20
Perbezaan blog DIY dan blog percuma.
Baiklah hari ini saya tambah sedikit lagi info. Ianya saya olah dari tulisan penulis ebook Kit Blogger sendiri tetapi saya ubahsuai ikut bahasa saya sendiri.
Perbezaan blog dot com sendiri/blog DIY dan blog percuma.
Masih mengikuti perbincangan tentang blog mampu menjana duit anda ?. Baiklah saya teruskan di sini dengan sedikit info tentang perbezaan blog dot com dan blog percuma.
i) Kuasa :
Dengan blog DIY/dot com sendiri (selepas ini saya panggil blog DIY),
anda mempunyai kuasa 100% ke atasnya, tiada siapa yang marah atau mengenakan tindakan sekiranya anda melakukan sesuatu perkara terhadap blog perniagaan atau personal anda. Ini kerana dengan memiliki blog DIY, bermaksud anda dapat menentukan dari segi penampilan, gaya bahasa, ’settting’, ‘template’, iklan2 diblog, ’script’ yg pelbagai, dan macam-macam lagi, pendek kata umpama anda menyewa rumah dan membeli rumah sudah tentu banyak perbezaannya. Jadi dengan memiliki blog DIY seperti anda membeli dan memiliki rumah sendiri, anda bebas melakukan apa saja.
Tetapi, jika anda hanya memiliki blog percuma umpama anda menyewa sebuah rumah. Sudah tentu anda tertakluk kepada syarat2 dan perjanjian yang termetra dengan tuan rumah atau TOS anda semasa mendaftar dengan sesebuah penyedia blog percuma di pasaran. Betul tak ?. Pernahkah anda suatu ketika dahulu mengalami keadaan dimana pada penghujung bulan tiba-tiba anda diarahkan oleh tuan rumah untuk berpindah ?. Begitu juga dengan blog, ada kemungkinan blog anda akan dibuang sekiranya didapati anda melanggarkan TOS yang ditetapkan. Atau pun mungkin tiba-tiba syarikat penyedia blog tersebut menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi apa akan jadi dengan blog yang telah anda bina, pupuk dan semai serta telah menerima kunjungan dari beratus orang ?. Adakah anda gembira ?. Tepuk dada tanyalah diri sendiri
. Jadi tunggu apalagi, fikirkan jika anda mampu membeli kenapa terus menyewa ?.
ii) Matlamat Blog :
Apakah matlamat anda memiliki blog ? Adakah untuk suka-suka ? Adakah anda tidak bimbang jika sesuatu berlaku terhadap blog yang asalnya hanya anda suka-suka untuk menulis ?. Namun suatu hari tiba-tiba blog tersebut telah hilang ?. Justeru, [b]tentukan matlamat blog DIY dan blog percuma anda.[/b] Jika anda katakan memiliki blog untuk tujuan mendapatkan pendapatan sampingan dari Google Adsense, sila baca seterusnya.
Ya, di sini saya petik artikel dari ‘newsletter’ yang saya langgan dari penulis ebook Kit Blogger di mana :
Yaro Starak, seorang usahawan Internet di luar negara sana ada
berkongsi cerita mengenai seorang yang bernama Steve. Steve
melakukan program Google Adsense dan mendapat income sekitar
$2000 dalam sebulan yang menggunakan free blog iaitu blogger.com.
Namun, pada suatu hari, semua blog Steve telah tiada lagi kerana
pihak Google telah suspend yang blog Steve melakukan “Splogs”
(spam blog). Dia kemudian menghubungi Google tetapi permohonannya
ditolak dan semua blognya gagal di re-activate semula. Malang
baginya kerana semua blog beliau menggunakan satu akaun blogger
sahaja. $2000 hangus dan lenyap begitu sahaja.
Kata Yaro, alangkah bagus jika Steve menggunakan Wordpress yang
dipasang pada server sendiri. Padahal kata Yaro, untuk pasang
Wordpress amat mudah sekali dan sistem wordpress adalah ‘open
source’ iaitu percuma. Kos hanyalah untuk beli domain dan hosting
sahaja.
Jadi sudah tentu ada perbezaan matlamat memiliki blog DIY dan blog percuma, bukan ?. Tanya diri anda sendiri sekarang, sebelum terlambat!
iii) Jangkamasa Blog :
Ya, adakah anda telah memikirkan berapa lamakah anda berhasrat menggunakan blog DIY atau blog percuma anda ?. Jangka pendek atau jangka panjang ?. Jika anda ingin memiliki blog untuk jangka masa pendek mungkin sesuai jika memilih blog percuma. Seperti untuk tujuan mencatatkan sesuatu cerita atau catatan sejarah, atau pun mungkin promosi untuk jangka pendek. Mungkin membuka akaun di blogger.com atau blogdrive sudah mencukupi.
Namun jika anda berhasrat untuk memiliki blog untuk selama-lamanya, blog DIY adalah pilihan yang tepat dan [b]memiliki blog wordpress di hosting sendiri adalah yang TERBAIK!. [/b]Adakah anda mengidamkan untuk menjadikan blog personal atau perniagaan anda itu kekal untuk selama-alamanya ?. Fikirkan!
