Menu ni la rasanya yg paling mudah utk di sediakan dan sedap di makan, terutama di musim sejuk yg akan datang tak lama lagi ni. Belajar mula2 sendiri je tenguk2 kat buku resepi jepun ni.. pastu dha kali kedua buat, barulah tanya dgn Mariam… hehe.
Setakat apa yg saya tau, ada beberapa jenis Nabemono ni.. antaranya :
i) Yosenabe ( bahan asas + seafood + ayam )
ii) Shabu-shabu (bahan asas + daging tipis )
iii) Sukiyaki ( ada dua style : kansai style dan kanto style )
iv) Yose-yaki-udon ( bahan asas + udon + tempura + telur mata kerbau )
v) Torino mizu-taki ( bahan asas + ayam sahaja )
vi) Oden ( hehe.. tak pernah lg cuba..)
Ok, dlm banyak2 ni.. saya dah cuba yosenabe, shabu-shabu dan sukiyaki.. pd musim sejuk tahun lepas. Sekarang dah nak kena mula balik..
So, saya tjk dulu yg Yosenabe yer..
Yosenabe
Bahan-bahan asas:
Bahan utk sup / kuahnya :
9 cawan dashi stok
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil soy sos
3 sudu sake (selalu gantikan gula sikit)
Dashi stok :
gunakan daun konbu (kat supa byk di jual… sejenis daun yg kering berwarna hitam), stok boleh di gunakan juga yg instant dlm peket.
Bahan-bahan lain :
clams
kinmedai (sejenis ikan putih)
ayam
harusame (sejenis noodles berwarna putih)
kobis cina
sayur bayam
daikon radish
lobak merah
shiitake mushrooms yg segar
naganegi (bawang jepun… yg panjang dan besar tu..)
shungiku (sejenis daun hijau - edible leafy chrysanthenum)
*tambahan - kdg saya masukkan juga udang sebab anak2 suka.
* ikan tu gunakan ikan yg merah tu pun sedap.. selalunya di musim sejuk, smeua bahan2 di atas mmg mudah di dapati di semua supa.
Cara menyediakan :
1. Mula-mula berishkan semua bahan-bahan. Potong ayam, ikan mengikut suka dan sesuai utk di makan oleh ahli keluarga.
2. Sediakan sayur-sayuran spt : lobak merah, lobak putih, cendawan potong gunakan pemotong khas atau ikutlah citarasa masing2.
3. Sayur bayam dan kobis cina di jadikan satu - mula2 celur sebentar kedua2nya dan gulung dgn menggunakan bammbo mat dan perah airnya. Kemudian di potong bulat2 kecil.
Cara menyediakan sup/kuahnya :
1. Gunakan sejenis periuk khas utk memasak.
2. Didihkan air dan dashi stok.. ( sukatan air ikut suka.. selalunya saya tambah dua kali sebab sedap…
) ataupun jika tidak ada serbuk dashi instant boleh gunakan daun konbu yg asli. Didihkan sebentar, apabila nampak gelembung udara keluar.. ambil daun konbu dan ketepikan.
3. Masukkan soy sos dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan garam.. dan kalau suka boleh masukkan sedikit shj gula.
5. Sekarang, bolehlah dimasukkan semua bahan-bahan masakan.
6. Mulakan dgn seafood dan ayam. Kemudian lobak merah dna putih.
7. Apabila air mendidih, buangkan buih atau gelembung udara yg ada.
8. Masukkan pula bahan lain spt sayuran, noodles, daun shungiku dan masak dlm beberapa saat.
9. Bolehlah di hidang terus dan di makan ketika panas.
10. Selamat mencuba!!
Cara makan : ![]()
1. Sediakan mangkuk yg sesuai utk sos dan sup.
2. Sediakan nasi putih.
3. Masukkan yosenabe ke dalam mangkuk dan campurkan sos ke dalamnya.
4. Sambil dimakan dengan nasi panas.




