Bukan itu satu alasan tapi hakikatnya. Saya sangat sibuk sehingga masa tidak mengizinkan saya untuk update blog ini.

Minggu lepas saya telah selamat kembali ke Jepun dan mulakan aktiviti harian seperti biasa, namun masih dalam mood bercuti sebab anak-anak masih bercuti.

WEB ANDA DI CIPLAK, APAKAH TINDAKAN ANDA ?

Baiklah, hari ini catatan yang hendak saya kongsikan adalah berkenaan dengan pengalaman pahit saya ketika bercuti di Malaysia tempohari. Bagi mereka yang mengikutinya mungkin sudah tahu kisah sebenarnya. Namun jika anda masih belum membacanya.. anda boleh klik di sini Pengalaman Saya : Web di ciplak 100%!.

Pengalaman semasa bercuti di Malaysia tidak akan saya lupa selama-lamanya. Kebetulan pula bulan ini genap usia saya terlibat dalam dunia ebiz. Pada pertengahan Ogos lalu genap usia setahun penglibatan saya. Syukur dah ada hasilnya yang saya perolehi. Entry selanjutnya akan saya ulas apa dia. ;)

Berbalik kepada isu web diciplak, saya sama sekali tidak menyangka dan sedikit kekesalan timbul kerana sikap pemalas, sikap degil, sikap suka meniru bangsa saya sendiri tidak dapat di cuci dengan sabun pencuci biasa. Jika dahulu saya sendiri membaca dan hanya berdiam diri jika mengetahui ada beberapa website atau blog atau malah artikel di ciplak, di plagiat dan sebagainya. Kini tak sangka saya sendiri mengalamninya. 

Memang saya tidak menyangka sama sekali dan malah terkejut hari itu saya telah tergerak hati untuk search perkataan SCORE A di google. Entah macamana saya saja-saja klik website baru yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Akhirnya ditakdirkan Allah saya terjumpa website yang sebijik seperti website www.e-scorea.com saya!. Apalagi bila dah jumpa satu, saya teruslah mencari dan mencari hasilnya saya dapat 4 buah website hari itu.

Di bawah ini adalah screen shot yang sempat saya rakamkan.
[IMG]http://i22.photobucket.com/albums/b317/azlyna/webciplak1.jpg[/IMG]

[IMG]http://i22.photobucket.com/albums/b317/azlyna/webciplak2.jpg[/IMG]

Kesimpulannya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan bersedia akal dan minda untuk mengadapi kemungkinan-kemungkinan sekiranya terjadi perkara sebegini. Baiklah ini di antara perkara yang boleh anda ambil perhatian :

i) - Sentiasa alert dengan kemungkinan web/blog/content web/ebook anda bakal di ciplak/di plagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

ii) - Gunakan beberapa kaedah untuk melindungi artikel anda dari di ciplak. Salah satunya anda boleh gunakan kemudahan ini. Telah di ajarkan oleh Sdr Fuad Latif.

iii) - Boleh juga anda gunakan www.copyspace.com untuk mengesan mana-aman website yang telah meniru web atau content web anda.

iii) - Seterusnya langkah yang boleh di lakukan sekiranya web anda di ciplak. Dapatkan maklumat yang lengkap dan betul berkenaan dengan webmaster website tersebut. Hubungi terlebih dahulu dan nyatakan apa yang telah terjadi. Sekiranya mereka hendak berbincang dan sanggup membuang semua info dari content yang telah diciplak, anda tidak perlu lagi untuk mengambil tindakan.

Sememangnya, pengalaman ini tidak seberapa tetapi cukup untuk saya menjadi matang di dalam melalui cabaran di dalam perniagaan internet.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb