Aug
24

Small Office Home Office (SOHO)

lynn on Aug-24-2007

Small Office Home Office di definisikan sebagai menjalankan pekerjaan atau perniagaan dari rumah oleh individu yang  mempunyai minat, kepakaran dan pengalaman khususnya di dalam bidang perniagaan, samada offline atau online. SOHO juga di sebut secara ringkasnya sebagai bekerja dari rumah atau memiliki pejabat di rumah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau juga sebagai pekerja yang berkhidmat untuk pihak yang lain. Kebiasaannya SOHO boleh juga di kaitkan dengan perniagaan internet. Malah ada juga yang menjalankan perniagaan produk fizikal tetapi membuat pemasaran di internet. Namun ini hanyalah sebahagian dari konsep SOHO tadi.

Trend sebegini masih terlalu baru di negara kita. Namun, dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat.. lihatlah di jangka dalam 3-5 tahun lagi, mungkin masalah graduan yang menganggur akan berkurangan sekiranya golongan ini mula celik IT dan celik SOHO. Golongan wanita khasnya semakin hari semakin ramai yang memikirkan untuk melakukan perniagaan dari rumah semata-mata demi kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga. Bila di tanya kebanyakkan dari wanita bekerjaya sekarang, mana satukah kerja yang mereka suka ? bekerja di rumah atau bekerja di pejabat ? atau bekerja dari rumah ?. Cuba fikirkan perbezaan antara ketiga-tiganya.

Berikut ada beberapa definisi SOHO yang saya jumpa dan ambil sebagai rujukan :

i - (Small Office/Home Office) Refers to the small business or business-at-home user. This market segment demands as much or more than the large corporation. The small business entrepreneur generally wants the latest, greatest and fastest equipment, and this market has always benefited from high technology, allowing it to compete on a level playing ground with the bigger companies.

ii - The modern concept of Small Office and Home Office or SoHo, or Small or Home Office or Single Office/Home Office deals with the category of business which can be from 1 to 10 workers. Larger business enterprises, one notch up the size scale, are often categorized as a small business. When a company reaches 100 or more employees, it is often referred to as a Small and Medium-sized Enterprise.

Untuk menjalankan SOHO bukanlah semudah yang disangka dan difikirkan. Selain dari anda memerlukan sebuah komputer peribadi atau notebook, meja, telefon dan faks. Terdapat banyak perkara-perkara asas lain yang perlu anda miliki sepenuhnya bagi membantu kelancaran SOHO anda. Di antaranya adalah kemudahan-kemudahan atau peralatan SOHO itu sendiri contohnya  software untuk pembangunan website, software intructions for photos, template downloads, software pengurusan kewangan perniagaan anda (software perakaunan anda),  sistem komputer yang up to date ( ini sangat penting khususnya yang menjalankan perniagaan internet), kaedah pengiklanan yang berkesan, kad-kad perniagaan dan banyak lagi. Semua ini memerlukan masa dan kotmitmen yang sepenuhnya dari diri anda.  Sekiranya perniagaan atau pekerjaan anda bakal jalankan itu memerlukan tenaga pekerja yang ramai ianya juga memerlukan kajian dan pemerhatian yang rapi untuk menggaji pekerja atau mengupah pekerja sebelum anda benar-benar bersedia untuk memulakan SOHO.

Saya sendiri yang mempunyai sedikit pengalaman membuka pejabat sendiri beberapa tahun dahulu merasakan sudah tiba masanya untuk mewujudkan SOHO bagi perniagaan dan juga perkhidmatan yang saya sediakan. Insyaallah jika diizinkan. Namun masih banyak perkara-perkara yang sedang dibuat kajian untuk saya benar-benar bersedia.

Sokongan dari pihak kerajaan terhadap konsep SOHO ini juga masih belum ada. Mungkin kerajaan masih belum memandang serius ke arah ini. Walaubagaimanapun, sebagai salah seorang usahawan perniagaan internet tidak salah untuk kita sendiri yang memulakannya perlahan-lahan. Buktikan bahawa kita mampu berjaya di dalam perniagaan internet dan menerapkan konsep SOHO ini di dalam perniagaan kita, insyaallah.

Berikut ada petikan yang saya ambil dari akhbar Utusan Malaysia :  

Konsep bekerja dari rumah

* Bekerja dari rumah atau small office home office (Soho) semakin mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), terutama internet.

* Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia Barat mendapati konsep Soho semakin berkembang. Ada 25 juta pekerja Soho di Amerika Syarikat, Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

* Peningkatan itu berlaku berikutan beberapa kelebihan Soho. Paling ketara ialah cara bekerja Soho membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Kehidupan mereka juga tidak terikat dengan peraturan pejabat.

* Kaedah itu turut membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri di rumah di samping mengurangkan belanja membuka perniagaan di kawasan komersial.

* Antara ruang lingkup pekerjaan yang biasa diterokai menerusi Soho ialah penulisan, reka bentuk dan bidang media.

