kerana hari ini saya sendiri telah berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya untuk kali kedua. Pertama, perniagaan saya telah didaftarkan pada kira-kira 5 tahun dulu iaitu semasa saya menjalankan perniagaan secara offline. Kini, perniagaan kedua saya telah saya daftarkan secara online sahaja!. Amat mudah! Segalanya bermula kerana semasa saya pulang bercuti tempohari saya tidak sempat untuk mendaftarkan perniagaan saya kerana kesuntukan masa. Lantas saya terus bertanya adakah mereka menerima pendaftaran secara online ?. Jawapan positif saya terima dan terus saya beredar dan mendapatkan kertas panduan yang ada. Berikut saya kongsikan maklumat dari kertas panduan tersebut yang telah saya oleh sedikit isi kandungannya tanpa mengubah panduan penting :
LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN E-LODGEMENT PENDAFTARAN PERNIAGAAN :
1. Anda di kehendaki mempunyai alamat e-mel. Mudah bukan ? semua orang ada alamat e-mel.
2. Anda di kehendaki mendaftar sebagai ahli di portal mygovernment : www.gov.my
Terus terang saya nyatakan jika anda mendaftar di waktu hari bekerja amat mudah kerana dalam beberapa minit saja nama anda telah didaftarkan.
3. Seterusnya mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak mengerahkan borang pendaftaran : www.gov.my . Di sana anda akan di tunjukkan link ke website www.ssm.com.my untuk tujuan pendaftaran sebagai ‘SSM Subscriber’. Sila pilih icon e-lodgement atau klik di sini http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php
4. Bayaran boleh di buat secara kad kredit, debit langsung dan pre paid. Bagi bayaran secara debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun di salah satu bank berikut :
MAYBANK / BANK ISLAM / HONG LEONG / PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga yang dibuat.
5. Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid) :
i- Sila daftar di Kaunter SSM Tingkat 2 atau Tingkat 13.
(Langkah 1 dan 2 di atas mesti di patuhi terlebih dahulu)
ii- Bayaran minima permulaan ialah RM 70.00 (untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan).
6. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang di kehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu :
a- Carian Nama (Borang PNA 42)
b- Pendaftaran Baru (Borang A)
c- Pendaftaran Perubahan (Borang B1, B2, B3 dan B4)
d- Pembaharuan Perniagaan (Broang A1)
e- Penamatan Perniagaan (Borang C)
7- Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Memang benar setelah urusan pencarian nama selesai dalam tempoh tidak sampai 12 jam (sebab saya daftar diwaktu malam) keesokan harinya perncarian nama saya telah berjaya dan diluluskan. Seterusnya dalam tempoh 1 jam urusan Pendaftaran Perniagaan secara online saya telah selesai dan berjaya! Semuanya hanya berhubung melalui e-mel! . Transaksi secara online dari Jepun!
8- Seterusnya perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat perniagaan boleh anda perolehi menerusi e-Info dengan melayari semula laman web www.ssm.com.my atau terus ke Kaunter No 3 dan 4 di Tingkat 13, Suruhanya Syarikat malaysia, The Mall.
Ketika ini saya hanya perlu membuat cetak Pendaftaran Perniagaan saya di atas kertas A4. Kelak apabila saya kembali ke tanahair, insyaallah salinan asal akan saya perolehi dan bolehlah dipaparkan di dinding di depan komputer peribadi saya! Insyaallah.
Jadi, anda bagaimana pula ?. Sudah mengambil keputusan untuk mendaftarkan perniagaan internet anda ?. Nah semuanya hanya dihujung jari….




































February 7th, 2008 at 6:48 am
In Malay or Singapore Goat etawa is Profitable business,If You Attention Business Goat Etawa Please Look
at my Blog .
My name George Etawa ,I’ m From Indonesia
Thank You
February 11th, 2008 at 2:07 am
wahh…satu information yang baru ni..tak tahu pulak boleh buat secara online..memang senang a macam ni
March 10th, 2008 at 5:55 pm
salam lynn,
mmg hebat … saya sendiri sudah cuba dan dptkan sijil tu dlm masa 5hari jer … silap gak coz masa buat buat tu weekend so terpaksa lar tunggu … tapi mmg mudah dan pantas … xyah travel jauh2 & free parking lagi … heh heh … thx a lot …
March 11th, 2008 at 3:49 am
ye ‘kita’, memang mudah.. cuma duduk dpn pc jer semuanya boleh siap tak perlu berbaris panjang atau keluarkan belanja mahal mengupah org tengah.
March 11th, 2008 at 3:51 am
salam leeza, wah dah berjaya daftar online juga ya! tahniah. memang senang. saya aritu daftar weekdays..
June 24th, 2008 at 7:49 am
thanks a lot..u help me to set up my business faster and easier..save my time and money too. tq.
November 25th, 2008 at 1:55 pm
saya tidak tahu bagaimana untuk mendaftar ’ssm subscriber’? tolongggg…..
