Jan
24

5 fokus dalam perniagaan internet!

lynn on Jan-24-2008

Baiklah kali ini saya terus kepada intipati yang ingin saya kongsikan kepada anda berkenaan dengan Fokus Dalam Perniagaan khususnya Perniagaan Internet.

Terdapat 5 fokus yang anda patut tetapkan di dalam menjalankan perniagaan anda :

i- Fokus Harian
ii- Fokus Mingguan
iii- Fokus Bulanan
iv- Fokus 6 Bulan
v- Fokus Jangka Panjang

Fokus Harian
Tahukah anda inilah perkara paling asas yang anda perlu fikirkan dan tetapkan sebelum meneruskan fokus seterusnya. Anda perlu tahu apakah yang anda patut selesaikan setiap hari untuk melancarkan perjalanan perniagaan anda. Ada pelbagai jenis fokus yang anda boleh senaraikan bergantung kepada jenis kerjaya/perniagaan yang anda ceburi. Sebagai contoh :
Anda seorang yang menjalankan perniagaan jual beli ebook. Sudah tentu anda ada senarai tugas harian anda dan sudah tentu dari senarai tugas harian itu, ada sasaran atau fokus yang anda perlu perolehi hasil dari jualan ebook tersebut. Agak2nya sehari berapa ebook anda dapat jual ? 

Fokus Mingguan
Berbeza dengan fokus harian, dalam tempoh seminggu ada boleh fikirkan perkara-perkara yang dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut tanpa memerlukan tindakan serta merta dan mungkin ada beberapa perkara sahaja yang anda dapat lakukan contohnya dalam seminggu dua atau tiga perkara perlu dilaksanakan. Justeru, dari senarai ini teruskan rekodkan fokus anda untuk ditetapkan sebagai Fokus Mingguan!.

Fokus Bulanan
Nah, sekarang apabila Fokus Mingguan anda telah terhasil dan berjalan lancar, bukankah ianya membantu anda menentukan pula Fokus Bulanan ?. Setiap bulan pasti anda ingin lakukan atau laksanakan sesuatu yang lain dari yang lain dari bulan sebelumnya ?. Sudah tentu target sales perlu di tingkatkan ?. Jadi, apalagi terus tentukan Fokus Bulanan anda agar matlamat perniagaan anda terus hampir dengan kejayaan yang dinantikan untuk tempoh jangka panjang pula.

Fokus 6 Bulan.
Huhu.. apa pula Fokus 6 Bulan ?. Agakanya apa yang anda impikan 6 bulan dari sekarang ?. Sebuah Handphone baru hasil dari titik peluh anda dalam perniagaan ?. Jumlah pelanggan tetap yang dua kali ganda dari tahun lepas ?. Nah inilah masanya anda kaji semula Fokus Harian dan Mingguan anda dan mungkin boleh dirumuskan di sini!.

Fokus Jangka Panjang.
Akhirnya, apakah yang anda cari dalam hidup ? Apakah yang anda impikan dalam perniagaan internet anda ?. Buktikan yang anda berjaya mencapai impian dan cita-cita yang telah anda tetapkan setahun atau dua tahun dulu!. Cabar diri anda untuk menggenggam kejayaan itu pada ketika ini! Hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang mampu memotivasikan diri anda untuk lebih cemerlang di masa akan datang!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add A Comment