23
Kuiz, Perlindungan dan Tawaran.
Sebelum saya menyambung kisah saya kelmarin tentang ulangtahun penglibatan saya di dalam perniagaan internet, saya hendak kongsikan info ini dengan pengunjung setia blog Wanita Niaga ini.
Sebelum itu, saya hendak bertanya dengan pembaca sekalian agaknya ramai ke yang membaca forum saya di Forum Wanita Niaga ?. Agak-agaknya semuanya telah menjadi ahli atau belum ?. Jika belum, cepat-cepatlah daftarkan diri anda di forum kerana ada sesuatu yang menanti anda di sana!. Baiklah saya teruskan dengan info-info terbaru yang ada di Wanita Niaga. Selain dari aktiviti harian dalam topik perbincangan. Bulan ini sempena dengan Hari Kemerdekaan Tanah Air kita yang tercinta, saya di Wanita Niaga juga turut mengadakan beberapa aktiviti yang mungkin dapat di manfaatkan oleh semua pembaca. Di antaranya adalah :
i) Kuiz Merdeka Wanita Niaga
ii) Promosi Merdeka Wanita Niaga (untuk makluman terdapat 2 jenis promosi)
iii) Perlindungan Pelan Takaful Berkelompok (teristimewa untuk ahli forum)
… dan banyak lagi tawaran-tawaran menarik di sana.































Add A Comment