Saya telah beberapa kali di ajukan soalan oleh rakan-rakan niaga samada yang baru ataupun yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan online atau offline. Masalah atau perkara ini memang menjadi lumrah kepada semua orang. Bagi saya ianya amat mudah untuk di jawab namun perlaksanaannya adalah terletak pada diri anda sendiri!.

Justeru apakah persoalan kali ini yang di tanya kepada saya ?

‘Lynn, bagaimana hendak pasarkan web atau produk kita ?. Dah banyak cara saya buat tetapi tidak berjaya memberi pulangan yang membanggakan. Boleh bagi tips Lynn kali ini ?. ‘

Begitulah antara ayat atau soalan yang biasa di tanya kepada saya. Baiklah hari ini saya hendak memberikan satu sahaja tips untuk anda lakukan dan berjanji anda MESTI lakukan demi kejayaan anda memasarkan produk atau memberi peluang perniagaan baru kepada bakal prospek anda!.

Sila baca seterusnya ….

‘Networking’
Ya, dari dahulu hingga sekarang bagi saya, tips dan rahsia yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan tidak kira perniagaan offline atau online ialah membina ’Networking’. Tahukah anda apakah itu networking ?. Tahukah anda kuasa ‘networking’ sangat penting untuk perniagaan anda ?.

Networking adalah proses di mana kita mencari kawan baru atau bakal prospek untuk memberi kita peluang memasarkan produk atau peluang perniagaan anda. Tidak kiralah orang itu kenalan rapat atau kenalan baru dalam hidup anda. Tanpa mengenal umur dan jantina, ianya amat penting untuk anda jadikan mereka sebagai ‘networking’ atau orang perantaraan atau pun sekadar rakan baru atau rakan biasa.

Hendak tahu rahsia saya ?. Sejak saya menceburi bidang pemasaran kira-kira 7 tahun yang lalu, saya telah mengamalkan mencari rakan baru setiap hari sekurang-kurangnya seorang!. Ya saya masih ingat lagi, setiap kali saya berjumpa dengan customer lama saya untuk tujuan follow up, saya pasti akan bertanya jika dia ada kenalan baru atau ada sesiapa yang boleh saya kongsikan kebaikan produk yang saya pasarkan. Sudah tentu dengan baikhati mereka akan berikan nama rakan-rakan mereka. Jangan lupa sekurang-kurangnya dapatkan tiga nama dari setiap seorang rakan atau customer yang anda jumpa itu. Nah inilah rahsia cara saya mencari networking atau prospek baru perniagaan saya!.

Kini, saya menjalankan perniagaan internet atau perniagaan secara online tetap mengamalkan tips atau rahsia dan malah setiap hari saya memang sentiasa mendapat kenalan baru dan sudah tentu, salah satu cara saya dengan menambahkan ym id mereka ada senarai contact saya. Sehingga entry ini saya tulis, senarai ym id saya telah mencecah hampir 200 id! Anda tidak percaya ?. Inilah sebenarnya rahsia atau kuasa yang mampu memberikan kejayaan di dalam anda memasarkan produk perniagaan anda!. Tidak kiralah samada anda menjual barangan fizikal, digital atau perkhidmatan.. yang penting anda menjaga ‘networking’ anda dan sentiasa berhubung dengan baik atau sekadar bertanya khabar menandakan anda menghargai mereka sebagai rakan perniagaan atau kenalan anda.

Baiklah setakat itu dahulu tips dan rahsia dari saya kali ini.

Nota : Bagi sesiapa yang masih belum mendapatkan ebook Rahsia Menulis Sales Letter yang membunuh, dapatkannya di sini.
 
Rahsia Menulis Sales Letter Membunuh

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb