Roti Sosej Berpintal.

user posted image

BUN SOSEJ BERPINTAL - Noormasri

Bahan-bahan :400 g tepung roti (strong white bread flour)
2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
2 sudu besar gula castor
50 g mentega } cairkan
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:

1.Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
2.Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega, susu, telur dan air.
3.Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
4.Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
5.Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
6.Letak ditempat yg suam selama 1 ス - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
7.Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
8.Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
9.Letak sosej diatasnya kemudian gulung
10.Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
11.Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
12.Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
13.Ulang kesemua doh hingga habis
14.Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
15.Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
16.Panaskan oven pd suhu 190′C- 200辰, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 5 - 8 minit atau sehingga keperangan
17.Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
18.Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka

Leave a Reply