Jan
20

Fokus dalam perniagaan!

lynn on Jan-20-2008

Salam semuanya, apa khabar hari ini ?.

Macam mana motivasi diri anda, motivasi perniagaan anda dan juga motivasi keluarga ?. Semuanya berjalan lancarkah ?. Ni masih di awal tahun, tahun baru masehi dan juga tahun baru hijrah. Tak kan ada yang telah tidak bermotivasi ?. Macamana dengan perancangan azam tahun ini telah dicatatkan di dalam diari ?. Sudahkah ianya di susun mengikut keutamaan ? Jika sudah syukurlah .. teruskan dan saya doakan semoga anda berjaya di akhir tahun nanti. Jika belum, nah gerakkan sekarang mata pena anda atau keyboard pc anda untuk mencatatkan sesuatu!. Masih belum terlambat!

Baiklah sepertimana catatan saya yang lalu, sekembalinya saya ke tanahair.. macam-macam ilmu dan pengalaman baru yang saya perolehi. Yea lah perjalanan hidup memang manis walaupun adakalanya pahit juga terpaksa kita telan. Justeru dari fikirkan dan kenangkan yang pahit, baik kita gembirakan hati dengan berita-berita gembira agar kita senantiasa bermotivasi dalam hidup terutama dalam tugas dan kerjaya masing-masing.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai fokus!. Ya anda tahu apa itu maksud fokus ?. Apakah pula yang di katakan sebagai ‘focus on your business’ ?.

Tahukah anda di dalam membuat sesuatu perkara di dalam sesuatu perkara anda perlu fokus sehingga perkara itu berjaya dilaksanakan ?. Jika anda setuju bermakna anda dan perniagaan anda pasti akan menemui kejayaan cemerlang!. Baiklah, ikut tips kali ini iaitu anda dan perniagaan anda berjaya dan memberi keuntungan, anda MESTILAH tetapkan matlamat anda dan perniagaan anda!. Anda MESTI mempunyai perancangan terperinci untuk matlamat perniagaan anda sejak dari mula/awal lagi.

Sebelum bercerita lebih lanjut, satu soalan yang ingin saya utarakan di sini. Berapa ramaikah di kalangan pengunjung blog ini yang telah mempunyai buku nota/buku 555 atau apa juga bentuk buku catatan yang anda perlukan apabila ingin mencatatkan segala urusan yang berkaitan. Catatan idea tercetus dan sebagainya. Baiklah jika anda telah ada buku nota tersebut. Apakata hari ini, malam ini, pagi ini, tengahari ini atau petang ini… anda duduk bersendirian senaraikan apa juga yang terlintas di dalam fikiran, perlu dan mesti dilaksanakan untuk perniagaan anda!. Senaraikan seberapa banyak yang boleh!

Baiklah, untuk hari ini anda lakukan yang itu dahulu. Jika ada sesiapa mahu tunjukkan senarai tersebut boleh email saya di info@wanitaniaga.com atau pun copy paste sahaja di ruangan komen di bawah!. Untuk entry akan datang saya akan kongsikan kesinambungan kisah Fokus dalam perniagaan dengan menyenaraikan 6 fokus yang wajib anda lakukan!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  1. Syed Ikhwan Said,

    focus la element paling penting dalam melakukan apa saja yg dirancang. :)

  2. lynn Said,

    alamak sifoo mai singgah sini hehe .. thanks!

Add A Comment