~ Dari Dapur Wanita ~
Umum dan berita April 18th, 2007Ya, itulah nama di beri untuk blog terbaru dari saya. Inilah adalah blog keempat untuk domain berbayar dan blog keberapa entah dari saya… hehehe. Banyak gak blog yang free tu sebenarnya. Tak payahlah di senaraikan di sini, hanya yang mengenali saya dari awal dulu mungkin mereka tau.
Baiklah blog ini sebenarnya dah lama saya nak buat sebab saya nak transfer semua resepi yang saya letak di sini : http://www.freewebs.com/recipe2u . Tapi faham2 je la masa saya terhad nak buat ini nak buat ini, banyak sangat projek. Jadi entah macam mana di salah sebuah forum kegemaran saya tu ada yang bertanya blog masak memasak, saya terus install wp versi terkini dan cari template sesuai dan mulalah aktiviti ‘copy n paste’ data.
Oleh itu, anda pengunjung yang budiman .. di jemput singgah ke Dapur Wanita di sini : http://wanitaniaga.com/resepi. Semoga anda beroleh sesuatu di sana! Selamat memasak!
p/s: Bisness .. bisness juga, memasak tugas utama seorang wanita… ![]()



































