Kenapa Wanita Perlukan Perlindungan Takaful ?

Tahukah anda tujuan mengambil perlindungan takaful/insurans adalah untuk menyediakan tabung kewangan sekiranya terjadi apa-apa terhadap diri anda atau pasangan anda. Contohnya : jika anda seorang wanita yang telah berumahtangga mempunyai anak-anak sudah tentu tanggunga anda adalah mereka. Jika anda masih belum berkahwin, tanggungjawab anda adalah kepada ibubapa dan adik-beradik. Justeru, jika anda telah tiada atau anda tiba-tiba disahkan mengidap penyakit dan sedangkan mereka semua amat bergantung harap pada anda, bagaimanakah dengan masa depan mereka ?.

Tiada pun seorang wanita terutama ibu di dunia ini yang mahukan anak-anak mereka susah, sengsara hanya disebabkan oleh dirinya. Samada ketika si ibu di timpa penyakit, lumpuh, perceraian, kediaman musnah akibat kebakaran, meninggal dunia dan macam-macam perkara yang tidak kita ingini berlaku. Ini semua biasa berlaku dan tanpa kita sedari mungkin suatu hari ianya terjadi ke atas diri kita!

Dengan perlindungan Ikhlas Savings Takaful dapat melindungi keluarga anda dari musibah kematian, lumpuh. Dengan Ikhlas Gadaijanji anda dapat melindungi pinjaman perumahan anda jika berlaku kematian atau lumpuh kekal ke atas diri anda. Malah jika anda ingin membuat pinjaman membeli rumah sekarang, tiada satu pun badan kewangan yang akan meluluskan pinjaman tersebut jika anda tidak mengambil perlindungan Takaful Gadaijanji atau Mortgage Insurance!. Kenapa ? Jawapannya mudah sahaja jika anda meninggal atau lumpuh kekal siapa pula yang akan menjelaskan baki pinjaman ?. Di sinilah takaful/insuranse itu memainkan peranannya.

 Baiklah berikut terdapat 10 P sebab kenapa seorang wanita memerlukan perlindungan Takaful :



1- Persediaan Tabungan/Simpanan :

a) Anda seorang surirumah -Tiada sumber pendapatan dan jaminan pampasan dari majikan, jadi anda sangat-sangat digalakkan membuat simpanan di takaful/insurans
b) Anda seorang wanita yang bekerjaya - Berapakah jumlah peratusan simpanan anda dari pendapatan bulanan anda ? Adakah ianya habis bila tiba hujung bulan ?. Ingat, simpanan hari ini adalah untuk hari tua anda.
c) Anda seorang wanita yang bekerja dari rumah - Jika anda pula seorang wanita yang menjalankan perniagaan atau pekerjaan dari rumah. Sudah tentu andalah majikan dan anda jugalah pekerja. Justeru, siapa pula yang memberikan anda gaji atau juga wang simpanan untuk hari kecemasan atau hari tua anda ? tepuk dada tanya diri anda !



2)- Persiapan masa depan anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi

Anda mempunyai anak yang masih kecil dan begitu cerdik, bijak belajar sesuatu perkara dan berpotensi untuk menjadi anak yang cemerlang dalam hidupnya satu hari nanti!. Namun sudahkah anda pasti wang simpanan anda cukup untuk menjamin pembiayaannya di Universiti kelak ?. Berapa tahun lagikah agaknya anak-anak akan menjejaki universiti ?

Sudahkah anda rancangkan dari sekarang ?. Cuba baca paparan berita-berita semasa yang mengatakan bahawa ibubapa tidak dapat meneruskan hasrat anak-anak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi kerana mereka tidak mampu. Malah impian anak itu tinggal impian, tidak kah anda sedih ?



3)- Perubatan/Penyakit Kritikal :

Sekiranya anda sakit/mengidap penyakit kritikal/kompilasi bersalin dan sebagainya. Peratusan menunjukkan bilangan wanita yang menghidap penyakit kritikal semakin meningkat dari hari ke hari. Ini adalah di sebabkan faktor kehidupan moden, wanita sibuk bekerja dan tidak sempat mengurus pemakanan keluarga yang sempurna dan sihat. Mereka tiada pilihan dengan membeli makanan diluar yang belum 100% terjamin kebersihannya!. Justeru, bayangkan sekiranya satu hari nanti anda telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit kritikal apapakah persediaan anda ketika ?. Meminta bantuan keluarga atau masyarakat ?. Meletakkan wajah anda di dada akhbar atau media massa demi sebuah simpati masyarakat untuk memberikan anda bantuan kewangan ?. Bagaimana pula jika syarikat atau majikan anda tidak menyediakan pampasan perlindungan rawatan hospital yang secukupnya ?. Anda terpaksa mengeluarkan wang simpanan atau mungkin membuat pinjaman ?. Namun dengan persediaan payung sebelum hujan dengan menyertai Ikhlas Wanita Takaful atau Ikhlas Medic Assist Takaful… anda dan keluarga anda tidak perlu bimbang malah bersyukur ketika itu kerana dipertemukan dengan Wakil Takaful.



4)- Pampasan jika berlaku musibah seperti kematian/kemalangan/lumpuh/kebakaran

Sebagai seorang hamba Allah kita perlu percaya kepada Qada dan Qadar Allah bahawa musibah akan berlaku dimana-mana dan tidak mengenal siapa. Yang hidup sudah tentu akan mati, yang sihat adakalanya di uji dengan pelbagai penyakit dan malah tanpa disedari rumah yang telah kita bina selama ini dengan hasil titik peluh sendiri terbakar secara tiba-tiba. Justeru, ketika itu apalah sangat yang dapat meredakan perasaan atau mungkin dapat meringkan beban kepada anak-anak, ibubapa dan adik-beradik yang sudah tentu mereka begitu mengharap bantuan dari anda.



5)- Pendapatan pencen/hari tua anda

Pernahkah anda mendengar atau membaca atau terbaca mengenai laporan hasil kajian, wang simpanan KWSP pesara habis selepas beberapa tahun sahaja ?.  Adakah anda yang sedang bekerja sekarang mempunyai simpanan yang cukup untuk persaraan anda mungkin kira-kira 30 tahun akan datang ?. 20 tahun akan datang ? atau mungkin 10 tahun sahaja lagi ?. Cuba anda kira nilai duit kita dengan nilai harga barang sekarang ?. Jika sebulan anda merasakan selesa sekiranya anda mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 5000 keatas, 10 tahun akan datang berapa duit bulanan atau pendapatan bulanan anda selepas pencen ?. Pernahkah anda fikirkan ?.

Tetapi bagaimana pula bagi anda seorang surirumahtangga yang tidak bekerja dan hanya bertindak menjadi pengurus sebuah rumahtangga, apakah perancangan anda untuk hari tua anda kelak ?  

Buku ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat Perancangan Kewangan yang betul, dan saya sendiri telah memilikinya dengan PERCUMA dari penulisnya dan beliau sekarang adalah mentor saya di bidang Perancangan Kewangan.



6)- Pemberian khas untuk keluarga/ibubapa/adik-beradik



7)- Pengecualian Cukai Pendapatan



8)- Pelancongan/Percutian



9)- Perancangan untuk menunaikanhaji/umrah



10)- Penyebaran syiar Islam.

~ Ikhlas Wanita Takaful ~


MANFAAT-MANFAAT IKHLAS WANITA TAKAFUL :

Skop Perlindungan

Manfaat Kematian

Jika berlaku kematian terhadap peserta dalam tempoh sijil, 100% baki dari Had Seumur Hidup ketika itu termasuk jumlah terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama atau keluarga terdekat peserta
Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh / Lumpuh
Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh kepada peserta berlaku sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% baki dari Had Seumur Hidup ketika itu termasuk jumlah terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta. Semua manfaat-manfaat lain akan ditamatkan.
 

Manfaat Kanser Spesifik Wanita
Sekiranya berlaku keadaan di mana peserta menderita akibat mana-mana kanser spesifik wanita akan dibayar kepada peserta tertakluk kepada tempoh menunggu selama enam puluh (60) hari daripada tarikh kuatkuasa sijil dan tempoh survival selama tiga puluh (30) hari. Baki Had Seumur Hidup akan dibayar sekiranya jumlah lebih rendah. Manfaat bayaran di bawah kategori ini akan mengurangkan Had Seumur Hidup.

Lain-Lain Manfaat Penyakit Wanita
Sekiranya peserta menderita dari sebarang penyakit yang akan dinyatakan dalam jadual nanti dalam tempoh sijil, peratusan Had Seumur Hidup yang dibenarkan seperti yang dinyatakan akan dibayar kepada peserta Baki Had Seumur Hidup akan dibayar sekiranya jumlahnya lebih rendah.

Dengan hanya RM 100 sebulan…

 


Di Takaful Ikhlas Education,
Anda SIMPAN : RM 100 sebulan

12 Faedah yang Anda DAPAT :

Manfaat Anak :

1- Tabung Simpanan IPTA/IPTS = RM 35,646.85
2- Pengeluaran 50% Simpanan Terkumpul = tidak dikenakan bunga!
3- Anugerah Kecemerlangan Pelajar

i- UPSR:RM 500
ii- PMR:RM 700
iii- SPM:RM 700

4- Tabung 40 Penyakit Kritikal = RM 10,000
5- Elaun Harian Hospital = RM 20 sehari
6- Tabung Kemalangan Diri = RM 26,392.86
7- Tabung Musibah (kematian biasa dan hilang upaya kekal/lumpuh) = RM 22,000
8- Belanja Khairat Kematian = RM 1000
Manfaat Pembayar/Ibubapa :
9- Perlindungan Musibah (Kematian dan hilang upaya kekal/lumpuh) =
Caruman dikecualikan
10- Pengecualian Cukai Pendapatan LHDN = RM 3000 setahun
11- Amal Jariah Berterusan = Pahala
12- Jaminan Ketenangan = Hasrat tercapai

Ilustrasi diatas dibuat berdasarkan contoh :
Wanita
Umur 30 tahun
Anak berumur 1 tahun

Nota : Lagi muda usia anda ketika menyertai, lagi besar perlindungan yang diperolehi. SEGERAKAN PENYERTAAN ANDA HARI INI!

JANGAN TUNGGU ESOK ATAU TUNGGU ORANG LAIN. MUSIBAH TIDAK MENGENAL SIAPA.

Hasrat seorang isteri…

Penuhi pesanan suami

HASRAT seorang balu anak lima membesarkan anaknya dan memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna selepas kematian suami kira-kira 11 bulan lalu, kini tidak lagi menjadi halangan.

Rosiani Saad, 38, berazam masa depan anaknya yang berusia antara enam hingga 13 tahun itu tidak akan disia-siakan sebaliknya memenuhi pesanan arwah suaminya, Che Ani Zakaria, yang mahu dia menggunakan wang sumbangan Takaful Ikhlas untuk pelajaran mereka.

Balu kepada pekerja am Jabatan Kerja Raya itu bersyukur kerana menerima wang tuntutan manfaat kematian berjumlah RM35,625.67 daripada syarikat takaful itu yang membolehkannya membesarkan anak yang masih bersekolah.

“Saya tidak menyangka akan menerima sumbangan itu kerana arwah suami saya hanya mencarum RM70 setiap bulan sejak Februari tahun lalu. Sebelum dia meninggal, arwah memberitahu saya mengenai caruman itu dan berharap dapat digunakan untuk pelajaran anak kami jika sesuatu berlaku pada dirinya,” kata Rosiani.

Katanya, suaminya meninggal dunia akibat barah usus pada 30 Disember lalu dan sebelum kematiannya, arwah berpesan kepadanya agar tidak meninggalkan rumah mereka di Kampung Kuala Teloi, Sik dan tidak membiarkan anak mereka tercicir sekolah.

“Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan pesanan arwah suami, yang mahu saya menggunakan wang daripada skim simpanan Takaful Ikhlas itu untuk anak kami,” katanya.

Anak sulung mereka, Iklil Izzati, 13, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang, Sik, manakala Mohamad Izzat Fauzi, 12, Wan Sufi, 10 dan Nuradib, enam, pula di Sekolah Kebangsaan Batu Lima, di Sik.

Rosiani berkata, dia tidak mengetahui suaminya itu membuat caruman skim simpanan Takaful Ikhlas sehinggalah dimaklumkan suaminya yang mahu menggunakan simpanan itu bagi tujuan persekolahan anak mereka kelak.

“Saya tidak menyangka, dengan gajinya yang kecil arwah sanggup mencarum RM70 setiap bulan sejak Februari tahun lalu dan saya hanya dimaklumkan arwah sendiri sebelum meninggal mengenai simpanan itu,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek pembayaran manfaat kematian yang disampaikan perunding Takaful Ikhlas, Maliki Mohd Daud dan disaksikan Pengurus Agensi Ikhlas Hijratul, Arsalan Mohd Abdul Rahman di Sik, Kedah baru-baru ini.

Rosiani yang tidak bekerja berazam memastikan anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran seperti yang diamanatkan arwah suaminya selain menggunakan wang itu untuk kebaikan seperti jariah dan bersedekah.

Dia juga dapat mencari pekerjaan bagi membiayai kehidupannya sekeluarga.

Takaful Pendidikan.

 

Pelan Tabungan Pendidikan Takaful Ikhlas

    “Satu pelan berbentuk simpanan pendidikan dan pelaburan
    jangka panjang
    , yang begitu unggul dengan
    menyediakan dana simpanan, pulangan ke atas pelaburan
    dan perlindungan kepada peserta dan anak peserta”.

OBJEKTIF PELAN TABUNGAN PENDIDIKAN TAKAFUL IKHLAS?
Untuk mewujudkan satu dana simpanan dan pelaburan kepada anak untuk tujuan melanjutkan pelajaran
di peringkat yang lebih tinggi kelak tanpa bantuan pinjaman mana-mana pihak yang membebankan anak-anak.
(Sama ada agensi kerajaan mahupun swasta)

Syarat-syarat penyertaan
Umur Anak : 30 hari hingga 12 tahun
Umur Pembayar : 20 tahun hingga 50 tahun
Jumlah Perlindungan : Sehingga RM30,000
Tempoh Matang pilihan : 18, 19, 20, 21, 22 atau 23 tahun
Tempoh penyertaan : 6-23 tahun
Jumlah Sumbangan : Fleksibel


Andaian:
Dengan hanya menyimpan RM100 sebulan

Faedah Untuk Anak 
1 Simpanan Pendidikan : RM38,000 
2 Khairat kematian (anak) : RM20,000 
3 Dana 40 penyakit kritikal : RM15,000 
4 Dana kemalangan : RM15,000 
5 Elaun wad hospital : RM25 sehari 
6 Khairat segera : RM1,000 
7 Anugerah kecemerlangan

    UPSR (min 5A-RM500)
    PMR (min7A-RM700)
    SPM (min 9A-RM900)

Faedah kepada Pembayar 
Sumbangan Bulanan Jadi Percuma
(Jika anda mendapat penyakit kritikal / meninggal dunia /hilang upaya /, simpanan anda
disambung oleh Dana Takaful IKhlas) 
Pengecualian Cukai pendapatan 
Sedekah Jariah

*Ilustrasi ini berdasarkan kepada pembayar lelaki 28 tahun, anak lelaki 1 tahun, tempoh 22 tahun pada kadar 6%.

Selamat Datang…

Kali ini Wanita Niaga akan menghimpunkan segala ilmu dan pengalamannya di dalam bidang pemasaran Takaful kepada masyarakat. Sudi-sudikan untuk anda diluar sana meneruskan pembacaan demi pembacaan dari entry blog ini di masa akan datang.

© 2008 Takaful Temanmu Sepanjang Hayat
Designed by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis| Fertighaus | branchelink