Warning: include_once(/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.akismet.old_07042008.php) [function.include-once]: failed to open stream: Permission denied in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.akismet.old_07042008.php' for inclusion (include_path='.:/opt/php52/lib/php') in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once(/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.wp-db-backup.old.php) [function.include-once]: failed to open stream: Permission denied in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home/wanita/public_html/resepi/wp-content/plugins/akismet/.wp-db-backup.old.php' for inclusion (include_path='.:/opt/php52/lib/php') in /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php on line 205

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/wanita/public_html/resepi/wp-settings.php:205) in /home/wanita/public_html/resepi/wp-rss2.php on line 8
~ Dari Dapur Wanita ~ http://wanitaniaga.com/resepi Thu, 28 Jul 2011 04:20:39 +0000 http://wordpress.org/?v=2.1.3 en MURTABAK PERANTAU http://wanitaniaga.com/resepi/?p=29 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=29#comments Thu, 28 Jul 2011 04:06:52 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=29 murtabak-perantau.jpg

Hari ini buat Murtabak Perantau, tapi guna inti sardin sebab stok sardin ada banyak hehe ;). Gambar di atas adalah gambar lama iaitu di ambil ketika saya tinggal di Jepun, kira-kira 6 tahun yang lalu. Ianya dihias rapi dalam bekas bento/bekal ala2 jepun style untuk suami berbuka puasa di pejabat. Dulu puasa di Jepun pendek masanya, jam 4.30 petang dah masuk waktu berbuka. Oleh itu kebiasaannya saya akan bekalkan makanan ringkas untuknya ;)

MURTABAK PERANTAU

Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak

12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam cincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia                 } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:

Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.

Sumber : normasri.tk

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=29
Resepi Otak-otak http://wanitaniaga.com/resepi/?p=28 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=28#comments Wed, 27 Jul 2011 00:12:08 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=28 Dah lama blog ini bersawang sejak balik dari Jepun 2008 dulu. Kini kami merantau lagi dan kali ini benar-benar jauh iaitu di bumi Texas, USA. Insyaallah akan hidup kembali nampaknya blog masakan ini.

Baiklah sebagai entri pertama dari Houston, Texas.. saya kongsikan hasil ujikaji lab saya hari ini iaitu Otak-otak dan Otak-otak Popia. Alhamdulilah berjaya buat otak-otak  untuk anak-anak tersayang. Dah lama mereka mengidam baru hari ini ibunya rajin membelek resepi dan petua. Selain itu menu lain ada juga pulut panggang dan laksa untuk juadah berbuka puasa. Semalam terhasil Nasi Beriyani Ayam + Kambing juga Kuih Seri Muka. Saya update kemudian resepi beriyani tu ya! Sebulan sekali mesti nak buat sebab anak-anak saya suka beriyani kambing.

Gambar ada tapi belum sempat update. Berikut adalah resepinya yang hasilnya begitu marvelous terbukti kerana anak2 berebut-rebut makan tak ingat! ;)

Bahan-bahan ( 3 4 org )

  • 1 kg isi ikan tenggiri (dibersihkan dan ambil isinya)
  • 3 sb santan pekat
  • 2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
  • 80gm tepung ubi
  • +- 4 sb myk masak
  • garam, gula@perasa secukupnyer
  • BAHAN-BAHAN SAMBAL
  • 5 sb cili kisar (kurgkan kalw x suka pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sb belacan
  • 4 biji buah keras
  • 1′ halia
  • 1′ kunyit hidup
  • 1″ lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sb rempah kari ikan
  • *blend semua bahan-bahan sambal di atas
  • 1 sb air asam jawa (optional)
  • utk kulitnya : beberapa keping kulit popia

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg dikisar tadi. gorengkan sampai sedikit garing. biarkan sejuk
  2. goreng hingga sambal sedikit garing dan menjadi pekat. tutup api dan biarkan sejuk.
  3. setelah sejuk, ambil isi ikan, telur, santan dan tepung, gaulkan sedikit demi sedikit dalam sambal tadi sehingga sebati dan mesra. (gaul secara bperingkat, dmulai dgn ikan, then telur, santan, n akhir sekali tepung. jgn masuk semua sekaligus)
  4. kemudian amik kulit popiah, letakkan sedikit otak-otak, bungkus seperti nak buat popia biasa. dan gorengkan.
  5. *******lebihan otak2 yg dgunakan boleh lah d simpan dlm tupperware bbentuk 4 segi n dibekukan

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/5602 

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=28
Nabemono - Menu popular di musim sejuk http://wanitaniaga.com/resepi/?p=27 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=27#comments Mon, 28 Jan 2008 00:31:02 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=27 Menu ni la rasanya yg paling mudah utk di sediakan dan sedap di makan, terutama di musim sejuk yg akan datang tak lama lagi ni. Belajar mula2 sendiri je tenguk2 kat buku resepi jepun ni.. pastu dha kali kedua buat, barulah tanya dgn Mariam… hehe.

Setakat apa yg saya tau, ada beberapa jenis Nabemono ni.. antaranya :

i) Yosenabe ( bahan asas + seafood + ayam )
ii) Shabu-shabu (bahan asas + daging tipis )
iii) Sukiyaki ( ada dua style : kansai style dan kanto style )
iv) Yose-yaki-udon ( bahan asas + udon + tempura + telur mata kerbau )
v) Torino mizu-taki ( bahan asas + ayam sahaja )
vi) Oden ( hehe.. tak pernah lg cuba..)

Ok, dlm banyak2 ni.. saya dah cuba yosenabe, shabu-shabu dan sukiyaki.. pd musim sejuk tahun lepas. Sekarang dah nak kena mula balik..

So, saya tjk dulu yg Yosenabe yer..

Yosenabe

Bahan-bahan asas:

Bahan utk sup / kuahnya :
9 cawan dashi stok
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil soy sos
3 sudu sake (selalu gantikan gula sikit)

Dashi stok :
gunakan daun konbu (kat supa byk di jual… sejenis daun yg kering berwarna hitam), stok boleh di gunakan juga yg instant dlm peket.

Bahan-bahan lain :
clams
kinmedai (sejenis ikan putih)
ayam
harusame (sejenis noodles berwarna putih)
kobis cina
sayur bayam
daikon radish
lobak merah
shiitake mushrooms yg segar
naganegi (bawang jepun… yg panjang dan besar tu..)
shungiku (sejenis daun hijau - edible leafy chrysanthenum)

*tambahan - kdg saya masukkan juga udang sebab anak2 suka.
* ikan tu gunakan ikan yg merah tu pun sedap.. selalunya di musim sejuk, smeua bahan2 di atas mmg mudah di dapati di semua supa.

Cara menyediakan :
1. Mula-mula berishkan semua bahan-bahan. Potong ayam, ikan mengikut suka dan sesuai utk di makan oleh ahli keluarga.
2. Sediakan sayur-sayuran spt : lobak merah, lobak putih, cendawan potong gunakan pemotong khas atau ikutlah citarasa masing2.
3. Sayur bayam dan kobis cina di jadikan satu - mula2 celur sebentar kedua2nya dan gulung dgn menggunakan bammbo mat dan perah airnya. Kemudian di potong bulat2 kecil.

Cara menyediakan sup/kuahnya :
1. Gunakan sejenis periuk khas utk memasak.
2. Didihkan air dan dashi stok.. ( sukatan air ikut suka.. selalunya saya tambah dua kali sebab sedap… dmoshimoshi/00000004.gif ) ataupun jika tidak ada serbuk dashi instant boleh gunakan daun konbu yg asli. Didihkan sebentar, apabila nampak gelembung udara keluar.. ambil daun konbu dan ketepikan.
3. Masukkan soy sos dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan garam.. dan kalau suka boleh masukkan sedikit shj gula.
5. Sekarang, bolehlah dimasukkan semua bahan-bahan masakan.
6. Mulakan dgn seafood dan ayam. Kemudian lobak merah dna putih.
7. Apabila air mendidih, buangkan buih atau gelembung udara yg ada.
8. Masukkan pula bahan lain spt sayuran, noodles, daun shungiku dan masak dlm beberapa saat.
9. Bolehlah di hidang terus dan di makan ketika panas.
10. Selamat mencuba!!

Cara makan : biggrin.gif
1. Sediakan mangkuk yg sesuai utk sos dan sup.
2. Sediakan nasi putih.
3. Masukkan yosenabe ke dalam mangkuk dan campurkan sos ke dalamnya.
4. Sambil dimakan dengan nasi panas.

user posted image
user posted image

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=27
Chawan Mushi / Japannese Steamed Egg Custard http://wanitaniaga.com/resepi/?p=26 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=26#comments Sun, 27 Jan 2008 00:29:32 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=26 Jom kongsi resepi Chawan Mushi… yg ni belajar dgn tukang masak Jepun yg mmg ada kelas memasak. Dia pun pandai mengajar masakan malaysia. Selalu ada kelas di area kansai.

