Tahukah anda tujuan mengambil perlindungan takaful/insurans adalah untuk menyediakan tabung kewangan sekiranya terjadi apa-apa terhadap diri anda atau pasangan anda. Contohnya : jika anda seorang wanita yang telah berumahtangga mempunyai anak-anak sudah tentu tanggunga anda adalah mereka. Jika anda masih belum berkahwin, tanggungjawab anda adalah kepada ibubapa dan adik-beradik. Justeru, jika anda telah tiada atau anda tiba-tiba disahkan mengidap penyakit dan sedangkan mereka semua amat bergantung harap pada anda, bagaimanakah dengan masa depan mereka ?.
Tiada pun seorang wanita terutama ibu di dunia ini yang mahukan anak-anak mereka susah, sengsara hanya disebabkan oleh dirinya. Samada ketika si ibu di timpa penyakit, lumpuh, perceraian, kediaman musnah akibat kebakaran, meninggal dunia dan macam-macam perkara yang tidak kita ingini berlaku. Ini semua biasa berlaku dan tanpa kita sedari mungkin suatu hari ianya terjadi ke atas diri kita!
Dengan perlindungan Ikhlas Savings Takaful dapat melindungi keluarga anda dari musibah kematian, lumpuh. Dengan Ikhlas Gadaijanji anda dapat melindungi pinjaman perumahan anda jika berlaku kematian atau lumpuh kekal ke atas diri anda. Malah jika anda ingin membuat pinjaman membeli rumah sekarang, tiada satu pun badan kewangan yang akan meluluskan pinjaman tersebut jika anda tidak mengambil perlindungan Takaful Gadaijanji atau Mortgage Insurance!. Kenapa ? Jawapannya mudah sahaja jika anda meninggal atau lumpuh kekal siapa pula yang akan menjelaskan baki pinjaman ?. Di sinilah takaful/insuranse itu memainkan peranannya.
Baiklah berikut terdapat 10 P sebab kenapa seorang wanita memerlukan perlindungan Takaful :
1- Persediaan Tabungan/Simpanan :
a) Anda seorang surirumah -Tiada sumber pendapatan dan jaminan pampasan dari majikan, jadi anda sangat-sangat digalakkan membuat simpanan di takaful/insurans
b) Anda seorang wanita yang bekerjaya - Berapakah jumlah peratusan simpanan anda dari pendapatan bulanan anda ? Adakah ianya habis bila tiba hujung bulan ?. Ingat, simpanan hari ini adalah untuk hari tua anda.
c) Anda seorang wanita yang bekerja dari rumah - Jika anda pula seorang wanita yang menjalankan perniagaan atau pekerjaan dari rumah. Sudah tentu andalah majikan dan anda jugalah pekerja. Justeru, siapa pula yang memberikan anda gaji atau juga wang simpanan untuk hari kecemasan atau hari tua anda ? tepuk dada tanya diri anda !
2)- Persiapan masa depan anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi

Anda mempunyai anak yang masih kecil dan begitu cerdik, bijak belajar sesuatu perkara dan berpotensi untuk menjadi anak yang cemerlang dalam hidupnya satu hari nanti!. Namun sudahkah anda pasti wang simpanan anda cukup untuk menjamin pembiayaannya di Universiti kelak ?. Berapa tahun lagikah agaknya anak-anak akan menjejaki universiti ?
Sudahkah anda rancangkan dari sekarang ?. Cuba baca paparan berita-berita semasa yang mengatakan bahawa ibubapa tidak dapat meneruskan hasrat anak-anak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi kerana mereka tidak mampu. Malah impian anak itu tinggal impian, tidak kah anda sedih ?
3)- Perubatan/Penyakit Kritikal :
Sekiranya anda sakit/mengidap penyakit kritikal/kompilasi bersalin dan sebagainya. Peratusan menunjukkan bilangan wanita yang menghidap penyakit kritikal semakin meningkat dari hari ke hari. Ini adalah di sebabkan faktor kehidupan moden, wanita sibuk bekerja dan tidak sempat mengurus pemakanan keluarga yang sempurna dan sihat. Mereka tiada pilihan dengan membeli makanan diluar yang belum 100% terjamin kebersihannya!. Justeru, bayangkan sekiranya satu hari nanti anda telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit kritikal apapakah persediaan anda ketika ?. Meminta bantuan keluarga atau masyarakat ?. Meletakkan wajah anda di dada akhbar atau media massa demi sebuah simpati masyarakat untuk memberikan anda bantuan kewangan ?. Bagaimana pula jika syarikat atau majikan anda tidak menyediakan pampasan perlindungan rawatan hospital yang secukupnya ?. Anda terpaksa mengeluarkan wang simpanan atau mungkin membuat pinjaman ?. Namun dengan persediaan payung sebelum hujan dengan menyertai Ikhlas Wanita Takaful atau Ikhlas Medic Assist Takaful… anda dan keluarga anda tidak perlu bimbang malah bersyukur ketika itu kerana dipertemukan dengan Wakil Takaful.
4)- Pampasan jika berlaku musibah seperti kematian/kemalangan/lumpuh/kebakaran


Sebagai seorang hamba Allah kita perlu percaya kepada Qada dan Qadar Allah bahawa musibah akan berlaku dimana-mana dan tidak mengenal siapa. Yang hidup sudah tentu akan mati, yang sihat adakalanya di uji dengan pelbagai penyakit dan malah tanpa disedari rumah yang telah kita bina selama ini dengan hasil titik peluh sendiri terbakar secara tiba-tiba. Justeru, ketika itu apalah sangat yang dapat meredakan perasaan atau mungkin dapat meringkan beban kepada anak-anak, ibubapa dan adik-beradik yang sudah tentu mereka begitu mengharap bantuan dari anda.
5)- Pendapatan pencen/hari tua anda
Pernahkah anda mendengar atau membaca atau terbaca mengenai laporan hasil kajian, wang simpanan KWSP pesara habis selepas beberapa tahun sahaja ?.
Adakah anda yang sedang bekerja sekarang mempunyai simpanan yang cukup untuk persaraan anda mungkin kira-kira 30 tahun akan datang ?. 20 tahun akan datang ? atau mungkin 10 tahun sahaja lagi ?. Cuba anda kira nilai duit kita dengan nilai harga barang sekarang ?. Jika sebulan anda merasakan selesa sekiranya anda mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 5000 keatas, 10 tahun akan datang berapa duit bulanan atau pendapatan bulanan anda selepas pencen ?. Pernahkah anda fikirkan ?.
Tetapi bagaimana pula bagi anda seorang surirumahtangga yang tidak bekerja dan hanya bertindak menjadi pengurus sebuah rumahtangga, apakah perancangan anda untuk hari tua anda kelak ? 
Buku ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat Perancangan Kewangan yang betul, dan saya sendiri telah memilikinya dengan PERCUMA dari penulisnya dan beliau sekarang adalah mentor saya di bidang Perancangan Kewangan.
6)- Pemberian khas untuk keluarga/ibubapa/adik-beradik
7)- Pengecualian Cukai Pendapatan
8)- Pelancongan/Percutian
9)- Perancangan untuk menunaikanhaji/umrah
10)- Penyebaran syiar Islam.






