
Hari ini buat Murtabak Perantau, tapi guna inti sardin sebab stok sardin ada banyak hehe ;). Gambar di atas adalah gambar lama iaitu di ambil ketika saya tinggal di Jepun, kira-kira 6 tahun yang lalu. Ianya dihias rapi dalam bekas bento/bekal ala2 jepun style untuk suami berbuka puasa di pejabat. Dulu puasa di Jepun pendek masanya, jam 4.30 petang dah masuk waktu berbuka. Oleh itu kebiasaannya saya akan bekalkan makanan ringkas untuknya
MURTABAK PERANTAU
Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam cincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak
Cara membuat inti:
Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.
Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.
Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.
Sumber : normasri.tk
Filed under: Kuih-Muih Tradisi dan Moden |

