Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan tip atau rahsia kejayaan perniagaan anda. Kelly Wissink salah seorang ibu yang menjalan perniagaan ‘home schooling’ berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh anda gunakan didalam memajukan lagi perniagaan anda dari rumah.

Berikut adalah tip-tip yang diberikan oleh beliau :

i) ‘Low Unit Cost’ - Pastikan produk yang hendak anda jual dari rumah memiliki harga terendah dari pasaran dengan kualiti produk yang tinggi.

ii) ‘Is your product consumable ?’ - Adakah produk yang anda jual itu memang mempunyai permintaan yang tinggi dan masyarakat memang tercari-cari penawarannya di pasaran sehinggakan mereka terpaksa membuat tempahan untuk mendapatkannya!

ii) ‘Is your product unique ?’ - Adakah produk yang anda tawarkan itu mempunyai ciri-ciri yang unik ?. Adakah ianya sesuatu yang eksklusif ? Atau adakah pelanggan boleh juga mendapatkannya di kedai-kedai biasa dengan mudah malah dengan harga yang jauh lebih murah ? Fikirkan perkara ini dengan serius!

iii) ‘Is Management Supportive ?’ - Ini juga satu perkara penting yang perlu kita ketahui di mana di dalam bidang perniagaan yang anda ceburi, adakah anda mudah mendapat sokongan dan bantuan dari pihak-pihak tertentu ? Adakah ianya akan membebankan anda atau sebaliknya ?. Pastikan anda menemui beberapa rakan perniagaan lain yang menjalankan perniagaan yang serupa dan berbincang dengan mereka, bertukar-tukar fikiran dan sebagainya. Mungkin dengan cara ini anda tidak akan buntu jika menghadapi sebarang masalah.

v) - ‘Is there any an adequate profit margin ? ‘ - Salah satu lagi perkara terpenting, adakah produk yang anda pasarkan itu akan memberikan anda pulangan yang besar ke atas diri anda dan poket anda ?. Adakah pulangan yang bakal anda perolehi kelak mampu memberikan simpanan untuk masa depan syarikat dan kewangan anda sendiri ?

Ektra tip dari beliau :

*  ‘Is this company fun to work with ?’ - Adakah perniagaan atau syarikat yang anda jalankan kelak memberikan anda keseronokan ?. Adakah anda akan merasa kepuasannya apabila anda menjalankan perniagaan tersebut kelak ?. Kita perlu gembiran dan selesa dengan apa juga perniagaan yang kita telah pilih dan yakin ianya akan memberikan apa yang anda kehendaki!. Pastikan ianya memberikan anda semangat dan motivasi yang berpanjangan. Adakah ianya berkenaan dengan hobi anda ? Adakah ianya berdasarkan kelulusan pendidikan anda dan sebagainya.
 
Justeru, sebelum memulakannya fikir dan buat kajian terperinci terlebih dahulu, agar anda terus yakin dan bersemangat untuk terus menjalankan perniagaan dari rumah.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb