Archive for March, 2007

Mar
20

Perbezaan blog DIY dan blog percuma.

lynn on Mar-20-2007

Baiklah hari ini saya tambah sedikit lagi info. Ianya saya olah dari tulisan penulis ebook Kit Blogger sendiri tetapi saya ubahsuai ikut bahasa saya sendiri.

Perbezaan blog dot com sendiri/blog DIY dan blog percuma.

Masih mengikuti perbincangan tentang blog mampu menjana duit anda ?. Baiklah saya teruskan di sini dengan sedikit info tentang perbezaan blog dot com dan blog percuma.

i) Kuasa :

Dengan blog DIY/dot com sendiri (selepas ini saya panggil blog DIY),
anda mempunyai kuasa 100% ke atasnya, tiada siapa yang marah atau mengenakan tindakan sekiranya anda melakukan sesuatu perkara terhadap blog perniagaan atau personal anda. Ini kerana dengan memiliki blog DIY, bermaksud anda dapat menentukan dari segi penampilan, gaya bahasa, ’settting’, ‘template’, iklan2 diblog, ’script’ yg pelbagai, dan macam-macam lagi, pendek kata umpama anda menyewa rumah dan membeli rumah sudah tentu banyak perbezaannya. Jadi dengan memiliki blog DIY seperti anda membeli dan memiliki rumah sendiri, anda bebas melakukan apa saja.

Tetapi, jika anda hanya memiliki blog percuma umpama anda menyewa sebuah rumah. Sudah tentu anda tertakluk kepada syarat2 dan perjanjian yang termetra dengan tuan rumah atau TOS anda semasa mendaftar dengan sesebuah penyedia blog percuma di pasaran. Betul tak ?. Pernahkah anda suatu ketika dahulu mengalami keadaan dimana pada penghujung bulan tiba-tiba anda diarahkan oleh tuan rumah untuk berpindah ?. Begitu juga dengan blog, ada kemungkinan blog anda akan dibuang sekiranya didapati anda melanggarkan TOS yang ditetapkan. Atau pun mungkin tiba-tiba syarikat penyedia blog tersebut menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi apa akan jadi dengan blog yang telah anda bina, pupuk dan semai serta telah menerima kunjungan dari beratus orang ?. Adakah anda gembira ?. Tepuk dada tanyalah diri sendiri :P . Jadi tunggu apalagi, fikirkan jika anda mampu membeli kenapa terus menyewa ?.
ii) Matlamat Blog :
Apakah matlamat anda memiliki blog ? Adakah untuk suka-suka ? Adakah anda tidak bimbang jika sesuatu berlaku terhadap blog yang asalnya hanya anda suka-suka untuk menulis ?. Namun suatu hari tiba-tiba blog tersebut telah hilang ?. Justeru, [b]tentukan matlamat blog DIY dan blog percuma anda.[/b] Jika anda katakan memiliki blog untuk tujuan mendapatkan pendapatan sampingan dari Google Adsense, sila baca seterusnya.

Ya, di sini saya petik artikel dari ‘newsletter’ yang saya langgan dari penulis ebook Kit Blogger di mana : Read the rest of this entry »

Mar
16

RM 350 dalam masa 4 hari ? Apakah rahsianya ?

lynn on Mar-16-2007

Ya, ini adalah kisah benar. Bukannya rekaan semata. Anda boleh baca kisah ini dengan download ebook terbaru dari seorang pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. DOWNLOAD SEKARANG.

ebook-cover-final1.jpg

Tahukah anda ini merupakan ebook terbaru beliau dan baru sahaja dilancarkan semalam ?.

