Hampir ke penghujungnya… opss.
Motivasi May 31st, 2007Wah hari ini tanggal 31 Mei 2007, sudah hampir ke setengah tahun. Esok 1 Jun 1007, terlalu pantasnya masa berlalu. Pejam celik kita telah berada di pertengahan tahun. Bagaimana perancangan anda tahun ini ? minggu ini ? hari ini ? sekarang ?. Sudahkah terlaksana ?. Sila semak diari anda masing-masing, pastikan perancangan tersebut dilaksanakan mengikut jadual.
Baiklah hari ini saya ingin bercerita satu perkara tentang Tips Pemasaran.
Di dalam banyak-banyak kaedah pemasaran yang anda gunakan, mana satukah yang benar-benar berjaya dan menjadi rahsia anda yang sebenar didalam memastikan perniagaan anda berjaya ?. Di luar sana ada macam-macam buku atau e-buku yang dijual mengajar kita tentang pemasaran. Mana satukah yang anda lakukan ?. Mana satukah yang telah memberikan peluang yang hebat ke dalam poket anda ?. Fikirkan sejenak dan kaji semula adakah ianya benar-benar membantu atau sengaja membuang masa anda dengan tidak memberikan apa-apa pulangan. Justeru ? jangan lupa untuk kembali menyemak dan mengkaji kesilapan atau mungkin kelemahan yang ada di dalam teknik pemasaran anda.
p/s: Nak tau kaedah saya, anda boleh tinggalkan pesanan di kotak pesanan di bawah sana atau email saya di norazlina[a]wanitaniaga.com atau jumpa saya di Forum Komuniti Usahawan Wanita, khusu untuk wanita tetapi sang teruna kalau berminat apa salahnya..
. Jom klik http://forum.wanitaniaga.com
































