Archive for June, 2007

Jun
24

5 idea unik cara tingkatkan jualan anda.

lynn on Jun-24-2007

Perniagaan anda tidak mencapai target bulan ini ?. Pemasaran terhenti ?. Cuba nilai dan kaji semula di mana silapnya ?. Jualan tidak menampakkan pulangan, kunjungan website semakin berkurangan ?. Cuba amalkan tip-tip di bawah :

i) - Tawarkan sesuatu dengan PERCUMA.
Cuba berikan sesuatu tawaran secara percuma kepada target pasaran anda. Katakan anda berniaga barangan makanan secara online, cuba berikan contoh produk tersebut kepada mereka yang berminat. Contoh lain, jika anda menjual ebook tentang teknik pemasaran cuba berikan beberapa tip-tip pemasaran secara percuma kepada subscriber anda. Dengan cara ini, prospek atau subcriber anda akan tertarik dan mungkin akan kembali semula ke website anda. Lambat-laun prospek tersebut akan bertukar menjadi pelanggan.  

Di sini saya berikan contoh demo percuma untuk mereka yang tercari-cari sistem pembelajaran secara online untuk anak-anak. Klik pada gambar demo untuk merasai sendiri bagaimana cara pembelajaran secara online, mulakan sekarang!

Read the rest of this entry »

Jun
22

Ulasan Pakej Web Jualan.

lynn on Jun-22-2007

Sudah lama juga saya tidak mengulas atau berkongsi pendapat atau tips yang telah digunakan atau saya temui di dalam menjalankan perniagaan internet. Baiklah kali ini saya ingin mengulas tentang keistimewaan sebuah pakej produk yang baru sahaja di kemaskini dan di naiktaraf oleh penulisnya iaitu Saudara Amirol. Tidak lain tidak bukan Pakej Web Jualan. Sebelum ini saya telah melanggan pakej ini melalui laman web Usahaniaga tetapi kini, ianya telah di pindahkan ke domain yang baru iaitu  di Webjualan .

Mengapa saya mencadangkan anda membeli Pakej Web Jualan ini  ? Read the rest of this entry »

Jun
20

~ Sahabat, bantuanmu di perlukan … ~

lynn on Jun-20-2007

Hampir seminggu saya tidak menjenguk ke forum Wang Cyber, rupanya ada Kempen Bantu Sahabat di sana. Ya, walaupun saya kurang mengenali sahabat kita ini Sdr Badruzamani namun pernah juga beberapa kali saling menegur di forum atau pun di PM, beliau seorang yang matang dan berbudi bahasa. Apa yang saya tahu beliau telah terlibat dengan kemalangan jalanraya dan kini telah dikategorikan sebagai OKU. Beliau juga merupakan salah seorang usahawan internet. Untuk pembaca blog ini yang belum atau tidak mengenali beliau, anda boleh baca blog Badruzzamani  Di bawah ini merupakan petikan dari blog beliau :

Tentang Saya

Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Baca seterusnya di sini…

Justeru Kempen Bantu Sahabat seperti inilah yang patut kita sokong demi membantu meringankan beban rakan kita yang benar-benar memerlukan bantuan. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengulurkan sumbangan ikhlas tidak kiralah dalam bentuk wang tunai atau cek atau apa juga cara yang dapat mengurangkan beban beliau, sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah bernombor : 162021342824. Semoga sumbangan ikhlas anda akan di bayar berganda-ganda oleh Allah swt.