Baiklah hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang motivasi. Tulisan kali ini saya tujukan khas untuk diri saya juga sebab almaklumlah bila kita baru baik dari sakit tentulah banyak kerja-kerja penting yang terbengkalai. Malah motivasi untuk mula bekerja semula sudah tentu hilang apatah lagi bekerja sendiri. Tiada bos tiada big boss tiada orang bawah dan tiada siapa yang ada hanya diri kita sendiri. Berjaya atau tidak perniagaan kita hari ini, minggu in, bulan ini adalah bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Itulah yang hendak saya kongsikan hari ini.
Bagaimana memastikan diri kita sentiasa bermotivasi dan produktif walaupun bekerja dari rumah ? :
i) - Buat jadual harian anda.
Tetapkan jadual dan target anda untuk tugas keesokan harinya sebelum anda masuk tidur atau selepas selesai kerja anda hari itu.
ii) - Tetapkan matlamat berdasarkan nombor berbanding menulisnya dengan perkataan.
Ya, cuba anda tetapkan matlamat anda untuk sesuatu tugas yang patut dilaksanakan hari itu dengan masa yang diperuntukkan. Contohnya :
edit web > 1 jam
update blog > 1 jam
update forum > 30 minit
hubungi pelanggan > 1 jam
semak email > setiap 2 jam Â
 dan sebagainya. Ingat setiap orang dari kita mempunyai jadual dan matlamat yang berbeza dan sudah tentu jadual anda itu berbeza dan mungkin juga terpaksa di ubah setiap minggu atau bulan.!
iii) - Beritahu kawan mengenai masa dan jadual anda bekerja di rumah.
Ini adalah salah satu perkara penting untuk anda sentiasa bermotivasi dan produktif. Walaupun anda bekerja di rumah, anda seolah-olah bekerja di pejabat anda sendiri. Justeru amatlah penting untuk memaklumkan kepada rakan-rakan anda dan mungkin juga jiran anda bahawa anda bekerja dan tunjukkan mereka jadual harian anda di rumah!. Ini kerana ada sesetengah jiran yang melihat kita sentiasa berada di rumah dan menganggap kita mempunyai masa yang lapang sepanjang hari. Begitu juga dengan telefon. Settkan telefon anda supaya apabila ada orang yang menghubungi anda .. mereka hanya perlu tinggalkan pesanan.
iv) - Pastikan anda memberitahu keluarga anda bahawa anda bekerja dan pastikan mereka telah hormati masa bekerja anda.
Ini juga penting di mana anda perlu menjelaskan kepada ahli keluarga anda pada waktu bila merke dibenarkan membuat gangguan atau berjumpa dengan anda. Samada di waktu2 kecemasan atau pada waktu rehat sahaja. Begitu juga dengan rakan-rakan anda. Adakah harus mereka membuat temujanji atau bagaimana ? Anda sendiri yang tentukan.
v) - Tetapkan waktu rehat anda.
Bekerja di rumah tidak bermakna anda tidak mempunyai waktu rehat. Bekerja di rumahlah anda HARUS memiliki waktu rehat yang cukup. Memang ada sesetengah orang merasakan mereka tidak perlu berehat kerana katanya ‘ tak mengapa nanti saya penat saya berehatlah’. Setiap orang mempunyai cara rehat yang berbeza. Mungkin ada yang selepas makan, mereka solat dan menonton wayang atau mendengar radio atau muzik. Ada sesetengahnya dengan membaca majalah atau buku cerita atau novel. Terpulang kepada masing-masing tetapi ingat anda mestti mempunyai masa rehat ini kerana dengan merehatkan minda dan tenaga dari bekerja. Percayalah anda akan kembali bermotivasi dan mungkin akan terhasilnya idea-idea baru yang lebih hebat! p/s: tahukah anda di saat saya mula melibatkan diri dengan perniagaan dari rumah, saya memang sukar untuk mencari waktu rehat!. Tetapi alhamdulilah kini saya sudah dapat menetukan masa saya dengan baik. walaupun belum 100% sempurna.
vi) Matlamat atau janji mungkin boleh jadikan anda terus bermotivasi.
Hal ini adalah bergantung kepada individu dan jenis perniagaan yang anda lakukan. Mungkin setengah dari anda menjalankan perniagaan merekacipta, menjahit, membuat tempahan itu dan ini dan macam2 lagi. Justeru, untuk memenuhi permintaan pelanggan sudah tentu anda membuat janji atau berjanji bukan ?. Jadi anggap ianya sebagai suatu janji kepada diri sendiri dan pastikan jadual anda berkait rapat dengan janji anda!. Walaubagaimanapun, bagi anda yang masih di peringkat awal mungkin masih tercari-cari lagi apa yang sesuai dengan diri dan perniagaan anda. Justeru, apabila anda telah melangkah dan bermula pastikan anda lakukan apa yang saya senaraikan di atas dan insyaallah anda akan sentiasa bermotivasi dan produktif walaupun hanya duduk di rumah!.
vii) - Berikan diri anda masa untuk menguji kemampuan dan kebolehan anda.
Perkara ini mungkin agak sukar bagi sesetengah orang. Tidak semua orang berani membuat keputusan untuk bekerja dari rumah. Tidak semua orang juga mampu mencapai apa yang di idamkan selepas bermula dan malah ada sesetengah individu, mengambil masa hampir enam bulan untuk membuat keputusan ini. Justeru, berikan diri anda masa untuk membuktikan kejayaan dan hasil di dalam mempastikan pilihan anda ini tepat!. Jika tidak anda akan merasa tertekan dan langsung tidak bermotivasi dan anda mula rasa bersalah.