Jun
22

Ulasan Pakej Web Jualan.

lynn on Jun-22-2007

Sudah lama juga saya tidak mengulas atau berkongsi pendapat atau tips yang telah digunakan atau saya temui di dalam menjalankan perniagaan internet. Baiklah kali ini saya ingin mengulas tentang keistimewaan sebuah pakej produk yang baru sahaja di kemaskini dan di naiktaraf oleh penulisnya iaitu Saudara Amirol. Tidak lain tidak bukan Pakej Web Jualan. Sebelum ini saya telah melanggan pakej ini melalui laman web Usahaniaga tetapi kini, ianya telah di pindahkan ke domain yang baru iaitu  di Webjualan .

Mengapa saya mencadangkan anda membeli Pakej Web Jualan ini  ? Ya, kerana ianya padat dengan tatacara membina sebuah laman web bukan sahaja laman web biasa, malah ianya mampu di lengkapi dengan sistem affiliate dan autoresponder. Ayat dan penerangan Sdr Amirol juga mudah di fahami dan amat sesuai bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan internet. Sebagai ‘newbie’ sudah tentu anda masih tercari-cari kaedah atau langkah-langkah awal bagi membina sebuah laman web untuk perniagaan anda. Saya berani jamin anda tidak perlu lagi mencari orang yang pakar untuk membina laman web atau mengupah dengan kadar bayaran yang mahal, kerana melalui produk ini insyaallah, laman web anda akan terhasil sendiri dengan keyakinan dan kemampuan anda!.

Berikut saya ringkaskan isi kandungan yang bakal anda miliki :
i) 10 Panduan Lengkap Web Jualan -
ii) 3 Video Tutorial
iii) Template-template Minisite
iv) Ruangan support online 24 jam, 7 hari seminggu
v) Beberapa produk tambahan lain

Ohya, jangan lupa bila anda melayari laman web ini kelak, anda akan terjumpa catatan testimoni beberapa pelanggan Pakej Web Jualan termasuklah testimoni dari saya sendiri :

Setelah memiliki Pakej Lengkap Membina Laman Web Sistem Affiliates dan Autoresponder, saya telah dapat menyiapkan website jualan saya yang terbaru!. Syukur alhamdulilah!.

Tahukah anda saya hanya mengambil masa setengah hari sahaja untuk proses install, konfigurasi dan penyusunan struktur website dengan mengikuti kesemua langkah yang ditunjukkan oleh pakej ini ?. Kini saya di dalam proses terakhir pengeditan website jualan tersebut sebelum ianya berada di pasaran tidak lama lagi. Walaupun saya telah memiliki website sendiri dengan sistem autodownline, namun sudah lama saya berhasrat untuk membina sebuah lagi website jualan yang menggunakan pakej sistem affiliates dan autoresponder ini.

Nah! kini pilihan saya begitu TEPAT malah saya berasa amat gembira dan bangga kerana berjaya menghasilkan sebuah website jualan saya sendiri TANPA PERLU MENGUPAH ORANG LAIN!. Jika anda seorang ‘newbie’, usah berfikir panjang, miliki pakej lengkap ini sekarang juga!.

Terima kasih Saudara Amirol di atas pakej beliau yang lengkap dan mudah difahami. ‘

Norazlina Binti Ramdzan

http://www.wanitaniaga.com/tips

Ya, memang benar saya telah berjaya menyiapkan website terbaru saya dalam masa tak sampai sehari, cuma beberapa perkara kecil seperti banner dan footer mengancam yang masih belum di siapkan. Namun, saya yakin anda juga mampu menyiapkannya sendiri tanpa perlu menghadiri kursus pembinaan laman web. Justeru, kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila dapatkannya segera dengan klik sahaja di sini.

Nota : Bagi anda yang suka untuk mencari ramai kenalan untuk mengembangkan lagi perniagaan anda, apakata jom sertai Forum Wanita Niaga di sini, PERCUMA tetap PERCUMA! :D klik sahaja gambar dibawah!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add A Comment