* Teknologi canggih yang wujud sekarang memudahkan Soho diterokai. Anda hanya perlukan komputer, peralatan pejabat yang minimum dan sambungan Internet.

* Kemunculan konsep Soho bukan sahaja menjamin penerusan produktiviti wanita, malah ia memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumah tangga.

* Bagi sesetengah individu pula, Soho memberikan pendapatan tambahan kepada isi rumah mereka. Jauh lebih baik, golongan kurang upaya dan warga emas juga boleh mendapat manfaat dan memperoleh beberapa kebaikan jika berkecimpung dalam dunia perniagaan Soho.

* Soho dapat membantu kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar utama di negara ini kerana bilangan pengguna kenderaan yang memandu ke tempat kerja berkurangan. Soho memberikan kesan positif terhadap mutu udara.

* Konsep Soho belum diamalkan secara meluas di Malaysia. Jumlah pekerja yang menjalankan tugas melalui teleworking di negara ini hanya sekitar 0.16 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Sumber Utusan Malaysia 3 Januari 2006

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  1. irene Said,

    Halo…perkenalkan,nama saya Irene,saya juga ibu rumah tangga,saya dari Indonesia.Menarik juga membaca tulisan anda.Kalau boleh,saya juga ingin memperkenalkan bisnis yang bisa dijalankan oleh semua ibu rumah tangga ataupun mahasiswa mahasiswi.Jika berkenan,bolehlah buka website saya untuk keterangan lebih rinci. Terima kasih

  2. yana Said,

    saya sudah lama mengkaji tentang pekerjaan ini kerana tertarik dgn caranya.tetapi saya tidak menjumpai bagaimana cara utk memulakannya.sekarang, saya mencuba membuat gelang kristal di rumah di ssamping pekerjaan tetap saya.Ini sebagai sampingan dan saya masih dalam proses belajar dan masih mencari2 utk mengembangkan kerja sampingan ini

  3. Rehana Said,

    saya pun tertarik dengan SOHO dan ingin join anda semua yang telah berjaya. Seperti Yana, saya juga belum nampak bisnis yang boleh saya ceburi. Jika ada sesiapa yang boleh bantu saya amat mengalukan. Saya juga bekerja di agensi badan berkanun dan kini menetap di kuala terengganu.

  4. wani Said,

    salam pada semua.

    Saya juga baru dalam bidang internet bizz. ni. Masih banyak yang perlu saya belajar dari pihak lain.

    Saya sudah mempunyai kedai. Cuma tambah cawangan di dalam internet bizz. aja. Tahu sajalah sewa kedai dah mahal, bayar gaji pekerja lagi and sales pun kurang coz ramai juga orang buka kedai.

    salah satu cara adalah dengan membuka bizz di dalam internet coz barang semua dah sedia ada.

    Silakan jenguk di web saya http://www.portalniaga.openbatch/46

    Sekian

  5. lips Said,

    Saya rasa bekerja dari rumah ini perlu disiplin yang tinggi kerana mesti meperuntukkan masa untuk pelanggan online. Cuma yang seronok mungkin tidak perlu ke pejabat dan melalui kesesakan lalu lintas.
    Saya terlibat dalam bisnes gold plating. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyokong atau memberi idea baru kepada saya bolehlah hubungi saya melalui
    MyElectroGold@gmail.com.
    Semoga semua yang terlibat maju dalam bisnes masing-masing.

  6. amirulcyber Said,

    kepada smua newbies, jgn putus asa untuk terus mncuba

  7. shurie Said,

    salam..saya tertarik blog ni sebab saya dpt berkongsi maklumat esp ttg biz online, saya sudah mempunyai biz online dgn domain sendiri iaitu shurie2u.com dan kedai saya khusus utk kecantikan dan kesihatan sahaja. saya masih lg belajar untuk mengembangkan biz ini. bykkan membaca buku2 berkaitan usahawan internet selain menghadiri kursus internet dan dari situ kita dapat idea dan cara bagaimana utk berniaga secara online. yang penting, mulakan dengan perancangan yang teliti, sblm memulakan SOHO ini. saya buat biz ni secara sambilan selain saya telah mempunyai kerja tetap..apapun, perancangan masa juga perlu ada bg merea yg buat part time supaya masa sentiasa mencukupi dan teratur. semoga semua maju dlm biz masing-masing..

  8. maznie Said,

    Salam…

    Saya berminat dengan biz online tapi sya tak ade produk sendiri dan masih tercari-cari produk yng sesuai
    sementara memikirkan produk saya jadi pengedar tupperware……tapi saya masih gagal mebuat borang order dah beli ebook sebagai panduan tapi masih gagal,

    kepada sesiapa yang berminat nak memiliki barangan tupperware atau menjadi ahli sya sangatlah mengalu-alukan…..sila layari laman yang masih dalam pembinaan http://tupperware2u.wordpress.com

Add A Comment