[color=blue][b]
iv) Kemudahan atau sistem :[/b][/color]
Jika anda memiliki blog DIY dengan menggunakan Sistem Wordpress contohnya, terdapat sehingga 100 lebih plugin yang anda boleh masukkan mengikut kesesuaian ciri-ciri blog bagaimana yang anda mahu. Ya, semuanya adalah tertakluk kepada pilihan anda sendiri. Plugin wordpress adalah antara yang tercanggih dan mudah digunakan setakat ini. Sistem Wordpress juga sentiasa up to date!. Dalam masa beberapa bulan mereka akan upgrade ke versi yang terkini!. Justeru, jika anda seorang yang suka mendapatkan versi-versi terbaru untuk paparan blog perniagaan/personal anda, jangan buang masa!
Namun jika anda masih setia dengan penyedia blog percuma anda, teruskan ianya juga tidak menjadi halangan. Cuma pilihan anda masih tidak bervariasi.
[u][b]
Ikut nasihat ini![/b][/u]
[color=blue][b]i) Mulakan sekarang! :[/b][/color]
Ya, jika anda berhasrat memiliki blog DIY atau percuma, mulakan sekarang! Tetapi ingat, jika anda mulakan dengan yang percuma, bermakna anda telah membuang masa emas anda untuk membina semula blog DIY anda dengan segala input dan data yang sama perlu ada copy n paste semula ke blog DIY. Tetapi ingat, tidak semua ciri-ciri pada blog percuma anda serupa dengan blog DIY. Jadi, tidakkah ianya merugikan masa emas anda ?. Ataupun anda biarkan sahaja blog percuma itu begitu sahaja dan kemungkinan besar blog lama itu akan dibuang oleh penyedia blog!. Tidakkah itu merugikan ?. Bertindak cepat!
[color=blue][b]
ii) Jangan buat kerja dua kali! :[/b][/color]
Ya, ramai di antara kita yang mengamalkan sikap begini termasuk saya sendiri. Memang saya pun ada blog percuma di blogspot dan blogdrive. Tetapi, kini psss.. saya sedang dalam proses memindahkan posting lama saya ke blog personal wordpress saya. Tunggu!!
Oleh itu, jangan jadi macam saya .. jangan buat kerja dua kali. Betapa susahnya anda membina kredibiliti dan ‘brand’ keatas blog personal/perniagaan anda, tiba-tiba kini anda bersusah payah untuk membinanya kembali di blog wordpress pada hosting sendiri. Bukankah ianya kerja yang membebankan anda ?. Ayuh, mulakan dengan langkah yang betul!.






























Assalamualaikum Puan,
Penunjuk graf di wordpress mengganggu minda ketika memulakan pencatatan.
Adakah setting untuk penulisan perlu tertakluk kepada kehendak moderator misalnya penggunaan bentuk huruf yang sesekali menukar warna dan jarak patah perkataan tanpa permintaan?
Membanding Blogger dengan Wordpress pembaharuan menzahirkan masalah untuk memahami teknik menukar kaedah dan cara menulis kerana penggunaan bahasa yang tidak ditemui maknanya di dalam kamus bahasa dan penggunaan istilah dari bahasa indonesia yang mengelirukan. Tidak bermakna bahasa inggeris lebih difahami tetapi lebih kepada kerendahan diri untuk merasa bahasa melayu masih terasa janggal untuk dihayati.
Adakah kerana perkembangannya yang tidak sealiran dengan alaf yang menandakan bahasa melayu agak ketinggalan zaman atau pakar bahasa yang cepat dibesarakan.
Memandangkan roh bahasa melayu tidak upaya dijiwai oleh warganya sebagaimana bangsa lain yang berupaya meluhurkan peribadi bangsanya untuk berbudaya menerusi bahasa, wajar pakar bahasa diabadikan sebagai perawat perubatan yang kebolehan untuk mengubatinya adalah sepanjang hayat kerana kekayaan pengalaman dan kemahiran.
Sekurang-kurangnya kesan pembacaan tidak menjadikan kita hanya menerima arahan kerana natijah dari ‘akses’ pada teknologi memerlukan kestabilan emosi dalam mengimbangi konflik yang mencetuskan kekeliruan kerana wujud perbezaan maklumat apabila ia disandarkan dari kaca mata luaran. Masalah juga wujud bila ada sekatan kepada penerokaan teknologi berinfo yang sedia ada dikuasai oleh bantuan teknikal asing (tidak bermaksud kita memencilkan diri).
Keperluan untuk melihat warga global yang mukmin yang tidak disengketakan oleh mana-mana atau apa-apa stuktur baru perdagangan yang tidak membebaskan masyarakat dari bebas berdikari.Akuilah bahawa kita tidak mahu mencipta masa depan dengan mimpi kerana realiti adanya hari pembalasan.
Saya tidak menunjuk pandai tetapi
Minta jasa baik untuk memadamkan catatan-catatan saya.
Terima kasih.
Add A Comment