Assalamualaikum semuanya, anda sihat hari ini ?. Kepada yang kurang sihat, banyakkan bersabar yer itu dugaan sementara saja. Jangan lupa makan ubat. Ohya dah lama rasanya blog ini tak berupdate. Saya sibuk sekarang ni dengan projek baru dan di samping tugas harian saya. Jadi mohon maaf kepada pengunjung yang sudi singgah sebentar di sini. Kunjungan anda amat-amat saya sanjungi. Jangan serik datang lagi ya. Ok sebagai pulangan kepada mereka yang telah mengunjungi blog saya hari ini…

saya hendak kongsikan satu perkara dengan anda. Ianya tidak langsung berkaitan dengan dunia perniagaan kita tetapi berkenaan dengan jatidiri yang kita perolehi. Saya ingin mengajak anda semua berfikir seminit dan ya cuba luangkan sedikit masa emas anda itu untuk bertanya kepada diri anda sendiri … Agak-agaknyalah apakah kekuatan yang anda masing-masing perolehi sehingga menjadikan diri anda sebagaimana ANDA HARI INI. Ya, anda adalah anda yang dahulunya si anak kecil yang mungkin begitu nakal, mungkin begitu liat untuk pergi ke sekolah.. susah nak bangun pagi .. malas dan suka ponteng kelas atau mungkin juga anda pernah jatuh atau gagal dahulunya.

Justeru, agaknya sudah tentu anda memiliki keistimewaan dan kekuatan yang telah membawa anda di mana anda berada sekarang ini. Sudah tentu setiap dari kita mempunyai pandangan dan pengalaman yang berbeza. Namun, cuba anda fikirkan seminit dan kenang kembali apakah yang telah menyebabkan anda menjadi DIRI ANDA sekarang!. Siapakah insan-insan yang telah dan pernah berada di sisi anda ?. Siapakah mereka itu yang secara langsung dan tidak langsung memberikan bantuan dan sokongan sehingga ANDA berjaya hari ini. Fikirkanlah dan kenang mereka kembali. Seandainya boleh… hubungilah mereka itu dan tanyakan khabar mereka. Manalah tau mungkin di waktu ini, mereka sedang memerlukan anda .. siapa tahu bukan ?. Di dalam kehidupan ini, menuju kehadapan bukan bermakna kita tidak boleh memandang atau menoleh ke belakang. Jika ianya bertujuan untuk memberi keinsafan dan kesyukuran dalam diri kita!. Anda setuju ?. Tepuk dada tanyalah hati.

Itu sahaja setakat ini, jangan lupa pesan saya di atas… jumpa lagi. ;).

p/s: tajuk di atas tiada kaitan dgn catatan saya hari ini, sekadar menyatakan kemanakah agaknya saya menghilang diri ? itu saja.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb