Warning: include_once(/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.akismet.old_07042008.php) [function.include-once]: failed to open stream: Permission denied in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.akismet.old_07042008.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once(/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.wp-db-backup.old.php) [function.include-once]: failed to open stream: Permission denied in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.wp-db-backup.old.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205
~ Dari Dapur Wanita ~ » Blog Archive » Nasi Beriani Gam Johor
Nasi Beriani Gam Johor

Sempena hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 9 hari ini … saya masak resepi di bawah, requested and ideas by my hubby ;) :

 

Nasi Beriani Gam

Bahan-bahan (Untuk nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri)
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 6 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 5 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. Segenggam gajus
13. Segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. Garam secukup rasa
(*cawan = cawan kopi)

Cara memasak nasi:
1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk:

1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6×6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. Setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. Segenggam gajus
15. Segenggam raisins
16. Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. Garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara memasak lauk:
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata.

Now this is where the name “Gam” comes in

Peralatan:
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara:
1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now.
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.

Cadangan Hidangan:
1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Tambahan:
Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.

ACAR

600g timun - dihiris sepanjang 5cm setelah dibuang bahagian tengahnya
1 batang lobak merah - dikupas dan dihiris sepanjang 5 cm
30biji bawang kecil dikupas kulit
5 batang lada hijau dibelah dua jangan putus
5 batang lada merah dibelah dua jangan putus
20 ulas bawang putih dibelah dua jika besar
1 1/2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar minyak
1/4 cawan air
3 sudu besar cuka
gula dan garam secukup rasa

Rempah menumis di gaul bersama dengan sedikit air:
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit

Lumurkan garam pada timun, lobak merah, halia, lada, bawang merah kecil dan bawang putih. Jemur selama beberapa jam, sambil membalik-balikkan supaya keringnya rata. (boleh juga di rendam semua bahan dalam air kapur untuk merangupkan nya)

Siapkan kuali, masukkan minyak untuk menumis, biji sawi dan rempah cilli/kunyit. Baru hidupkan api dan tumis perlahan2. Ini akan mengelakkan rempah dari cepat hangus. Tumis sehingga wangi.. tuangkan air, cuka, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur2an. Kacau selama 5 minit dan angkat. Jangan masak sampai sayuran itu lodoh.

Juga, saya tambah AYAM GORENG BEREMPAH kegemaran kami sekeluarga.

2 Responses to “Nasi Beriani Gam Johor”

  1. siti Says:

    salam,
    Boleh tolong jelaskan, bagaimana untuk melilit kain yang berkanji & bahagian mana hendak diletakkan kain itu.
    Terima kasih.

  2. fatim Says:

    nampakmsedap..resepi ayam berempah leh bagi

Leave a Reply