Walaupun saya sibuk, Wanita Niaga tetap glamour.
Umum dan berita November 6th, 2007Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Agak lama saya tidak menambah info atau tip di ruangan khas ini. Maafkan saya. Sebenarnya memang saya menjadi bertambah sibuk sejak saya melibatkan diri dengan perniagaan internet, kira-kira setahun yang lalu. Malahan sejak itu, saban hari kenalan perniagaan saya juga semakin bertambah, syukur alhamdulilah.
Bercerita mengenai projek-projek terbaru saya, insyaallah apabila ianya siap kelak saya akan umumkannya di sini. Harap bersabar. Ohya saya ada berita gembira yang mungkin mampu menjadi perangsang atau dorongan atau pemangkin kejayaan rakan-rakan diluar sana iaitu berkenaan berita yang diterima di akhir penghujung musim bulan puasa tempohari. Forum Wanita Niaga masuk majalah!. Anda boleh baca lanjut di bawah :



Forum Wanita Niaga, seliaan saya selama ini telah diiktiraf dan dipandang oleh masyarakat. Alhamdulilah, ianya bukan satu kerja yang sia-sia. Malah dikategorikan sebagai salah satu dari website menarik yang menjadi tumpuan ibu-ibu moden mengumpul minat di dalam perniagaan!.
Tajuk entry di atas bukan bermakna saya riak, tetapi itulah hakikatnya. Di dalam kesibukan saya menguruskan perniagaan internet saya, rupanya ada pihak yang bemurahati telah mengiklankan secara percuma Forum Wanita Niaga di Majalah Mingguan Wanita, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengarang. Sebenarnya memang saya telah berhasrat untuk mengiklankannya di dada akhbar tapi belum kesampaian kerana kekangan masa, namun berita terbaru ini.. sudah cukup membuatkan kehidupan saya menjadi semakin sibuk dengan di penuhi pelbagai perancangan untuk memajukan lagi forum serta perniagaan saya.




































November 8th, 2007 at 2:04 am
[…] Untuk info lanjut sila lawati Forum Wanita Niaga di : http://wanitaniaga.com/tips… […]
November 8th, 2007 at 2:07 am
Tahniah atas kejayaan anda..
November 8th, 2007 at 2:25 pm
Lynn,
Tahniah dari Ktom. Teruskan usaha….