MURTABAK PERANTAU

murtabak-perantau.jpg

Hari ini buat Murtabak Perantau, tapi guna inti sardin sebab stok sardin ada banyak hehe ;). Gambar di atas adalah gambar lama iaitu di ambil ketika saya tinggal di Jepun, kira-kira 6 tahun yang lalu. Ianya dihias rapi dalam bekas bento/bekal ala2 jepun style untuk suami berbuka puasa di pejabat. Dulu puasa di Jepun pendek masanya, jam 4.30 petang dah masuk waktu berbuka. Oleh itu kebiasaannya saya akan bekalkan makanan ringkas untuknya ;)

MURTABAK PERANTAU

Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak

12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam cincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia                 } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:

Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.

Sumber : normasri.tk

Resepi Otak-otak

Dah lama blog ini bersawang sejak balik dari Jepun 2008 dulu. Kini kami merantau lagi dan kali ini benar-benar jauh iaitu di bumi Texas, USA. Insyaallah akan hidup kembali nampaknya blog masakan ini.

Baiklah sebagai entri pertama dari Houston, Texas.. saya kongsikan hasil ujikaji lab saya hari ini iaitu Otak-otak dan Otak-otak Popia. Alhamdulilah berjaya buat otak-otak  untuk anak-anak tersayang. Dah lama mereka mengidam baru hari ini ibunya rajin membelek resepi dan petua. Selain itu menu lain ada juga pulut panggang dan laksa untuk juadah berbuka puasa. Semalam terhasil Nasi Beriyani Ayam + Kambing juga Kuih Seri Muka. Saya update kemudian resepi beriyani tu ya! Sebulan sekali mesti nak buat sebab anak-anak saya suka beriyani kambing.

Gambar ada tapi belum sempat update. Berikut adalah resepinya yang hasilnya begitu marvelous terbukti kerana anak2 berebut-rebut makan tak ingat! ;)

Bahan-bahan ( 3 4 org )

  • 1 kg isi ikan tenggiri (dibersihkan dan ambil isinya)
  • 3 sb santan pekat
  • 2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
  • 80gm tepung ubi
  • +- 4 sb myk masak
  • garam, gula@perasa secukupnyer
  • BAHAN-BAHAN SAMBAL
  • 5 sb cili kisar (kurgkan kalw x suka pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sb belacan
  • 4 biji buah keras
  • 1′ halia
  • 1′ kunyit hidup
  • 1″ lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sb rempah kari ikan
  • *blend semua bahan-bahan sambal di atas
  • 1 sb air asam jawa (optional)
  • utk kulitnya : beberapa keping kulit popia

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg dikisar tadi. gorengkan sampai sedikit garing. biarkan sejuk
  2. goreng hingga sambal sedikit garing dan menjadi pekat. tutup api dan biarkan sejuk.
  3. setelah sejuk, ambil isi ikan, telur, santan dan tepung, gaulkan sedikit demi sedikit dalam sambal tadi sehingga sebati dan mesra. (gaul secara bperingkat, dmulai dgn ikan, then telur, santan, n akhir sekali tepung. jgn masuk semua sekaligus)
  4. kemudian amik kulit popiah, letakkan sedikit otak-otak, bungkus seperti nak buat popia biasa. dan gorengkan.
  5. *******lebihan otak2 yg dgunakan boleh lah d simpan dlm tupperware bbentuk 4 segi n dibekukan

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/5602