November 25th, 2008 at 2:35 pm
salam, saya juga mempunyai masalah masa nak daftar ssm subscriber. bila dah login jer, saya masuk ke page untuk ‘pendaftaran ssm subscriber’ tapi, lepas itu saya tidak tahu bagaimana untuk teruskan dan membuat bayaran RM 5 tue?
December 26th, 2008 at 8:40 am
aku pun menghadapi masalah yg sama… “ssm subsciber”…
December 26th, 2008 at 10:08 am
Saya dah semak semula website ssm tu, mereka telah ubah sedikit. Semasa saya menulis blog ini dulu, memang ada link ssm subscriber. Saya telah edit link tersebut di entry atas atau anda boleh terus ke link berikut http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php dan juga di sini http://www.gov.my/SSMROB/SSMUserRegistration/Instruction.aspx?ServiceID=3868
January 4th, 2009 at 2:38 pm
Semua perkhidmatan ini boleh tengok kat laman web www.ssm.com.my dan klik pada e-lodgement
kemudian tengok pendaftran pelanggan SSM
February 9th, 2009 at 2:30 am
e-lodgement tu melanggan. Bayar Rm120.00 setahun
February 10th, 2009 at 5:08 am
mm, masa saya subscribe dulu cuma bayar RM 5 je.. x nampak pulak kena bayar RM 120 setahun tu zai..
February 11th, 2009 at 12:51 am
Salam. Info yang bagus. Ada sesiapa boleh bagi info tak camner nak register untuk MOF secara online kalau guna agen mahal. Nak ke Putrajaya jauh lak?
http:quensheila.portalniaga.com
March 9th, 2009 at 1:55 pm
salam, saya mahu daftar kedai welding,macam mane caranya?
sama jugak ke? ni petama kali apply daftar perniagaan, minta tunjuk ajar.. terima kasih
March 18th, 2009 at 1:56 am
En. Ahmah, rasanya sama saja tak kira jenis apa perniagaan anda. Cuba ikut langkah yang saya tuliskan diatas sana.
March 18th, 2009 at 1:56 am
typo maaf : En. Ahmad
March 30th, 2009 at 9:30 am
yg xdpt ssm subscriber tu, kene guna Internet explorer baru dapat link tu. kalo pakai mozilla xdpat
October 2nd, 2009 at 1:30 am
Terima kasih atas info ini…
Semua borang tu kena isi ke?
December 5th, 2009 at 9:18 am
hi…need help
sy ada prob to reg ssm subscriber…link tu goes to mygovernment log in..y?
March 2nd, 2010 at 5:39 am
Salam..
nk tya pada yg dah buat syrkt online.. ada bbrpa soalan..
1) Sy penah buat syrkt dl.. skrg ni sy nak tukar hak milik syrkt.. So boleh ke di buat scr online juga?
2) Kalau saya ingin buka syrkt baru scr online, sijil penubuhan syrkt tu dia post kat umah ke?
Terima kasih..
April 28th, 2010 at 3:46 pm
salam…sy nk tanyer sikit…sy br nk wat biz kat internet ni..online shoppe..jual a few things..kena start biz dulu br daftar ker atau blh daftar dulu…sbb sy nk bukak akaun bank atas nama online shoppe sy…sy perlu akaun bank tersebut utk website sy…camner yer?..ader saper2 leh tolong?
April 28th, 2010 at 4:02 pm
Salam Hanny,
Kalau dah nekad utk buat bersungguh2.. boleh mulakan serentak :
i)Daftar perniagaan
ii) Mula bisnes
iii) Bina website
iv) Buka akaun bank
Kesemua di atas telah saya miliki dan jika ditanya yg mana dulu saya mulakan, mula bisnes secara kecil2an, bina website, daftar perniagaan dan buka akaun bank/syarikat.
April 30th, 2010 at 1:48 am
Assalamualaikum.lynn tanya sket la.borang A (pendaftaran perniagaan)bahagian No.Kelulusan Nama tu nak tulis ape ek?No mane?ke nama yang dah diluluskan?terima kasih.
April 30th, 2010 at 2:51 am
Wa’alaikumsalam Asyran, sebelum daftar perniagaan kena check nama dulu samada nama tu ada atau tidak. Perlu isi borang dulu.Sila ikuti panduan satu demi satu.
Selepas proses check nama tu (selepas submit form), ssm akan hantar email pada kita atau kadang2 ada juga mereka call kita.. utk maklumkan nama yg kita pilih masih ada atau tidak.
Bila nama dah ada, kita akan terima no rujukan dari ssm… baru ikuti proses pendaftaran perniagaan spt panduan seterusnya.
April 30th, 2010 at 7:38 am
Alhamdulillah.Dah setel.No tu no rujukan rupenyer.Thank you so much lynn for the tutorial.Hontou ni tatsukarimashita.kore kara mo yoroshiku ne..(faham kn??)
April 30th, 2010 at 8:38 am
Syukur alhamdulilah.
Hait, wakarimashita!. :).
May 22nd, 2010 at 8:51 am
Terima Kasih bebanyak, sebelum ni malas nak daftar perniagaan pasal maklumlah ada anak kecil, nak daftar pulak kena travel pegi bandar, amat leceh sekali. Alhamdulillah dgn ada info. dr u, senang sikit. Dah submit pon kejap tadi. Semoga kita sama-sama success!
Amin….