Small Office Home Office (SOHO)
Info August 24th, 2007Small Office Home Office di definisikan sebagai menjalankan pekerjaan atau perniagaan dari rumah oleh individu yang mempunyai minat, kepakaran dan pengalaman khususnya di dalam bidang perniagaan, samada offline atau online. SOHO juga di sebut secara ringkasnya sebagai bekerja dari rumah atau memiliki pejabat di rumah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau juga sebagai pekerja yang berkhidmat untuk pihak yang lain. Kebiasaannya SOHO boleh juga di kaitkan dengan perniagaan internet. Malah ada juga yang menjalankan perniagaan produk fizikal tetapi membuat pemasaran di internet. Namun ini hanyalah sebahagian dari konsep SOHO tadi.
Trend sebegini masih terlalu baru di negara kita. Namun, dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat.. lihatlah di jangka dalam 3-5 tahun lagi, mungkin masalah graduan yang menganggur akan berkurangan sekiranya golongan ini mula celik IT dan celik SOHO. Golongan wanita khasnya semakin hari semakin ramai yang memikirkan untuk melakukan perniagaan dari rumah semata-mata demi kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga. Bila di tanya kebanyakkan dari wanita bekerjaya sekarang, mana satukah kerja yang mereka suka ? bekerja di rumah atau bekerja di pejabat ? atau bekerja dari rumah ?. Cuba fikirkan perbezaan antara ketiga-tiganya.
Berikut ada beberapa definisi SOHO yang saya jumpa dan ambil sebagai rujukan :
i - (Small Office/Home Office) Refers to the small business or business-at-home user. This market segment demands as much or more than the large corporation. The small business entrepreneur generally wants the latest, greatest and fastest equipment, and this market has always benefited from high technology, allowing it to compete on a level playing ground with the bigger companies.
ii - The modern concept of Small Office and Home Office or SoHo, or Small or Home Office or Single Office/Home Office deals with the category of business which can be from 1 to 10 workers. Larger business enterprises, one notch up the size scale, are often categorized as a small business. When a company reaches 100 or more employees, it is often referred to as a Small and Medium-sized Enterprise.
Untuk menjalankan SOHO bukanlah semudah yang disangka dan difikirkan. Selain dari anda memerlukan sebuah komputer peribadi atau notebook, meja, telefon dan faks. Terdapat banyak perkara-perkara asas lain yang perlu anda miliki sepenuhnya bagi membantu kelancaran SOHO anda. Di antaranya adalah kemudahan-kemudahan atau peralatan SOHO itu sendiri contohnya software untuk pembangunan website, software intructions for photos, template downloads, software pengurusan kewangan perniagaan anda (software perakaunan anda), sistem komputer yang up to date ( ini sangat penting khususnya yang menjalankan perniagaan internet), kaedah pengiklanan yang berkesan, kad-kad perniagaan dan banyak lagi. Semua ini memerlukan masa dan kotmitmen yang sepenuhnya dari diri anda. Sekiranya perniagaan atau pekerjaan anda bakal jalankan itu memerlukan tenaga pekerja yang ramai ianya juga memerlukan kajian dan pemerhatian yang rapi untuk menggaji pekerja atau mengupah pekerja sebelum anda benar-benar bersedia untuk memulakan SOHO.
Saya sendiri yang mempunyai sedikit pengalaman membuka pejabat sendiri beberapa tahun dahulu merasakan sudah tiba masanya untuk mewujudkan SOHO bagi perniagaan dan juga perkhidmatan yang saya sediakan. Insyaallah jika diizinkan. Namun masih banyak perkara-perkara yang sedang dibuat kajian untuk saya benar-benar bersedia.
Sokongan dari pihak kerajaan terhadap konsep SOHO ini juga masih belum ada. Mungkin kerajaan masih belum memandang serius ke arah ini. Walaubagaimanapun, sebagai salah seorang usahawan perniagaan internet tidak salah untuk kita sendiri yang memulakannya perlahan-lahan. Buktikan bahawa kita mampu berjaya di dalam perniagaan internet dan menerapkan konsep SOHO ini di dalam perniagaan kita, insyaallah.
Berikut ada petikan yang saya ambil dari akhbar Utusan Malaysia :
Konsep bekerja dari rumah
* Bekerja dari rumah atau small office home office (Soho) semakin mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), terutama internet.
* Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia Barat mendapati konsep Soho semakin berkembang. Ada 25 juta pekerja Soho di Amerika Syarikat, Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).
* Peningkatan itu berlaku berikutan beberapa kelebihan Soho. Paling ketara ialah cara bekerja Soho membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Kehidupan mereka juga tidak terikat dengan peraturan pejabat.
* Kaedah itu turut membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri di rumah di samping mengurangkan belanja membuka perniagaan di kawasan komersial.
* Antara ruang lingkup pekerjaan yang biasa diterokai menerusi Soho ialah penulisan, reka bentuk dan bidang media.
* Teknologi canggih yang wujud sekarang memudahkan Soho diterokai. Anda hanya perlukan komputer, peralatan pejabat yang minimum dan sambungan Internet.
* Kemunculan konsep Soho bukan sahaja menjamin penerusan produktiviti wanita, malah ia memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumah tangga.
* Bagi sesetengah individu pula, Soho memberikan pendapatan tambahan kepada isi rumah mereka. Jauh lebih baik, golongan kurang upaya dan warga emas juga boleh mendapat manfaat dan memperoleh beberapa kebaikan jika berkecimpung dalam dunia perniagaan Soho.
* Soho dapat membantu kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar utama di negara ini kerana bilangan pengguna kenderaan yang memandu ke tempat kerja berkurangan. Soho memberikan kesan positif terhadap mutu udara.
* Konsep Soho belum diamalkan secara meluas di Malaysia. Jumlah pekerja yang menjalankan tugas melalui teleworking di negara ini hanya sekitar 0.16 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.
Sumber Utusan Malaysia 3 Januari 2006




































October 4th, 2007 at 8:58 am
Halo…perkenalkan,nama saya Irene,saya juga ibu rumah tangga,saya dari Indonesia.Menarik juga membaca tulisan anda.Kalau boleh,saya juga ingin memperkenalkan bisnis yang bisa dijalankan oleh semua ibu rumah tangga ataupun mahasiswa mahasiswi.Jika berkenan,bolehlah buka website saya untuk keterangan lebih rinci. Terima kasih
October 19th, 2007 at 10:16 am
saya sudah lama mengkaji tentang pekerjaan ini kerana tertarik dgn caranya.tetapi saya tidak menjumpai bagaimana cara utk memulakannya.sekarang, saya mencuba membuat gelang kristal di rumah di ssamping pekerjaan tetap saya.Ini sebagai sampingan dan saya masih dalam proses belajar dan masih mencari2 utk mengembangkan kerja sampingan ini
November 14th, 2007 at 8:19 am
saya pun tertarik dengan SOHO dan ingin join anda semua yang telah berjaya. Seperti Yana, saya juga belum nampak bisnis yang boleh saya ceburi. Jika ada sesiapa yang boleh bantu saya amat mengalukan. Saya juga bekerja di agensi badan berkanun dan kini menetap di kuala terengganu.
March 24th, 2008 at 1:29 pm
salam pada semua… Penerangan yang menarik.. saya juga baru nak berjinak2 dengan dunia perniagaan melalui internet ni.. Kiranye bolehla kita berkongsi penggalaman. sesama sendiri…kalau senang pe kata visit saya di www.portalniaga.com/openbatch/46
saya selalu online dan kita leh bertukar cerita dan pendapat
terima kasih
sheila
April 1st, 2008 at 12:48 pm
salam pada semua.
Saya juga baru dalam bidang internet bizz. ni. Masih banyak yang perlu saya belajar dari pihak lain.
Saya sudah mempunyai kedai. Cuma tambah cawangan di dalam internet bizz. aja. Tahu sajalah sewa kedai dah mahal, bayar gaji pekerja lagi and sales pun kurang coz ramai juga orang buka kedai.
salah satu cara adalah dengan membuka bizz di dalam internet coz barang semua dah sedia ada.
Silakan jenguk di web saya http://www.portalniaga.openbatch/46
Sekian
April 6th, 2008 at 2:00 pm
Saya rasa bekerja dari rumah ini perlu disiplin yang tinggi kerana mesti meperuntukkan masa untuk pelanggan online. Cuma yang seronok mungkin tidak perlu ke pejabat dan melalui kesesakan lalu lintas.
Saya terlibat dalam bisnes gold plating. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyokong atau memberi idea baru kepada saya bolehlah hubungi saya melalui
MyElectroGold@gmail.com.
Semoga semua yang terlibat maju dalam bisnes masing-masing.
July 15th, 2008 at 4:39 am
kepada smua newbies, jgn putus asa untuk terus mncuba
July 30th, 2008 at 3:35 pm
salam..saya tertarik blog ni sebab saya dpt berkongsi maklumat esp ttg biz online, saya sudah mempunyai biz online dgn domain sendiri iaitu shurie2u.com dan kedai saya khusus utk kecantikan dan kesihatan sahaja. saya masih lg belajar untuk mengembangkan biz ini. bykkan membaca buku2 berkaitan usahawan internet selain menghadiri kursus internet dan dari situ kita dapat idea dan cara bagaimana utk berniaga secara online. yang penting, mulakan dengan perancangan yang teliti, sblm memulakan SOHO ini. saya buat biz ni secara sambilan selain saya telah mempunyai kerja tetap..apapun, perancangan masa juga perlu ada bg merea yg buat part time supaya masa sentiasa mencukupi dan teratur. semoga semua maju dlm biz masing-masing..
August 18th, 2008 at 2:33 am
Salam …
Saya sangat berminat untuk menjalankan perniagaan on-line tapi sehingga kini saya masih tercari-cari a
pa barangan yang sesuai yang boleh saya jual,maksud saya produk sendiri, sementara memikirkan perkara tersebut saya bina blog saya sendiri yang memasarkan produk tupperware, walaupun berjaya membina blog tanpa bimbingan sesiapa tapi saya gagal membuat borang order,saya ada membeli ebook tapi masih gagal
sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli atau memiliki barangan tupperware sila layari http://tupperware2u.wordpress.com,
August 18th, 2008 at 2:43 am
Salam…
Saya berminat dengan biz online tapi sya tak ade produk sendiri dan masih tercari-cari produk yng sesuai
sementara memikirkan produk saya jadi pengedar tupperware……tapi saya masih gagal mebuat borang order dah beli ebook sebagai panduan tapi masih gagal,
kepada sesiapa yang berminat nak memiliki barangan tupperware atau menjadi ahli sya sangatlah mengalu-alukan…..sila layari laman yang masih dalam pembinaan http://tupperware2u.wordpress.com
November 7th, 2008 at 10:03 am
Salam…
Saya juga baru nak berjinak2 dgn perniagaan internet ni dan sangat tertarik dengan info2 yg diberikan dalam blog ini….semoga dapat memanafaatkan kita semua.InsyaAllah
December 5th, 2008 at 8:05 am
Salam untuk semua,
Syukur ke hadrat ilahi kerna diketemukan dgn blog ini..actually tidak sengaja dan sekarang menjadi blog
yang mesti saya lewati hampir setiap hari..Saya ibu yang bekerja..jauh disudut hati, saya ingin membina
biz online sendiri dan bekerja dari rumah. Setiap kali melayari blog ini hati makin berkobar kobar untuk
mendalaminya demi kesejahteraan anak anak yang masih kecil..sementelah mendapat sepenuhnya
sokongan dari suami..InsyaAllah saya akan berusaha memenuhkan ilmu didada dan menceburi SOHO..
January 1st, 2009 at 5:05 am
Salam,
Hi saya nadila, saya baru nak cuba perniagaan internet ni, masih lagi belajar mendalami perniagaan internet ni, kalau ada tip-tip bolehla tukar-tukar ye..
January 19th, 2009 at 12:51 am
Salam, saya baru terbaca pasal perniagaan internet nie. Memang betul2 nak buat coz tengah sakit hati dgn management. Saya dah bekerja hampir 16 tahun tiba2 diberi arahan untuk berpindah yang memakan masa hampir satu jam perjalanan, macamana dengan anak2 yang bersekolah. saya memang nekad untuk berhenti dan berniaga. saya juga mempunyai latar belakang perniagaan, kedai makan dan selalu buat part time untuk macam bisness, pantang ada barang untuk jual saya akan jual. tolong bantu saya!!! lagi cepat saya resign lagi bagus saya nak buktikan pada diorang saya boleh hidup tanpa makan gaji
April 11th, 2009 at 3:49 pm
saya perlukan tunjuk ajar dari sesiapa yang sudi untuk saya memulakan perniagaan melalui internet. buat masa ini saya hanya menjalankan perniagaan beberapa jenis barang kepada kenalan yang saya kenal dan menghantar sendiri.
December 9th, 2009 at 9:42 am
Saya adalah wanita yang bekerja dipejabat, berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Disebabkan rutin kerja dan masa yang tidak menentu di pejabat, masa saya adalah terhad bersama 3 orang anak saya, Sejak 3 tahun dahulu, saya selalu berkira-kira untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak saya tetapi dalam pada masa yang sama saya sayangkan kerjaya saya. Keadaan serba-salah saya ini semakin bertambah bila tiba kelahiran anak saya yang ketiga. Sebagai permulaan untuk menggunakan konsep SOHO ini, saya telah membuat part time bisnes online. Alhamdulilah sambutan yang diterima amat menggembirakan saya. Insya-Allah mungkin satu hari nanti saya akan tinggalkan kerjaya pejabat saya dan menumpukan kepada bisnes yang saya jalankan 100% di rumah. Kepada yang lain, sudilah menjenguk blog saya di http://www.reenaonline.com
February 7th, 2010 at 5:57 pm
mendidik anak2 dengan acuan sendiri Dan menambahkan pendapatan + kepuasan diri..2 sebab utama sy memilih untuk tidak bekerja dan mula berjinak dengan online biz..sesiapa yg berminat berniaga online tp takut kepada risiko modal hangus, saya ada jawapannya untuk perniagaan tudung & produk kesihatan..tanpa modal, cuma perlu berusaha, berdoa dan bertawakan..insyAllah rezeki ada di mana2..tufadz@gmail.com
March 21st, 2010 at 1:49 pm
salam pekenalan