Mari kongsi resepi pizza di sini. Resepi saya ni ambil dari buku panduan yg di beri bersama dengan bread maker saya.

.. sebelum

… dan selepas dibakar…
PIZZA
Bahan Doh Pizza :
280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera
Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.
Cara-cara membuat pizza :
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :
Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat
nota: kepada sesiapa yg belum ada bread machine tu jgn risau.. pagi tadi dah mencuba menguli dgn tangan ni secara manual.. terbukti berjaya!!.. cubalah… :grinning:
kawan2 lain yg ada resepi pizza yg lagi sedap.. jomlah kongsi kat sini… nak juga mencuba… resepi yg diatas ni simple jer…
Antara gambar-gambar koleksi saya.
Pizza sebagai sarapan pagi. ![]()

Ini Pizza Seafood dan Pizza Daging, yang pernah saya buat sebelum ini.
saja tjk yg belum di bakar …


~Selamat Mencuba dari Dapur Wanita~
Filed under: Roti |


April 23rd, 2007 at 2:47 am
lynn niee…. buat saya laparlah..
November 30th, 2009 at 1:59 pm
bahan ape yg di panggil lala tu
December 29th, 2009 at 2:18 pm
UUihhhh! nampak best belum bakar dah tangkap leleh
April 15th, 2010 at 7:53 am
salam..tepung protin tggi tu kalu tkr dgn tepung gandum..ok tak?
May 12th, 2010 at 11:55 am
sedapnyer…
May 30th, 2010 at 2:50 am
Assalam.. saya nak tanya bakar Pizza dalam oven gas butterfly.. boleh tak? Saya nak jual pizza kat pasar malam tapi tak tahu nak cari mana oven gas ni. Kot lynn boleh beritahu kat mana nak cari oven gas yang boleh mobile(ringan)
June 9th, 2010 at 11:02 am
haaa~ jumpe pon resepi pizza…huhuhu…. ok² saya try buat besok….huhuhu
July 7th, 2010 at 5:27 am
tima kasih daun keladi… kalo boleh bagi skali ngan piza bkn resepi jer….
August 2nd, 2010 at 12:17 pm
terima kasih atas resepi.. saya dah cuba.. sedap… thanks again~ =D
August 11th, 2010 at 3:54 am
dah byk kali try.. sedap.. tq for the recipe~
October 2nd, 2010 at 10:14 am
akak belajar wat pizza gak tapi cara wat doh tu lain skit…dah siap doh tu baru uli gan minyak..xpakai butter pun…apa2 pun thanks..kongsi resepi..
October 21st, 2010 at 12:39 pm
insyaallah akan saya cuba resepi ni, nampak menyelerakan dan mudah jug nak buat thank you to you
October 26th, 2010 at 8:35 pm
mmg mudah nak buat, cubalah pasti tak menyesal.