3 dalam 1, apa dia tu ?
Umum dan berita November 11th, 2007Hehe.. seperti yang saya beritahu pada entry sebelum ini, saya sibuk menyiapkan projek-projek yang saya rancangkan sebelum ini. Nah! kini ianya telah pun selesai. 2 website terbaru yang saya siapkan sebelum ini adalah untuk satu lagi perniagaan MLM yang saya sertai kira-kira 3 bulan yang lalu. Website kedua pula adalah satu projek istimewa yang tidak pernah saya impikan sebelum ini iaitu perniagaan yang melibatkan usahasama dengan dua orang rakan yang lain. Kedua-dua perniagaan ini saya usahakan secara online dan insyaallah doakan saya berjaya!. Justeru dengan itu, saya berjaya menyiapkan pada ‘dateline’ yang saya sendiri tidak merancangnya iaitu pelancaran 2 website tersebut sempena dengan Hari Ulang Tahun Kelahiran saya pada 11 hb November 2007!. :). Agak-agaknya anda nak tau ke apa 2 website yg saya sebut di atas ? Jika ya, sila baca lagi…
i) http://www.wanitaniaga.com/susenonline
iii) http://www.muslimahdolls.com
Ya itulah 2 website utama yang saya siapkan dalam masa seminggu. Kedua-duanya saya siapkan dengan idea dan tenaga serta bantuan teknikal dari beberapa orang rakan dan juga rakan JV saya untuk projek Muslimah Dolls. Terima kasih kepada Saudara Amirol di atas bantuan tersebut. Terima kasih kepada Balqis, di atas bantuan banner yang cantik-cantik dan tidak ketinggalan kepada Acid, cun la banner Susen tu saya suka!.
Nak tau apa dia Muslimah Dolls ? .. tunggu catatan saya akan datang!

































November 13th, 2007 at 11:41 pm
wah…kak lyn.
dah makin masyuk sekarang ni yer…
masih ingat saya lagi tak?
hati tu senyap sekejao sebab berenti berehat bersalin dan berpantang…dapat baby baru
kat forum pun dah lama tak join…ni nak aktif balik la ni…
November 18th, 2007 at 10:48 am
Terima kasih Sifu sebab suka banner yg saya buat tu

Hehe..sesiapa berminat bagitau la saya ya
November 19th, 2007 at 5:59 pm
selamat maju jaya dalam bisnes internet!