user posted image

Chawan Mushi (Steamed Egg Custard)

Bahan-bahan Isinya:

Udang sederhana besar(buang kulit)
Ayam (potong kecil2)
Fish Cake (warna pink tu .. potong kecil atau nipis )
Lili bud (tau tak bentuk dia mcm bunga, warna putih dan berkelopak).. * di ambil kelopak demi kelopak letakkan bersama bhn yg lain
Ginkgo nuts (warna hijau muda)
Shiitake mushrooms (bulat besar - potong kecil)
Mitsuba (daun yg mcm daun sup - utk hiasan)
Limau nipis ( utk hiasan dan aroma tersendiri la.. potong tipis dan kecil2 bulat..)

Bahan kastard:

5 biji telur (brgantung kpd brp banyak kita nak jamu orang..
nisbah air dan telur; sebiji telur : 3 cawan gelas)
3 paket kecil serbuk dashi stok (beli shj yg instant tu.. cap ajinomoto atau apa2 brand)
3 sudu besar soya sos (ingat yg halal je tau)
8 cawan air sejuk
8 cawan air panas
Sedikit garam (lbh kurang satu sudu kecil)
Sedikit gula (lbh kurang satu sudu kecil)

Cara-caranya:

1) Sediakan dahulu cawan yang sesuai utk Chawan Mushi bergantung kepada jumlah bahan2. Jumlah kuantiti bahan di atas mungkin sesuai untuk di makan 8-10 orang.

2) Cuci bersih ke semua bahan2 isi kastard dan masukkan ayam, udang, mushroom, gingko nuts, fish cake dan lili bud ke dalam cawan-cawan tersebut.

( Bahan-bahan isi hendaklah di potong kecil mengikut arahan di atas. )

3) Daun mitsuba dan daun limau hendaklah diletakkan kemudian selepas chawan mushi sedia untuk di masak.

4) Kemudian, sediakan dashi stok.. untuk kita menyediakan kastard.Caranya, campurkan air sejuk dan air panas dan masukkan serbuk dashi. Pukul telur dgn kadar sederhana jgn terlalu kuat dan masukkan telur ke dalam air tadi.

5) Gaul rata dan masukkan gula, garam dan light soya sauce.

6) Rasa sedikit masin dan manisnya, kemudian tapiskan.

7) Akhir sekali tuangkan ke setiap cawan yg telah di isi dengan bahan2 awal tadi.Sekiranya terdapat buih-buih kecil hendaklah di buangkan supaya bentuk chawan mushi itu kelihatan cantik.

8) Hiaskan dengan daun mitsuba dan daun limau.

9) Kukuskan di atas pengukus yang sesuai. Tutupkan penutup pengukus dengan kain yang sesuai.

10) Ingat, kukus 5 minit pada api yang besar dan 10 minit pada api yang kecil.

11) Apabila chawan mushi telah masak, hidangkan lah segera. Sebab ianya sedap di makan sewaktu panas.

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=26
FRIED BUTTERFLY PRAWNS http://wanitaniaga.com/resepi/?p=25 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=25#comments Sat, 15 Dec 2007 08:42:52 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=25

FRIED BUTTERFLY PRAWNS

20 big prawns
cooking oil for frying

Seasoning Ingredients:

1 egg white
3/4 teaspoon salt
2 teaspoon sugar
dash of pepper

Batter Ingredients:

250 g self raising flour
pinch of salt
1 cup (250ml) water

1. Remove shell from prawns. Cut along the back and remove vein. Leave tail portion on
2. Wash prawns and dry with a cloth. Mix thoroughly with seasoning ingredients. Let stand for 30 mins.
3. Put self raising flour and salt into bowl. Stir in water slowly and mix until smooth.
4. Heat cooking oil for deep frying. Dip prawns into batter and deep fry 2 or 3 at a time until golden brown. Serve hot with Thai chilie sauce.

