Jun
24

5 idea unik cara tingkatkan jualan anda.

lynn on Jun-24-2007

Perniagaan anda tidak mencapai target bulan ini ?. Pemasaran terhenti ?. Cuba nilai dan kaji semula di mana silapnya ?. Jualan tidak menampakkan pulangan, kunjungan website semakin berkurangan ?. Cuba amalkan tip-tip di bawah :

i) - Tawarkan sesuatu dengan PERCUMA.
Cuba berikan sesuatu tawaran secara percuma kepada target pasaran anda. Katakan anda berniaga barangan makanan secara online, cuba berikan contoh produk tersebut kepada mereka yang berminat. Contoh lain, jika anda menjual ebook tentang teknik pemasaran cuba berikan beberapa tip-tip pemasaran secara percuma kepada subscriber anda. Dengan cara ini, prospek atau subcriber anda akan tertarik dan mungkin akan kembali semula ke website anda. Lambat-laun prospek tersebut akan bertukar menjadi pelanggan.  

Di sini saya berikan contoh demo percuma untuk mereka yang tercari-cari sistem pembelajaran secara online untuk anak-anak. Klik pada gambar demo untuk merasai sendiri bagaimana cara pembelajaran secara online, mulakan sekarang!

ii) - Sertai online forum.
Tidak kira produk jenis apa yang anda jual, kumpul seberapa ramai rakan atau sertai sebanyak mana forum atau komuniti sesebuah kumpulan untuk target prospek anda. Cari yang sesuai dengan target pasaran. Sertai dan jadikan mereka  sebagai rakan baik yang kelak menjadi pelanggan tetap anda. Jangan kedekut untuk mengeluarkan komen atau pendapat anda tentang sesuatu isu terutama yang berkait rapat dengan bidang yang anda mahir atau lebih tahu. Turut sama berbincang dan memberi buah fikiran agar sama-sama memberi faedah kepada kedua-dua pihak. 
 

Sebagai contoh, Forum Wanita Niaga ini di anggotai oleh sebahagian besarnya wanita yang bekerja dan mempunyai perniagaan online mereka tersendiri. Klik dan sertai mereka!

Satu perkara penting yang perlu anda lakukan, LETAKKAN SIGNATURE di bahagian profile untuk tujuan pemasaran produk/perniagaan anda. Jadi, setelah anda aktif pada setiap bahagian pada forum-forum tersebut secara tidak langsung anda telah memasarkan produk/perniagaan anda sekerap yang mungkin. Telah terbukti seorang internet marketier mengumpul hasil perniagaan onlinenya dengan hanya menyertai forum dengan aktif!

iii) - Menderma.
Sesetengah orang suka membuat derma, jadi apakata anda buatkan satu tabung khas untuk menderma membantu sesebuah persatuan atau kelab atau mana-mana badan yang amat memerlukan. Selain itu cuba dapatkan mana-mana badan yang agak terkenal agar ianya juga dapat membantu anak memperkenalkan produk/perniagaan kepada masyarakat. Apakata anda dermakan produk yang anda jual kepada golongan tertentu yang sesuai dengan target pasaran. Contohnya : produk kesihatan wanita yang anda jual, dermakan kepada golongan ibu-ibu tunggal dan sebagainya.

iv) - ‘Repackage product’.
Apabila sesuatu produk telah berada di pasaran, kebiasaannya lambat laun ianya akan menghadapi kesan penurunan harga. Dengan memberi diskaun biasanya ia akan mampu menarik jualan besar-besaran. Namun, anda juga  di cadangkan supaya mengumpulkan semua barang-barang yang tidak laris dijual dan jualnya secara pukal.. serta dijual dalam harga yang agak murah. 

v) - Tunjukkan anda adalah seorang yang pakar.
Tidak kiralah perniagaan online jenis apa yang anda lakukan, tunjukkan kepakaran dan pengalaman anda kepada pasaran. Tunjukkan yang anda mahir dan mampu menunaikan janji yang sepatutnya kepada bakal pelanggan anda. Salah satu idea yang menarik ialah dengan menjadikan diri anda sebagai seorang jurucakap kepada pelbagai majlis, pertunjukkan, majlis tertentu di universiti atau kolej dan sebagainya. Contoh lain sekiranya anda mempunyai kepakaran atau pengalaman di sesuatu bidang, cuba anda salurkan maklumat dengan menjadi seorang tutor di sesebuah kolej atau universiti dengan berkongsi imu, tips dan pengalaman tentang produk/perniagaan anda.

Secara tidak langsung anda telah memasarkan diri anda kepada masyarkat dan mereka akan melihat diri anda sebagai seorang yang pakar dan boleh dipercayai serta menjadi contoh dan ikutan masyarakat.

Diharap dengan tip-tip kali ini, anda akan berjaya meningkatkan target jualan hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini!. Selamat mencuba! Belum cuba belum tahu!.

Nota : Tahukah anda, pelanggan produk Score A kini telah mempunyai akaun email PERCUMA dan mereka mempunyai akaun mereka sendiri di Score A Mail! . Klik di sini untuk keterangan lanjut!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  1. Yok Join CikguAzleen.com Community! Said,

    […] you looking for method to increase your sale? Well, Azlyna shares 5 unique ideas to increase your sale. Among of it are to offer something FREE, join online forum, donation, repackage the product and […]

  2. armier Said,

    Good ideas..thanks

  3. lynn aka azlyna Said,

    wah cikgu azleen! thanks a lot! terkejut saya dibuatnya. kejap lg saya buat announcement! ;)

  4. Leeza Said,

    Panduan dan teknik yang berguna. Kekadang kita terlupa sesuatu yang penting tanpa kita sedari … betul kan …

  5. Nafiecarl Said,

    Bagus artikel nie, kenapalah saya terlepas pandang =)

  6. zool Said,

    Nie first time saya komen blog nie…
    er tips nie untuk wanita je ker??
    Lelaki tak boleh ker??

  7. salindah Said,

    Tip yang praktikal.

  8. wirdatul123 Said,

    Alhamdulillah baru terbaca blog kak lynn…thank’s kak lynn banyak info yg idah dapat ni…byk yang terlepas pandang…

  9. Sarah Malek Said,

    Thanks K.Lyn…info yang u bagi memang boleh dipraktikkan.

  10. rosealley Said,

    Mekaseh gak K.Lyn, saya ni baru je nak berjinak2 dengan perniagaan internet. Untuk permulaan ni, kenala banyak bersabar sikit, huhu, tapi takpe, saya kuatkan semangat jugak, chaiyo2!!

  11. shawne Said,

    Hii .. Mmm, saya budak baru .. Memang best gak la cara penyampaian tu.. boleh dipraktikkan .. saya memang minat sangat tentang network² ni .. Kepada semua kengkawan kalau le boleh jom le masuk ke blog saya.. Saya memang alu² kan kedatangan suma.. Bagilah komen yang membina.. Dan Cik puan pun bleh join JOM!!..

  12. milla Said,

    Hai….baru je masuk web ni, good idea….nak praktikkanlah ni. Maklumlah baru nak belajar berkenaan
    dunia perniagaan internet ni…thanks for ilmu tu..

  13. zue Said,

    Hi kak lynn, bagus web ni..terima kasih atas idea2 tu…saya ni baru2 nak belajar berniaga… bolehlah dipraktikkan idea2 yg diberi tuv

Add A Comment