Daftar Perniagaan Anda, Secara Online… segalanya dihujung jari.

Tip 29 Comments »

Tips kali ini yang ingin saya kongsikan adalah Pendaftaran Perniagaan Internet atau Offline anda yang dapat dilakukan secara online. Ianya begitu mudah dan hanya perlu anda lakukan dengan komputer peribadi anda atau laptop anda!. Tidak perlu lagi bersusah payah menunggu nombor giliran anda di panggil atau mengeluarkan sedikit belanja untuk mengupah agen lain.

Ini telah saya perakui benar kerana hari ini saya sendiri telah berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya untuk kali kedua. Pertama, perniagaan saya telah didaftarkan pada kira-kira 5 tahun dulu iaitu semasa saya menjalankan perniagaan secara offline. Kini, perniagaan kedua saya telah saya daftarkan secara online sahaja!. Amat mudah! Segalanya bermula kerana semasa saya pulang bercuti tempohari saya tidak sempat untuk mendaftarkan perniagaan saya kerana kesuntukan masa. Lantas saya terus bertanya adakah mereka menerima pendaftaran secara online ?. Jawapan positif saya terima dan terus saya beredar dan mendapatkan kertas panduan yang ada. Berikut saya kongsikan maklumat dari kertas panduan tersebut yang telah saya oleh sedikit isi kandungannya tanpa mengubah panduan penting : Read the rest of this entry »

Kelas Online Membina Website di Forum Wanita Niaga!.

Tawaran 2 Comments »

Mulai tahun ini, Wanita Niaga telah menyusun pelbagai startegi serta aktiviti bulanan atau suku tahunanya untuk kebaikan dan kebajikan ahli yang telah selama hampir setahun setia bersama menjayakan Forum Wanita Niaga. Tanpa mereka siapalah Wanita Niaga ?. Justeru, di permulaan awal tahun ini pihak Wanita Niaga telah menganjurkan beberapa aktiviti-aktiviti kekeluargaan, pembelajaran dan juga pengiktirafan. Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan dan telah dilancarkan :

i- Projek Birthday Exchange
ii- Projek Hadiah Si Kecil
iii- Projek 1st Annual Wanita Niaga (Hari Ulangtahun Pertama)
iv- Projek Kelas Online Membina Website (Siri 1-Photoshop)

Kepada mereka yang berminat untuk turut sama meriahkan projek-projek yang telah dilancarkan, anda di jemput untuk menziarahi Forum Wanita Niaga   untuk pendaftaran sebagai ahli.

Setelah anda mendaftar sebagai ahli forum, anda juga di kehendaki untuk mendaftar untuk setiap projek yang dijalankan. Jika tidak, anda sudah tentu tidak dapat turut serta.

photoshop.jpg

Untuk makluman anda juga, buat julung kalinya juga Wanita Niaga menawarkan Kelas Online Membina Website dengan dimulakan topik pembelajaran iaitu Belajar Photoshop. Kepada anda yang berminat, SEGERA DAFTAR SEKARANG! sebelum 31hb Januari 2008 kerana kelas akan bermula pada bulan Febuari 2008. Nah jangan tangguh-tangguh lagi segeralah klik di sini untuk PENDAFTARAN!.

5 fokus dalam perniagaan internet!

Motivasi No Comments »

Baiklah kali ini saya terus kepada intipati yang ingin saya kongsikan kepada anda berkenaan dengan Fokus Dalam Perniagaan khususnya Perniagaan Internet.

Terdapat 5 fokus yang anda patut tetapkan di dalam menjalankan perniagaan anda :

i- Fokus Harian
ii- Fokus Mingguan
iii- Fokus Bulanan
iv- Fokus 6 Bulan
v- Fokus Jangka Panjang

Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login