Nota: Kepekatan batter utk udang ini lebih pekat jika dibandingkan dgn batter goreng pisang

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=25
Muffin Coklat Chips. http://wanitaniaga.com/resepi/?p=24 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=24#comments Wed, 28 Nov 2007 08:27:44 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=24


MUFFIN COKLAT CHIPS[hanieliza]

Bahan
110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]

Cara.
1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=24
Laksa Johor Perantau. http://wanitaniaga.com/resepi/?p=22 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=22#comments Sun, 25 Nov 2007 08:22:48 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=22 Laksa Johor
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti
250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak (.. klu x suka x yah letak  :D, terpulang klu rasa nak ikut cara sihat …  :mmm: )
60 ml (1/4 cawan) pati santan
15 g (1 sudu makan) kerisik
10 g (2 keping) asam keping
5 g (1 sudu teh) gula pasir
5 g (1 sudu teh) garam kasar
500 ml (2 cawan) air

Bahan-bahan (A) untuk digiling/blend
100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit
50 g (1/2 cawan) udang kering
50 g (1/2 biji) bawang besar
25 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (1 sm) halia
10 g (1 sm) lengkuas
60 g (2 batang) serai, dihiris halus
10 g (1 sm) kunyit hidup
30 g (1 bungkus) rempah kari ikan

Untuk Hiasan
300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus
150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus
100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil
90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong
250 g taugeh, dibuang ekor
daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis

Cara memasak
1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.
3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.
5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.

Untuk menghidang, tuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.

Berat satu hidangan: 450 g

Sumber : Resepi SIHAT.

komen : ni resepi laksa johor yg ketiga pernah dibuat dan terbukti sedap dan tidak menyesal.. hehehe.. kita tambah 2 kali setengah  :mmm:

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=22
Pais Ikan Kembung http://wanitaniaga.com/resepi/?p=20 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=20#comments Sun, 18 Nov 2007 08:14:27 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=20 Sesapa nak cuba resepi Johor, ni ada yg mudah dan sedap. Mmg sebulan sekali mesti buat. Sbb rinduuuu dgn masakan Johor. Ubahsuai selera ikan bakar anda dengan Pais Ikan. dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif

Pais Ikan Kembung
- boleh gantikan dengan apa juga ikan yg sesuai utk dibakar. Cth: Ikan Sanma, Ikan Pari atau juga Ikan yg mcm ikan kembung tu … lupa la pulak nama dia..

Bahan Asas:
5 ekor ikan kembung atau apa2 juga jenis yg lain, dibersihkan
20 biji lada kering, direndam dengan air panas dan dibuang biji }
5 ulas bawang merah } di kisar dengan 1/2 cawan air hingga lumat
4 ulas bawang putih }
2.5 cm halia }
1 cm kunyit }
2 batang serai }
4 helai daun kunyit, dihiris halus-halus
1 sudu teh garam
daun pisang, dipotong 18 x 22 cm bergtg pd saiz ikan
lidi kelapa spjg 3 cm, ditajamkan hujungnya.

Cara memasak :
1. Campurkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi dengan garam dan daun kunyit. Bahagikan kepada 5 bahagian (mengikut bilangan ikan)
2. Ambil 1 ekor ikan dan gaul bersama i bahagian bahan yg telah dikisar tadi. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi kelapa.
3. Ulang langkah 2 hingga habis.
4. bakar ikan sehingga masak ( 15-20 min)

* Nota - Kalau tak de daun pisang, balut dgn daun kunyit pun boleh.. kalau dah tak de jugak bakar guna non stick pan.. dengan api yg perlahan. Sebabnya kalau bakar atas pembakar ikan yg biasa tu karang… berjujuranlah bahan2 kisar tu.

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=20
Karipap Pusing. http://wanitaniaga.com/resepi/?p=19 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=19#comments Thu, 15 Nov 2007 06:55:53 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=19
Sebenarnya dah dekat lebih 5 resepi karipap pusing saya ikuti sejak duduk di jepun, akhirnya satu hari terjumpa di forum cari resepi Dewi, Forum CARI.

Ok ni resepi dari Dewi siap hafal dah. Memang ingat sampai bila2 ni :

Bahan-bahan :

Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap :D

Utk doh berminyak :
150 gm (75gm margerin + 75gm crisco)- gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu..
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara :

Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih… biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 ni sdg eloklah utk anak2 makan.


Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak. Berbanding yg sblm ini. Klu korang peratikan step 4 dan 5 mmg tak ada dlm gambar dan cara yg sblm ini.

Jd kepada kawan2 selamat mencuba! saya berani jamin tak menyesal bila ikut step by step.

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=19
Mee Kuning dan Kuew Teow Homemade. http://wanitaniaga.com/resepi/?p=21 http://wanitaniaga.com/resepi/?p=21#comments Wed, 10 Oct 2007 08:15:09 +0000 lynn http://wanitaniaga.com/resepi/?p=21 MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil garam (paras rata)
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
2. Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
3. Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
5. Bahagi doh kpd 4 bahagian
6. Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
7. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
8. Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
9. Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
10. Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
11. Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
12. Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
13. Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
14. Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

]]>
http://wanitaniaga.com/resepi/?feed=rss2&p=21