Tahukah anda ebook terbarunya ini adalah merupakan ebook ke 3 yang beliau tulis sendiri di mana 2 buah ebook daripadanya adalah hasil kerjasama rakan bisnessnya, iaitu Sdr Fai. Hendak mengenali lebih dekat lagi siapakah pelajar ini ???. Anda juga masih boleh dapatkan 2 ebook beliau yang lain di blog beliau.
Cepat dapatkan ebook terbaru Labanon sebelum ianya ditetapkan harga!  Adly aka Labanon. Baca blog beliau http://blog.jomberniaga.com

RM 350 dalam masa 4 hari ?? Baca dan download kisah benar pelajar ini menjana wang RM 350 dalam hanya 4 hari!!!  di sini http://350.jomberniaga.com

PERCUMA! IANYA PERCUMA! JANGAN TUNGGU LAGI DAPATKAN SEKARANG!

Apa komen saya tentang ebook ini ? :

” Nah sekarang, ebook terbaru dari Labanon dan Fai telah muncul kembali. Menjana Wang Tanpa Produk!. Pelik ? Tetapi Benar!. Tepat pada masanya dan kebetulan saya sedang menjual produk seumpamanya. Jadi saya amat setuju 100% dengan apa yang dicatatkan di dalam ebook ini. Ringkas tetapi padat dengan info dan rahsia. Membacanya ayat demi ayat akan membuatkan anda berdebar-debar dan tak sabar untuk terus membaca hingga ke noktah terakhir. Memang bakal memberikan cetusan idea dan ilham, sesudah itu tentu anda akan memetik jari lantas berkata ‘iyalah.. betul lah.. isyy kena buat ni’. Itu hanya andaian saya. Anda mungkin tidak.

Nak tau rahsianya sila download sekarang, sebab ianya PERCUMA!. Terima kasih Flarebiz! ” . Anda boleh baca lanjut di sini Ingin Mengetahui Bagaimana Seorang Pelajar Menjana RM 350 dalam masa 4 Hari ?

Mar
16

Wanita Kuasai Dunia Blog di Malaysia ?

lynn on Mar-16-2007

[b]Wanita Kuasai Dunia Blog di Malaysia [/b]

Oleh Ani Nadilla Yusof
Majalah PC

Itulah hakikatnya. Wanita menguasai dunia blog di Malaysia. Mengapa dan kenapa? Semuanya akan terjawab menerusi kajian dalam talian yang dilakukan oleh MSN dan Windows Live. Hasil kajian itu yang disiarkan dalam laporan “Blogging Malaysia: A Windows Live Report” mendapati wanita mewakili 64% blogger di Negara kita manakala lelaki hanya seramai 36%. Mungkin ini bukan sesuatu yang memeranjatkan berikutan fakta dalam sains sosial sendiri menunjukkan bahawa wanita adalah komunikator yang lebih baik berbanding lelaki. Dengan adanya fenomena web 2.0, ia seolah-olah membuktikan fakta tersebut. Read the rest of this entry »

Mar
05

Apa langkah untuk memiliki blog sendiri ?

lynn on Mar-5-2007

hai kawan2 semua, yup segeralah memilikinya sebelum terlambat. Baiklah sebelum membuat apa2 keputusan dan pilihan, baca tulisan ringkas saya di bawah :

1- Perkembangan perniagaan internet Malaysia dah semakin rancak. Semua orang dah celik IT dan semuanya dah ada blog, fp etc. Jadi lihatlah sedikit masa lagi.. setiap orang dari kita pasti mempunyai blog atau web sendiri. Menarik bukan ?.

2- Sebenarnya sebelum memulakan kita perlulah selidik dan kaji dahulu apa jenis blog yang kita nak. Ada beberapa jenis blog, iaitu blog personal, blog perniagaan dan blog untuk penyampaian maklumat. Jadi sebelum memiliki blog sendiri, fikir terlebih dahulu apa jenis blog yang kita nak. Jika memilih blog perniagaan maka dari situlah kita mampu menjana pendapatan hanya dengan sebuah blog. Macam2 yang kita boleh tulis berdasarkan kajian keyword dan tema atau niche yang kita pilih. Semua ini akan kita pelajari sedikit demi sedikit. Insyaallah saya akan cuba tuliskan jika ada yang berminat nak tau. Ataupun boleh kita rujuk pd ebook Kit Blogger.

3- Seterusnya, bila dah pilih jenis blog apa.. jenis penyedia blog macamana pulak yang kita harus pilih ?. Rasanya dah ramai yang tahu banyak penyedia log yang percuma di pasaran. cth : blogger.com, blogdrive.com, tblog.com dan byk lagi. Tapi sampai bila kita nak pakai yang percuma ? Jadi inilah masanya memiliki blog sendiri dan kita boleh buat apa yang kita suka dengan blog sendiri. Ada banyak software atau perisian yang di guna orang ramai untuk memiliki blog. Salah satunya ialah Wordpress. Wordpress telah menjadi antara satu perisian yang begitu diminati ramai dan sentiasa di upgrade version. Jadi perisian wordpress adalah yang terbaik buat masa sekarang. Ohya ada 2 jenis wordpress sebenarnya.

i- wordpress.com - mmg free tp TIDAK BOLEH digunakan utk promosi perniagaan dah byk blog perniagaan yang di tutup akaun mrk.. kerana melanggar TOS wordpress.com. Jangan jd spt mrk. Pilihlah wordpress.org!

ii- wordpress.org - berbayar tetapi gunakan nama domain anda sendiri dan kita bebas utk melakukan apa sahaja ke atas blog kita.. tiada TOS yg perlu kita patuhi. Bagaimana nak beli ? Caranya mudah sahaja dapatkan ebook Panduan Blog - Kit Blogger yang di tulis oleh Saudara Smartzul. Sebuah panduan yang sangat lengkap dan berbaloi. Saya menjadi reseller beliau yang sah dan anda semua boleh dapatkannya sekarang dengan harga promosi! RM 46 sahaja.. utk 48 org pelanggan sahaja lagi.

4- Kelebihan memiliki blog sendiri, baiklah kita perlu tahu apa kelebihan memiliki blog :

* Membina kredibiliti bagi kepakaran anda

* Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda

* Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate

* Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda

* Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan

* Menambah rangkaian perniagaan melalui internet

… dan banyak lagi faedah blog!

p/s:* saya copy n paste jer info ni nak cepat.. Laughing

5- Oleh itu dapatkan buku panduan secara digital tersebut dan baca serta fahamkan dahulu sebelum membeli nama domain idaman anda! . Kita semua akan di tunjukkan langkah demi langkah untuk membina blog wordpress kita sendiri tanpa perlu merujuk mana2 bahagian lagi. Inilah satu-satunya ebook yang ditulis dalam bahasa melayu dan penerangan yang sangat mudah utk newbie seperti kita.

6- Ketahuilah bahawa nama domain sentiasa habis di pasaran. Anda perlu bertindak segera sebelum menyesal. Setiap hari beribu2 nama domain telah di beli oleh pengguna internet khususnya oleh peniaga2 di internet! Wink

Ok, harap tulisan saya ini dapat membantu. Terima kasih.

Mar
03

Beza website dan blog ?.

lynn on Mar-3-2007

Sebenarnya apakah perbezaan sebuah website dan blog?. Apakah ciri-ciri utama dan kelebihan di antara kedua-duanya ?

1. Kos :
Apabila kita bercadang untuk memiliki sebuah website, perkara pertama yang kita perlu fikirkan adalah kos. Iaitu kos atau bayaran untuk mengupah seorang designer. Sebagai permulaan untuk mempromosikan perniagaan internet anda memadailah dengan mempunyai sebuah blog. Walaupun bermula dengan blog yang PERCUMA tetapi lama-lama kelamaan adalah baik sekiranya anda mampu memiliki blog yang menggunakan domain anda sendiri. Justeru, kos untuk memiliki blog dengan domain sendiri adalah jauh lebih MURAH berbanding memiliki sebuah website.

2 - Entry terkini atau ‘up to date’ :